Alkisah malam tadi saya telah selamat tidur dengan tidak berkualiti selama 3 jam.. ni suma pasal nak siapkan assignment Law yang best itu lah.. hah, padan muka, balasan sebab melengah-lengahkan kerja =S Alhamdulillah, siap jugak kerja tuh. Inilah dia ciri-ciri pelajar yang tak patut dicontohi. sila jangan ikut!
Kemudian dipagi yang damai itu, saya terpaksa merelakan hati pergi ke kelas Mr Ong.. Uh tidak..terseksa jiwa raga menahan mengantuk. Namun begitu, ternyata saya tidak berjaya uhuk! tetidur pula di dalam kelas tu, makanya~~ lagi sekali saya ingatkan, sila jangan ikut contoh teladan yang tidak baik ini! Jadilah pelajar cemerlang, jangan lengah2kan kerja yang diberi dan jangan tidur dalam kelas ok? terasa ala-ala kakak yang prihatin pulak ni =P
Nak dijadikan cerita pulak, lagi sekali saya terpaksa rela. Terpaksa keluar ke Sogo untuk berjumpa adik.. nak bagi kamera kat dia.. Nak batalkan dah tak boleh sebab saya sudah pun membuat janji, makanya janji harus ditepati. Ok2, tabiat yang baik sebegini boleh dijadikan contoh ok.. Bila berjanji harus ditepati dan bila diminta pertolongan, harus dicuba sedaya upaya untuk menolong semampu yang mungkin. Tambah lagi satu, harus juga disusuli dengan keikhlasan~~ teringat pulak kata-kata nih, Ikhlas umpama melepaskan hajat di tandas, apabila selesai maka tidak akan diingati langsung apa yang telah dibuang~~ begitu sekali perumpamaanya.. Ok, sudah masuk sesi motivasi pulak.. tak apa ek, sama-sama la kita ambil pengajaran. ^akhirnya ada jugak contoh baik yang saya buat^ =D
Terasa sangat penat, pening dan mengantuk.. namun, bila namanya perempuan, keluar pula dengan perempuan yang lain, mesti akan ada sahaja benda yang berkenan di hati. Maka, selamat sudah saya membeli sebijik beg untuk melaram di Nursing Dinner 2010 nanti eheh.Tak nak tunjuk kat sini, suprise nanti eh heheh. Ingat nak beli baju, tapi tak jumpa lagi yang berkenan dan kalau adapun, tidak termampu saya nak beli. huhuk
Setelah separuh hari berjalan, saya mula mengalah dengan kemampun diri. penat tuh! makanya selepas zohor, saya melangkah seribu dua tapak meninggalkan bangunan Sogo itu~~ mata sudah kuyu, kaki sudah longlai, katil sudah melambai. here I come.. missed u a lot! OPS! tergedik pulak
tak cukup dengan ayat gedik, tambah gambar gedik lagi =P
OK, seperti yang diimpikan... akhirnya pukul 3 petang, saya selamat menjumpai katil tersayang. bestnya tidur... diulik mimpi indah pulak tuh.. tapi tak nak cerita kat sini.. rahsia ya =D hahah gedik sekali lagi. Namun begitu, untuk pertama kali dalam hidup, mimpi indah saya terganggu. Kak Fatin punya pasal la ni..pergi jerit suruh orang bangun. Uhuk!tak sempat habis mimpi.. sayang sungguh.
Untuk pertama kali jugak mengharap mimpi tu jadi kenyataan dan untuk pertama kali jugak, tak mengharapkan sambungan mimpi walaupun benar-benar nak mimpi tu habis.. aik..pernah ke mimpi ada ending? ish2
Walaupun mimpi tu agak tidak logik.. fine, kalau logi tidak dinamakan mimpi.. Namun saya sangat suka... suka, suka dan jugak suka lagi.. eheh siap boleh tersenyum-senyum mengingat kembali.. bahagianya Ok, fine. tanda2 angau nih. =D ...
Biarkan mimpi menjadi mainan tidur
Biarkan Keyboard Berbicara =D
No comments:
Post a Comment