jam nurse saya yang terbaru =D
Sudah 2 minggu posting management rupanya. Insyaallah, ada lagi 4 minggu.. wawah!!! sebulan lagi. Makanya, selama sebulan itu jugalah saya akan masuk wad, berdiri tanpa duduk, berjalan umpama atlit lumba jalan kaki dan sekali sekala berlari-lari anak tanpa henti di sekitar wad dari pukul 7 pagi hinggalah 4 petang. Uhuk.. penat..=S Rehat dan duduk hanyalah untuk 15-20 minit di bilik pantry, ketika makan tengah hari. Lepas ni kompem, rancangan menambah berat badan akan menemui kegagalan, hancur!!!.. tak dapat la nak tambah berat sampai 45 kg =(
Dunia ni luas, tapi dalam luas-luas tu ada jugak kesempitan
Ini adalah pernyataan yang dipinjam dari seorang makcik yang mendapat rawatan di wad. Adapun kesempitan yang saya maksudkan adalah dari segi masa dan tenaga. Waktu kerja selama 8 jam dirasakan tidak cukup untuk melakukan apa yang patut walaupun pesakit yang dijaga hanyalah seramai 6 orang sahaja. Nak buat report lagi satu hal... walapun tak ada lah panjang sangat, tetap rasa tak sempat nak buat.. ditambah lagi dengan prosedur2 yang banyak. huk! Sekarang saya memahami kerja seorang misi lepas menjalani posting ini.
Masa dirasakan bergerak dengan terlalu laju sampaikan sesuatu perkara yang perlu dilakukan pada waktu tersebut tidak sempat nak dilakukan... bagi contoh paling senang la... menulis report. Masa kali pertama jaga 6 orang pesakit, pukul 1.30 baru berkesempatan nak menulis. Penat jari-jemari ni nak menulis tau! Terasa masa terlalu cepat sangat berlalu.. tak sempat saya nak siapkan kerja =S
Pukul 4 patang, shift dan pass over dah habis, YAHOO!!! masa untuk berehat. Sampai je kat rumah terus mandi, basuh baju posting tadi, dan melepak sambil bercerita keadaan kat wad sambil meluah perasaan kepenatan yang tak terhingga. Pukul 4 petang hingga 5.00 pagi esok tu terasa sangat pendek..cepat sungguh satu hari ni berlalu, tak cukup masa untuk rehat. Jadi, kepada Puan Jalina, saya perlukan cuti setiap selang sehari bekerja, diharap puan dapat pertimbangkan permohonan ini. Kerjasama puan amat diharapkan bagi memastikan kecemerlangan dalam modul ini =P
ppukm
Perjalanan 5 hari dalam seminggu pulak terasa sangat lambat. Pelik bukan? Sehari dirasakan sangat cepat berlalu tapi seminggu dirasakan sangat lambat.. perasaan apakah itu? urm =S Setiap isnin, saya akan menantikan hari jumaat dengan perasaan sangat tidak sabar. Namun hari esok sangat tak dialukan... tolonglah lambat berlalu wahai masa. ehehe..
Uh management.... menghuru-hara-hari-hati sungguh.
Menunggu posting malam pulak~~
Jangan terjumpa hantu sudah la, tak nak, tak mau, tak ingin
Biarkan Keyboard Berbicara =D
No comments:
Post a Comment