Perasaan itu muncul lagi, senyap-senyap dia dah mula meracun dan menjalar di segenap urat saraf saya.. Blood brain barrier pun dia redah jugak, menyebabkan otak saya telah teracun dengan jangkitan itu, meningitis kah?Uh tidak, Nauzubillah. Yang ni penyakit lain.. debaralitis. hah! amek ko, penyakit apa entah. untuk mencanggihkan bunyi dia, saya nak tukar jadi istilah owang puteh la.. anxitis! apa ke hal nak jugak tis tis ni? eheh, tanda2 kerasukkan kuman yang jelas nih.Tapi tak perlu nak bimbang sangat, tak sampai tahap sepsis lagi, suhu badan pun masih lagi 37 darjah celcius.Kalau 38c, kena buat tepis sponging dah, plus amek2 bijik PCM . Tak pun, kena start antibiotik, pastu kena cucuk branulla sebab bagi melalui IV.. woooooooooo sakit tuh. OK2, stop cikmisi, mengarut ntah apa2 dah ni.
Seronoknya zaman itu
Debaralitis @ anxitis yang sedang saya hadapi sekarang ini tidak la seteruk yang saya alami 5 tahun yang lepas, sewaktu mengakhiri zaman SPM dulu... Kalau dulu, sangat jelas terasa macam mana perasaan tu. Masa tu perasaan saya seperti en suami menunggu kelahiran anak sulung, berdebar-debar sambil meneka lelaki ke perempuan. aceh! macam pernah beranak pulak kan. ntah apa-apa contoh ni.
Masa SPM tu saya terasa sangat kepentinganya, terasa masa depan saya ditentukan oleh keputusan dalam SPM tersebut. Namun hakikatnya, keputusan matrik yang menentukan di mana saya sekarang. Kalaulah masa matrik dulu saya telah mendapat 4.00, semestinya sekarang saya sedang belajar dalam jurusan kedoktoran.. Kalau dapat 2.00 pulak, mesti saya telah tercampak dimana-mana kos lelong. Alhamdullillah... keputusan yang sederhana yang saya perolehi dulu telah mencampakkan saya ke dalam bidang ini.. NURSING =D
Perasaan berdebar-degup-kencang jantung sewaktu SPM dulu tu sebenarnya adalah disebabkan banyak sangat mendengar cerita orang. Orang cakap lepas SPM lah bermulanya hidup kita, apa yang kita buat adalah atas pilihan sendiri, kita bebas memilih apa yang kita rasakan terbaik.. Ya.. hakikatnya begitulah... Saya mula memilih apa yang saya rasa bagus untuk diri saya. Namun, tak semestinya apa yang dipilih itu bagus.. tapi percayalah, apa yang berlaku telah tertulis di loh mahfuz.. ada hikmah disebalik yang terjadi.. tak kira la baik ke, buruk ke.. semuanya ada iktibarnya. Cuma, bergantung kepada diri sendiri nak menilai dan memahami.
Saya tidak sabar menanti untuk keluar daripada kehidupan seorang pelajar degree. Ya... sangat2 lah tidak mampu bersabar lagi. saya nak bebas!!! perasaan itu sebenarnya yang menimbulkan ketakutan buat saya. Masih ada 2 bulan sebelum final exam, tapi perasaan saya dah jauh 5 bulan ke depan. advance woooo. Sudah terbayang pentas graduasi DECTAR tuh!!! berangan je kan! uhuk! Ish2,,, Sungguh menakutkan memiliki perasaan itu, Ya Allah.. kurniakanlah kesabaran kepada budak ini. Kurniakanlah semangat untuk dia terus melangkah kehadapan. ameen.
Sebenarnya saya pelik dengan diri sendiri, saya berharap supaya masa berlalu dengan pantas.. padahal banyak benda yang tak sudah lagi. Tak sedar diri kan, ada hati nak masa bergerak cepat.urmmmm. Saya harap perasaan ini hanya semetara sahaja. Saya nak kembali menjadi diri yang dahulu.. easy going... bukan easily sensitive... yang mana sangat saya perasaan perubahan itu semenjak dua menjak ni... =(
Ok2... sesi penatian tak akan menjadi sesi yang sangat suram dengan kegelapan.. Saya akan warnai dengan warna ceria.,.. Insyaallah... nak ceriakan seceria hijau pucuk pisang atau pun hjiau kepala itik, bersinar-sinar tu... Saya cuba.. menjadi positif, dan optimis =D InsyaAllah~~
Biarkan Keyboard Berbicara
No comments:
Post a Comment