Assalamualaikum
Malam telah datang dan sekali lagi saya menjadi nocturnal di PPUKM. Sesungguhnya malam ini sangat best.. pasalnya bila jam menunjukkan pukul 12 tengah malam, semua kerja telah beres.. saya berjaya menyediakan ubat, buat observation dan jugak bagi ryle tube feeding. Uh, sungguh bahagia kerana dapat berehat dan tidur lebih awal dari malam sebelumnya.
Malam ni, pakcik yang suka buat perangai pelik sudah pun balik rumah. yeah yeah, dia dah balik =D Tapi kan, ada benda lain pulak yang jadi. Adakah anda masih ingat uncle yang mendapat trauma kena samun tuh? Sila jangan kasihan kat dia..
Dia mengambil kesempatan atas kebaikkan diri ini. Sakitnye hati adus!.. Ada ke patut dengan selamba kodok dia sentuh-sentuh badan dan tangan saya nih!! eeee!!!! kegeraman menyala-nyala bagaikan kerdipan lampu ultramen lepas 3 minit kat bumi. terasa aura super power nak fire uncle tuh. Malangnya...
aku bukanlah ultramen
aku ngak bisa fire
bila engkau suka-suka
sentuh-sentuh aku
Sesungguhnya dia sangat berbangga bercerita pasal judi dan amoi-amoi cantik sambil tersenyum gatal. eeeee! Nak sekeh kepala orang je rasanya waktu tu. M.E.N.Y.A.M.P.A.H yang amat membuak-buak sampai melimpah. Namun, disebabkan dia merupakan pesakit, hatinya perlu dijaga. Makanya, saya memujuknya supaya tidur.
Barulah saya mengerti kenapa uncle ni selalu datang ke kaunter nurse bersama bantal macam budak-budak nak masuk bilik mak bapak. Ok, jangan cakap perbuatan itu comel, sungguh menyampah tengok dia buat gitu. Bukan sebab sakit tapi sebab nak amoi manis macam saya ni g layan dia. Arhhhhh... tensionnya.
Pelik sungguh.. sudah sakit macam tu pun masih lagi tak sedar diri. Suka hati dia je nak menggatal kat wad yang ternyata lebih selamat berbanding dunia luar. Kalau la saya jahat, pastinya saya halau dia keluar. Pergi! pergi! carilah perlindungan kat tempat lain. hahah puas hatiku.. tidurlah kat tepi-tepi longkang nun disana. Rasakan.
Tapi.. itu hanyalah khayalan semata-mata. Setiap orang layak diberi peluang kedua. errr... siapa yang nak sedarkan dia tuh? Saya ke? mintak maaf dan mohon ampun.. saya tak reti la der...
Malam ni berakhirlah posting malam saya. Terima kasih tak terhingga kepada misi-misi yang suka mengajar. Sungguh seronok menimba pengalaman itu~~
Biarkan Keyboard Berbicara =D
No comments:
Post a Comment