Sunday, February 6, 2011

seminggu pertama di KJM Kangar

Assalamualaikum

Tidak sampai sebulan gelaran penjawat awam telah aku sandang, namun penatnya terasa bagaikan sudah terlalu lama  mencurah keringat di arena ini. Kesakitan di tulang belakang tatkala menyiapkan plan pengajaran dan persembahan power point masih lagi mencucuk-cucuk, berbisa seperti telah mengalami vertebra slip dislocation. (Nauzubillah)

Aceh,,,, ayat ini kelihatan skema, seperti ingin menyertai pertandingan menulis cerpen pulak gayanya. Tapi, cerpen satu perenggang ajo lah eh.. tak larat kot nak mengarang ayat-ayat cam gitu dengan banyaknya. HAHA, tak kelakar pun.

Menjadi pengajar ini rupanya tidaklah mudah. HUHU, ada ke kerja yang mudah? duduk je dapat duit... adeh, macam keje jaga tol lah pulak. Sambil duduk, gaji berjalan. pom pom hon berbunyi apa kes????

Wokeh, kembali kepada cerita asal... Dulu, masa belajar dulu2 lah... saya tengok lecturer ni macam rileks je. Masuk kelas, pong pang pong peng bercakap. Pastu keluar, pergi makan. Senang sungguh gayanya. Tapi..... disebalik tuh, rupanya susah jugak iya. Meh baca apa yang berlaku sepanjang minggu pertama yang meruntung jiwa ini:

1. Menyiap lesson plan, lesson note dan power point presentation

KKM mempunyai format tersendiri dalam menghasilkan lesson plan. Memang tak sama dengan format yang saya belajar dulu. Mengikut KKM, plan pengajaran hanya mengandungi objektif, perancangan waktu, alat bantu mengajar, aktiviti pengajar dan pelatih serta penilaian. Manakala, isi kandungan pembelajaran pula berada dalam sheet berasingan, yang dikenali sebagai lesson note. Makanya, format KKM ini kelihatan lebih kemas dan tidak padat seperti yang saya buat masa zaman ritu2 lah. 

Sepanjang proses menghasilkan lesson plan & note nih, tahap stress adalah pada tangga yang sangat tinggi. Segala-galanya kelihatan susah, dan memenatkan. HADOIH. Rembesan hormon serotonin pulak memang tinggilah sangat2 (tapi tak dapat dibuktikan sebab tak g buat blood test pun =P), seiring dengan itu, pengumpulan acid laktik jugak berlaku dengan banyaknya terutama di kawasan lengan dan betis. Hal ini dibuktikan dengan rasa lenguh yang amat seperti berlari sejauh 5 km setiap hari T_____T

2. Quality of life? 

Wokeh, bacalah luahan dibawah dan nilaikan bagaimanakah kualiti kehidupan saya dalam tempoh seminggu itu.... silakan silakan...


Waktu tidur  telah berubah. Setiap hari, saya akan tidur pada jam 2 pagi dan bangkit pada jam 6.30 pagi. Tempoh 4 jam setengah yang sangat berkualiti, kalau jagi gempa bumi belum tentu terjaga neh..... Makanya, bolehlah dipanggil beuty sleep walaupun tak berapa nak cantik. 

Tiap-tiap hari bila nak tidur jek, terasa seperti satu badan mengalami kelumpuhan. Otak saya masih lagi dok pikir2 pasal kerja, tapi badan rasa tak larat dah nak bangkit buat kerja, rasa sangat berat sampai tak boleh nak gerak. Agaknya, macam nilah perasaan orang yang mengalami kelumuhan... Muhasabah.....

Dengan serious saya mengakui, time tuh memang terasa sangat busan dengan rutin tiap-tiap hari. Apa tak nya, pagi-pagi lepas punch card, terus bukak komputer buat kerja, Lepas rehat, sambung kerja lagi. Pastu punch card, balik bilik then sambung buat kerja lagi sampailah tertidur pada jam 2 pagi. 

Makanya, pendapat anda????? T____T

3. Kerja-kerja lain....

Dalam pada tengah sibuk2 buat lesson plan, dok pikir kerja lain lagi..... apa dia? Ni hah, Skill lab yang tak berapa nak siap. Ianya adalah dibawah tanggungjawab saya dan Mahani. Adoish, kali pertama tengok skill lab dia, sentap habis. Semua benda belum di set up lagi.... Nak tak nak, memang kami lah yang kena siapkan, Ada dateline pulak tuh, kena siap sebelum kursus teaching methodology, 21 February nih... Adoish., Doakan kami berjaya ye..


4. Pelatih-pelatih

hah, bab ni memang mengujakan. Kalau dulu, istilah pelatih memang sangat asing bagi saya. JP (Jururawat pelatih), JMP (Jururawat masyarakat pelatih).... memang tak pernah didengari sewaktu bergelar STN (Student nurse) di UKM. Sememangnya sistem IPTA dan kolej latihan KKM mempunyai beza yang besar... Bukan takat beza panggilan jek, pengurusan pun lain-lain. Makanya, adaptation is a must!! Bak kata pepatah Melayu, masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang rimau, mengucap banyak2, panjat kandang.hehe.

Sebagai pengajar di KKM, jangan terperanjat bila semua pelatih akan berdiri dan mengucapkan salam secara  beramai2 seperti disekolah ya kawan2. Lepas mereka bagi salam, jangan lupa untuk persilakan mereka duduk sebab selagi anda tak bagi mereka duduk, mereka akan berdiri jelah. Bagus mereka=mereka nih. Ini merupakan suasana baru bagi saya.... so, memang saya sangat terkejut dengan situasi itu.... Lagi satu, saya tak biasa bila saya yang masuk ke tempat mereka, tetapi mereka yang bagi salam.... sepatutnya tetamu lah yang memberi salam kan.... So, kena lah biasa-biasakan sebab itu adalah budaya disini.

Okeh, cuba teka, berepakah umur pelatih-pelatih disini? Tet tet tet.............

Mengharukan, mereka adalah rakan sebaya jek. Walaupun baru berada di semester satu tapi umur dah 25-26 tahun. Terkesima cikgu nak ngajar. huhu Tapi, seronok mengajar mereka-mereja nih, ceria sepanjang masa. Harap-harap ceria itu tanda paham ya murid-murid.


5. Rakan setugas 

Disebabkan ini adalah kolej baru, pelatih pulak seramai 90 orang sahaja, makanya pengajar yang ada cumalah 6 orang sahaja. Mungkin tunggu pelatih menjadi semakin ramai barulah bilangan akan ditambah kepada bilangan yang sepatutnya...

Buat masa nih, saya masih lagi dalam proses erkenalan dengan mereka..... Tak kenal maka tak cinta kan.... So, terlalu awal lagi nak bagi komen2 pasal rakan setugas neh....Karang kan iya2 dok kutuk, rupanya2 dowang ni baik2 je. Tak pun, iya2 dok puji, rupa2nya talam bermuka-muka pulak.. huhuhk

Makanya, Jom.... kenali rakan sekerja kita... Wujudkan suasana yang harmoni supaya hati senang... kerja pun tak stress kan kan kan

Wokeh, kisah seminggu bekerja sudah tamat. Perkongsian yang pendek jek...... Nak panjang2 lagi tapi tak tau nak menyusun ayat. Nanti story lagi yek. 

TATA

4 comments:

Anonymous said...

hoho!~
no 1- nampaknye keje shif lagi best ler.. kerana itulah akak melarikan diri dari dunia mengajar buat sementara waktu.. hoho!~
no 2 - dorang bagi salam??? mampuih!~ jenuhler nak menjawab sorang2 nye salam.. kene betolkan tu.. kalo tak kang, kerna niat kita nak memberi ilmu, dapat dosa lak sebab tak jawab salam mereka yg bagi salam..
no 3- skill lab tak siap??? hoho!!~~ caiyok2!!~~ naseb skill dorang tak banyak sangat.. heee..
slamat mengajar cikgu jijah!!~~ hoho!~

cik misi said...

ka nih.pertama-tamanya nak teka nih, mesti kak shikin. betol kan kan kan.
Saya mengajar kat kolej juruawat masyarakat, so...bebudak ni banyak skill kebidanan. tu yang pening sket nak wat skill lab dia... sebab jarang terdedah dgn dunia bidan neh.

Kak, bila nak join teaching semula?? bertambah sket geng neh..

Asyraf Hasnan said...

kire nanti boleh laa mntk cross kat akak yeh.. nnt bg alamat yeh. nak kirim buku cross.. hehe..

abg arif pon keje mcm akak ke?

cik misi said...

amboish acap, xleh2.. nak kena 'cross' dengan prof Hamidah je gaya nih..huhu meh la, datang Perlis, leh g Langkawi..

abg Arif tak pergi interview pun hari tu... dengar citer dok usha keje nurse kat Brunei. dia ada wawasan tersendiri dalam arena jururawat neh.. Semoga tercapai dan dimudahkan jalannya oleh Allah SWT