Friday, September 18, 2009

Sambutan Hari Raya

Kejap je lagi nak raya... rasa macam baru je puasa.. rasa macam masih belum lengkap lagi amalan di Ramadhan kali ni.. Bukan kali ni je rasa gitu, tapi tiap-tiap tahun pun rasa perkara yang sama.

PUASA SAYA?
i) tak sempat nak khatam Quran.. masa kat matrik je sempat khatam.. kat U ni tak pernah.. uhuk
ii) jumpa ke tak malam al-qadar... tiap kali 10 akhir Ramadhan mesti ABC..
ii) sedekah jarang-jarang jek
iii) dosa dengan orang lain, kekawan, lecture.. mak oi.. banyak ni.. bulan puasa pun masih ada masa nak termengumpat.. adoi.. astagfirullah
iv) banyaknyer yang kurang... sob3x

TIBANYA SYAWAL

1st time dalam hidup saya merasa hias tempat untuk sambut raya.. saya sempat menolong staff di unit psikiatrik komuniti PPUKM untuk mencantikkan unit.. cantik.. betul.. bukan puji sebab saya yang tolong, tapi puji sebab ia dilakukan dengan penuh keikhlasan bersama dengan insan-insan yang tidak bernasib baik mahupun yang bernasib baik. siapa insan yang bernasib baik tu? saya.. kekawan saya, staffnurses, OT, PK.. iaitu insan-insan yang memiliki kamampuan untuk berfikir dengan sempurna, yang mempunyai kekuatan mental untuk bekerja dibawah tekanan, yang masih boleh membuat keputusan secara logik walau kekadang tak logik jugak. TAPI... siapa pulak insan yang tak bernasib baik tu? mereka merupakan golongan istimewa yang terbatas kemampuan akalnya.. yang memerlukan bantuan dan sokongan untuk terus hidup.. yang sentiasa dipandang serong dan hina oleh masyarakat.. yang dianggap gila oleh orang yang tidak memahami mereka.. mereka juga punya hati.. kenapa menyisihkan mereka? kenapa hak mereka untuk merasa bahagia dinafikan? alamak.. terEMO pulak.

buat anak mak XXXX dan juga adik, yang sentiasa disayangi, doakan mak cepat sembuh. Selamat hari raya mak ucapkan..


yang benar,
MAK


menitis air mata saya membawa dedikasi seorang pesakit psizophrenia dalam kad raya yang dihasilkan dalam aktiviti bersama OT. walaupun orang kata pesakit psizophrenia ni gila *macam tak patut saya tulis.. maaf* tapi cuba renungkan.. mereka juga mempunyai hati.. mempunyai keinginan untuk bahagia.. mempunyai keinginan untuk manjalani kehidupan normal.. Semoga Allah mengurniakan kebahagian kepada mereka dan kita semua.

wassalam

No comments: