Sunday, June 27, 2010

Kedah Part 1; kenduri kendara





Assalamualaikum

Hi, berjumpa di post kedua saya untuk hari ini (So sorry.. Internet buat hal.. saya tak dapat buat hatrik semalam =( ). Ok2.. masihkan anda ingat, siri jelajah utara masih belum tamat lagi. Kali ni destinasi saya adalah KEDAH darul Aman.. Perlis sudah berlalu.. xmo cakap apa-apa pasal Perlis dah, karang terjadi entri Pelis pulak. BUBYE Perlis

Sebenarnya tujuan utama saya ke Utara adalah untuk menghadiri walimah rakan serumah yang bersama-sama dengan saya selama 4 tahun di UKM. Seperti biasa, saya akan bercerita pajang lebar terlebih dahulu sebelum menayang gambar yang semua orang dok nanti-nanti tuh. Bak kata saya, alang-alang berBLOG, biar sampai meleret-leret. HAH, sape dah muak, sila tekan pangkah.

Perjalanan nak ke rumah pengantin ni memang la sungguh mencabar. Banyak betul destinasi menarik yang boleh disinggah.. Namun, sayang berkali-kali sayang.. masa betul-betul mencemburui kami. Hanya Muzium Padi dengan Gunung Keriang je yang sempat disinggahi..itu pun singgah sebelum pergi kenduri. (nanti saya buat entri lain pasal ni..Insyaallah)

Perjalanan yang sepatutnya singkat telah menjadi panjang sebab kami tersalah masuk jalan. Nak buat gane,   tempat baru. Tak biasa la Cik Senah oit. GPS jugak tidak membantu sebab tak ada signal satelit disitu. T.T Best jugak la makan buah langsat sambil mengukur jalan. Bukankah jauh berjalan, luas pemandangan bertambah ilmu. Ilmu itukan penting... untuk menjamin kebahagian di dunia dan akhirat. sape tak nak ilmu??? hah, insaflah... marilah menimba ilmu =D

Nah..classmate ku sekalian, Puan Jalina dan Puan Aslina.. tataplah puas-puas. (lepas ni tak kempunan nak tengok gambar kawin student dah kan hehe)

ini adalah pengantin perempuan

bersama pengantin lelaki

dan kawan2 yang menyerikan majlis

serta ehem ehem yang tolong bawak kete pergi kenduri

Saya mengubah fikiran. Saya tak mahu membebel panjang2 sebab saya adalah seorang gadis yang pemalu. Saya nak mengarang sket je lagi nih. Teruskan membaca ya.EH... baru perasan, lepas ni surat-surat rasmi Syifak dah tak boleh berTITLE cik Nurul Syifak lah.. Menjadi PUAN pulak ye. Hoho..

Hah, kepada Puan Syifak, semoga berbahagia bersama tuan doktor ya. Saya doakan semoga keredhaan dan rahmat Allah melimpah-limpah ke atas pengantin baru. Bila Allah redha, hidup menjadi tenang walau di uji badai. Amin...

Ok2.. stop dulu.. makin lama nanti makin banyak pulak yang keluar.. Makanya, makin panjag lah entri kali nih. Eleh...panjang2 pun bukan dibaca kan. Mesti suma orang nak melihat-tengok gambar je. hukhuk.. (terEMO pulak =P)

Andai cinta mekar di hati
Pahit akan menjadi manis
Masin menjadi manis
Masam menjadi manis
Manis menjadi berkekalan
=D

3 comments:

nurse husna said...

jij, yg akhir tu pantun ke sajak? hehe =P

cik misi said...

itu seloka la una. hehe
seloka buat una lah..hoho

nurse husna said...

tq jij.. sob2.. terasa nak peluk jij jer..