Sunday, June 13, 2010

Perlis part 4; Laksa Beras

Assalamualaikum

Wahai anda semua.. saya nak bagitahu sesuatu ni.. Perjalanan di Utara tanah air masih belum selesai lagi.. Makanya,izinkan saya bercerita mengenai Kedah Darul Aman pulak iya. Ok.. jom teruskan perjalan ke sana. 

Alkisah, pada pagi isnin, 7 jun 2010 rombongan cik misi bersama kawan-kawan yang jugak  bakal misi dan bakal lecturer (Insyaallah) telah bertolak ke Kedah. Destinasi pertama adalah di kedai makan untuk memakan sarapan pagi semestinya. Menu pagi itu adalah...

laksa beras

Hah..saya sendiri tak berapa nak percaya bahawa kami bersarapan dengan laksa beras. Laksa ini dibuat dengan beras, diuli dan di rebus sendiri oleh tuan punya kedai ataupun tukang masak yang dia upah.. Dia tidak seperti laksa yag dibeli supermarket. Tidak diawet dan tidak perlu direndam.. Fresh dari dapur gitu =D

Laksa ini adalah makanan identiti negeri kecik-kecik cumel, Perlis Darul Sunnah. Rasa dia agak berbeza dengan laksa yang biasa dibeli di KL. Laksa ni lembut dan tak adalah kenyal2 macam biasa. nak try? jom ke Perlis. Makan laksa puas-puas na..

Tapi.. seperti biasa,, jangan menghampakan Kelantan Darul Naim tersayang. Laksa Kelantan pun sedap jugak. Dimakan dengan kuah lemak dan dibuat dengan beras jugak. Tak perlu direndam dan tak diawet.. Jugak mempunyai tekstur yang lembut dan putih seperti susu. hah, kalau nak cuba, jom kita ke Kelantan. (hahah, tak boleh blah... nak jugak lebihkan Kelantan =P)

Alamak. saya sangka entri pasal Perlis sudah tamat.. Rupanya belum.. hohoho. Tapi, ini adalah kisah terakhir mengenai perlis Ok.. Nanti bersambung pasal Kedah pulak ya... Jumpa lagi wahai anda semua.

=D



No comments: