Monday, June 21, 2010

Korea Town

Assalamualaikum


Meneroka sesuatu tempat baru bukanlah sesuatu yang ganjil, aneh, pelik mahupun eksotik bagi kumpulan manusia yang berkategori pelajar. Excited sungguh-sungguh la kalau tiba-tiba je mendapat tahu kewujudan satu tempat baru secara tak disengajakan. Lepas tu mulalah bergigam (bergila gambar) sana sini. Habis ceruk rantau nak jadikan kenangan. Sampaikan gambar tong sampah pun snap sekali =P Nasib baik pakai digi-cam, seribu keping gambar pun masih boleh disnap andai mempunyai kemampuan otot muka untuk senyum lama-lama (Bagus untuk mengekalkan awet muda) Cuba pakai Kodak ke, Fujifilm ke, mesti tak ada harapan nak bergigam secara berleluasa kan kan kan. Silap hari bulan bintang, kalau nasib tak baik, filem tu rosak. Hadoi.. menghampakan lah.

Ok2, marilah kita meninggalkan mukaddimah yang panjang melebar itu dan menuju kepada isi yang pertama. Alkisahnye begini..... Pada pagi sabtu yang tenang dan damai, saya dan pipit telah pergi ke Ampang untuk menghadiri satu majlis ilmu. Kami bertolak dengan sangat awal kerana bimbang terlewat sampai... Makanya, seawal 8.15 pagi kami dah terpacak kat depan bangunan Khalifah Model School Ampang.. Sekolah ini adalah sekolah rendah swasta yang sangat best. ratio cikgu kepada pelajar adalah 1:17 dan ia menerapkan pembelajaran untuk dunia dan akhirat. Insyaallah, kalau saya berkemampuan, saya nak anak-anak saya belajar di sekolah yang menawarkan sistem ini)


Ok, bergerak kepada isi kedua pulak. Punya la awal kami tiba kat sana, sampaikan pintu pagar pun tak dibukak lagi. Almaklumlah, menghadiri majlis yang penuh barakah, mestilah disertai dengan semangat yang berkobar-kobar bukan? (sumpah, sangat berkobar2 sampaikan ingin mengantikan tugas pak guard kat situ) 


Disebabkan keterlaluan awal tuh, saya dan pipit pun mulalah merayau-rayau kat bangunan-bangunan yang pertama kali kami tengok di sini, Korean Town. Wowowo... terasa seperti rusa masuk kampung pulak. Tak apa Pipit, kita rusa yang pandai.. Bukan takat kampung, bandar KL ni kita dah sampai kan =P (err.. sekarang ni kita dan masuk ke isi ke tiga)


berpoya-poya sekejap: senibina pun dah macam rumah kat korea kan



Penduduk kawasan tu sememangnya terdiri daripada orang Korea. Punyalah excited mendengar orang korea tuh bertutur ala-ala gulung lidah dan pipi tersorong-sorong. Kami pun mentry la nak ajuk cakap dowang 'Arisayo' (HUk Huk bertuah sungguh pipit, bagi ajaran sesat.. itu bahasa jepun la pipit oooi)


abaikan jerawat2 tuh, tengok kat dinding sana




Lihatlah.. sekali iklan pun dalam bahasa ibunda dowang. Sungguhlah saya tak paham dia tulis apa. Tak dapat dinafikan, sama seperti yang dilihat dalam drama dowang, budaya mereka-mereka ni memang mementingkan kecumelan. Iklan satu muka penuh dengan warna-warni lemah-lembut gemalai. Kalau iklan Malaysia...Fuh, jangan harap lar Cik Senah oit.. mesti garang-garang belaka. 


Ini adalah rumah salah seorang penduduk Korea yang bernama Woo Rin. Dia telah menetap di Malaysia selama-lamanya. HAHAH... ok2,, saya tipu. Rumah ni sangat2 disukai oleh Pipit sebab ada lama yang besar dan cantik. Saya tak suka sangat.. saya suka rumah sebelah dia. Rumah sebelah tu ada tanam pokok mangga kat laman depan (kalau saya ada rumah, saya jugak akan tanam mangga depan laman). Tambahan lagi, tuan punya rumah sebelah tu pakai kereta 4WD.. CRV tuh.. i like lah =D


Adakah anda perasan? entri ini sangat tak teratur? HAh..ia membawa mesej penting nih. Penting untuk dimengerti bahawa saya harus berhenti menaip.. Kepala sudah pening, hidung dah berair, tekak jugak terasa perit.. (suhu badan belum dicheck lagi, tak cukup data ni).. tapi.. yang jelas, seperti ada tanda-tanda upper respiratory track infection (URTI) je ni.. 


BUBYE EVERYBUDDY


No comments: