Monday, March 15, 2010

Penantian


Perasaan itu muncul lagi, senyap-senyap dia dah mula meracun dan menjalar di segenap urat saraf saya.. Blood brain barrier pun dia redah jugak, menyebabkan otak saya telah teracun dengan jangkitan itu, meningitis kah?Uh tidak, Nauzubillah. Yang ni penyakit lain.. debaralitis. hah! amek ko, penyakit apa entah. untuk mencanggihkan bunyi dia, saya nak tukar jadi istilah owang puteh la.. anxitis! apa ke hal nak jugak tis tis ni? eheh, tanda2 kerasukkan kuman yang jelas nih.Tapi tak perlu nak bimbang sangat, tak sampai tahap sepsis lagi, suhu badan pun masih lagi 37 darjah celcius.Kalau 38c, kena buat tepis sponging dah, plus amek2 bijik PCM . Tak pun, kena start antibiotik, pastu kena cucuk branulla sebab bagi melalui IV.. woooooooooo sakit tuh. OK2, stop cikmisi, mengarut ntah apa2 dah ni.


Seronoknya zaman itu 

Debaralitis @ anxitis yang sedang saya hadapi sekarang ini tidak la seteruk yang saya alami 5 tahun yang lepas, sewaktu mengakhiri zaman SPM dulu... Kalau dulu, sangat jelas terasa macam mana perasaan tu. Masa tu perasaan saya seperti en suami menunggu kelahiran anak sulung, berdebar-debar sambil meneka lelaki ke perempuan. aceh! macam pernah beranak pulak kan. ntah apa-apa contoh ni. 

Masa SPM tu saya terasa sangat kepentinganya, terasa masa depan saya ditentukan oleh keputusan dalam SPM tersebut. Namun hakikatnya, keputusan matrik yang menentukan di mana saya sekarang. Kalaulah masa matrik dulu saya telah mendapat 4.00, semestinya sekarang saya sedang belajar dalam jurusan kedoktoran.. Kalau dapat 2.00 pulak, mesti saya telah tercampak dimana-mana kos lelong. Alhamdullillah... keputusan yang sederhana yang saya perolehi dulu telah mencampakkan saya ke dalam bidang ini.. NURSING =D 

Perasaan berdebar-degup-kencang jantung sewaktu SPM dulu tu sebenarnya adalah disebabkan banyak sangat mendengar cerita orang. Orang cakap lepas SPM lah bermulanya hidup kita, apa yang kita buat adalah atas pilihan sendiri, kita bebas memilih apa yang kita rasakan terbaik.. Ya.. hakikatnya begitulah... Saya mula memilih apa yang saya rasa bagus untuk diri saya. Namun, tak semestinya apa yang dipilih itu bagus.. tapi percayalah, apa yang berlaku telah tertulis di loh mahfuz.. ada hikmah disebalik yang terjadi.. tak kira la baik ke, buruk ke.. semuanya ada iktibarnya. Cuma, bergantung kepada diri sendiri nak menilai dan memahami.

Saya tidak sabar menanti untuk keluar daripada kehidupan seorang pelajar degree. Ya... sangat2 lah tidak mampu bersabar lagi. saya nak bebas!!! perasaan itu sebenarnya yang menimbulkan ketakutan buat saya. Masih ada 2 bulan sebelum final exam, tapi perasaan saya dah jauh 5 bulan ke depan. advance woooo. Sudah terbayang pentas graduasi DECTAR tuh!!! berangan je kan! uhuk! Ish2,,, Sungguh menakutkan memiliki perasaan itu, Ya Allah.. kurniakanlah kesabaran kepada budak ini. Kurniakanlah semangat untuk dia terus melangkah kehadapan. ameen.

Sebenarnya saya pelik dengan diri sendiri, saya berharap supaya masa berlalu dengan pantas.. padahal banyak benda yang tak sudah lagi. Tak sedar diri kan,  ada hati nak masa bergerak cepat.urmmmm. Saya harap perasaan ini hanya semetara sahaja. Saya nak kembali menjadi diri yang dahulu.. easy going... bukan easily sensitive... yang mana sangat saya perasaan perubahan itu semenjak dua menjak ni... =(

Ok2... sesi penatian tak akan menjadi sesi yang sangat suram dengan kegelapan.. Saya akan warnai dengan warna ceria.,.. Insyaallah... nak ceriakan seceria hijau pucuk pisang atau pun hjiau kepala itik, bersinar-sinar tu... Saya cuba.. menjadi positif, dan optimis =D InsyaAllah~~


Biarkan Keyboard Berbicara 


Sunday, March 14, 2010

Blog saya berwajah baru



Hujung minggu yang sangat seronok!!... sampai saya berasa bosan, tak tahu nak buat apa. kemudian bukak blog, cari templete baru.. Akhirnya terhasilah wajah baru ni =D


Sebenarnya saya tidak puas hati dengan templete ni, tapi inilah yang termampu saya buat, Ikutkan hati, saya nak tukar tulisan dia.. tak nak yang dia sediakan, tapi puas saya godek2, tak dapat jugak cari kat mana tempat dia.. sesungguhnya saya buta IT, uhuk =(

Tak nak cakap banyak
Cukup2 la yek ;P
Biarkan Keyboard Berbicara


Mimpi yang Indah


Alkisah malam tadi saya telah selamat tidur dengan tidak berkualiti selama 3 jam.. ni suma pasal nak siapkan assignment Law yang best itu lah.. hah, padan muka, balasan sebab melengah-lengahkan kerja =S Alhamdulillah, siap jugak kerja tuh. Inilah dia ciri-ciri pelajar yang tak patut dicontohi. sila jangan ikut!

Kemudian dipagi yang damai itu, saya terpaksa merelakan hati pergi ke kelas Mr Ong.. Uh tidak..terseksa jiwa raga menahan mengantuk. Namun begitu, ternyata saya tidak berjaya uhuk! tetidur pula di dalam kelas tu, makanya~~ lagi sekali saya ingatkan, sila jangan ikut contoh teladan yang tidak baik ini! Jadilah pelajar cemerlang, jangan lengah2kan kerja yang diberi dan jangan tidur dalam kelas ok? terasa ala-ala kakak yang prihatin pulak ni =P

Nak dijadikan cerita pulak, lagi sekali saya terpaksa rela. Terpaksa keluar ke Sogo untuk berjumpa adik.. nak bagi kamera kat dia.. Nak batalkan dah tak boleh sebab saya sudah pun membuat janji, makanya janji harus ditepati. Ok2, tabiat yang baik sebegini boleh dijadikan contoh ok.. Bila berjanji harus ditepati dan bila diminta pertolongan, harus dicuba sedaya upaya untuk menolong semampu yang mungkin. Tambah lagi satu, harus juga disusuli dengan keikhlasan~~ teringat pulak kata-kata nih, Ikhlas umpama melepaskan hajat di tandas, apabila selesai maka tidak akan diingati langsung apa yang telah dibuang~~ begitu sekali perumpamaanya.. Ok, sudah masuk sesi motivasi pulak.. tak apa ek, sama-sama la kita ambil pengajaran. ^akhirnya ada jugak contoh baik yang saya buat^ =D

Terasa sangat penat, pening dan mengantuk.. namun, bila namanya perempuan, keluar pula dengan perempuan yang lain, mesti akan ada sahaja benda yang berkenan di hati. Maka, selamat sudah saya membeli sebijik beg untuk melaram di Nursing Dinner 2010 nanti eheh.Tak nak tunjuk kat sini, suprise nanti eh heheh. Ingat nak beli baju, tapi tak jumpa lagi yang berkenan dan kalau adapun, tidak termampu saya nak beli. huhuk

Setelah separuh hari berjalan, saya mula mengalah dengan kemampun diri. penat tuh! makanya selepas zohor, saya melangkah seribu dua tapak meninggalkan bangunan Sogo itu~~ mata sudah kuyu, kaki sudah longlai, katil sudah melambai. here I come.. missed u a lot! OPS! tergedik pulak

tak cukup dengan ayat gedik, tambah gambar gedik lagi =P


OK, seperti yang diimpikan... akhirnya pukul 3 petang, saya selamat menjumpai katil tersayang. bestnya tidur... diulik mimpi indah pulak tuh.. tapi tak nak cerita kat sini.. rahsia ya =D hahah gedik sekali lagi. Namun begitu, untuk pertama kali dalam hidup, mimpi indah saya terganggu. Kak Fatin punya pasal la ni..pergi jerit suruh orang bangun. Uhuk!tak sempat habis mimpi.. sayang sungguh.

Untuk pertama kali jugak mengharap mimpi tu jadi kenyataan dan untuk pertama kali jugak, tak mengharapkan sambungan mimpi walaupun benar-benar nak mimpi tu habis.. aik..pernah ke mimpi ada ending? ish2 

Walaupun mimpi tu agak tidak logik.. fine, kalau logi tidak dinamakan mimpi.. Namun saya sangat suka... suka, suka dan jugak suka lagi.. eheh siap boleh tersenyum-senyum mengingat kembali.. bahagianya Ok, fine. tanda2 angau nih. =D ...

Biarkan mimpi menjadi mainan tidur
Biarkan Keyboard Berbicara =D



Monday, March 8, 2010

Aktiviti Pelajar UKM di Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu




ENTRI INI ADALAH BERBENTUK HEBAHAN... bertujuan untuk memohon pertolongan serta bantuan kawan-kawan yang menjadi wartawan kat mana-mana syarikat penerbitan.. Kalau yang tak jadi wartawan tu pun boleh jugak membantu. Bantuan jenis gane tuh? Ha, ni la yang saya nak cakap... sila bantu saya untuk menyiarkan program ini ke dalam mana-mana surat khabar kat Malaysia.. tapi kalau Jepun pun boleh jugak.. international gitu =P

Ini adalah warkah dari pelajar yang menganjurkan program itu... Jom hayatinya..


Saya wakil dari UKM ingin memaklumkan bahawa kami akan mengadakan program di sebuah rumah orang-orang tua di Selangor, di bawah Persatuan Pelajar Kejururawatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Dibawah adalah butir program tersebut :

Tajuk : Program Secangkir Kenangan Pelajar Kersus Pengurusan Persatuan UKM 
Tarikh  : 20 Mac 2010
Tempat  : Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu, Selangor
Anjuran : Pengurusan Persatuan dengan kerjasama Persatuan Pelajar Kejururawatan Universiti Kebangsaan Malaysia

Program ini bukan bertujuan untuk meraih keuntungan wang ringgit mahupun populariti di dunia, tetapi bertujuan untuk memenuhi tuntutan matapelajaran pengurusan persatuan disamping beramal sedekah dan mengaplikasi ilmu kepada golongan yang memerlukan.. kiranya ini juga merupakan pelaburan dunia dan akhirat... Dunia untuk markah exam, akhirat pulak amal jariah yang dilakukan. 

Ok, kepada sesiapa yang boleh membantu untuk menunjukkan jalan yang harus dituju...saya memohon kerjasama anda... sila komen artikal ni ye... anda memang baik hati.. Bawalah saya ke jalan yang benar =D

*saya yang dimaksudkan bukanlah cik misi, dia cumalah tukang karang dan tukang publish sahaja.. saya adalah merujuk kepada cik Amirah Fatin... apa-apa hal, sila hubungi saya melalui komen dibawah ye.. tak pun guna je chat box kat sebelah. Insyaallah saya akan respons kepada anda semua. Terima Kasih Daun Keladi~~


Biarkan sifat murah hati menyelimuti anda
selimut=tidur
=P



ZzzZzzZZZz hypersomnia

Seminggu yang lepas, saya sangat jatuh a.k.a down, jatuh berat badan sampai ke angka yang tak sangup disebut, jatuhnya graf mood ceria ke tahap kesedihan yang nyata dan jatuh hati kepada objek empat segi tepat yang disaluti kain bewarna peach berkartun-kartun .:itulah katil saya yang sentiasa menggoda-godam-gundah-gulana hidup saya sejak akhir-akhir ini:. 

merenung... bestnya dapat tidur (@_@)

Sesunggunya ini adalah minggu yang sangat tak produktif, sehingga mampu mendiagnos diri sebagai hypersomnia related to stress. huk! apakah yang telah terjadi? Ok2, meh la nak bercerita banyak '~'

Kegagalan untuk mengutamakan apa yang utama menyebabkan berlakunya hal ini, disamping itu, perubahan paras hormon dalam badan jugak menjadi penyumbang utama masalah ini. Sekaligus menyebabkan kelesuan yang berpanjangan dan sangat menyakitkan. UHUK!

Ok, tadi saya telah menipu, sebenarnya tak banyak cerita pun. Sekadar meluahkan rasa hati yang dipendam semenjak-dua-tiga menjak ini. Tak ada mood nak menulis dan tak ada mood nak buat apa-apa. Sesungguhnya saya sedang berada di tahap kemalasan yang paling serius.. hanya tahu mengutamakan tidur berbanding belajar, jarang menghubungi keluarga yang dicintai  serta buah hati tersayang dan sangat malas mengemas rumah yang suatu ketika dahulu menjadi hobi saya =S


Biarkan Katil itu runtuh
supaya saya tak dapat tidur banyak-banyak


Cubaan itu peringatan


Adapun minggu lepas, saya telah pun kehilangan sebuah botol air kesayangan di library PPUKM.. Huk! padahal tertinggal sehari jek, itupun nak kena kebas jugak ke? Tak apalah, alang-alang dah kena kebas, maka lebih baik saya berniat untuk bersedekah je, Insyaallah dapat pahala.. hati pun tenang.. tak payah maki hamun si pencopek itu. Tapi kalu dah samapai bercerita kat satu dunia ni, masih dapat pahala ke? iskh2..Saya terpaksa membeli-belah sebuah botol air baru tau..Tapi nasib baik dapat diskaun seringgit, Alhamdulillah jimat duit... boleh buat beli buah betik =D

Dugaan itu tidak berakhir disitu sahaja, pada hari jumaat, saya telah kehilangan sebuah fail yang mengandungi semua report di wad medikal. Paling menghuru-hara-kan, report itu adalah markah bagi modul management. huwa!!!! masa tu saya dah redha untuk dapat result yang teruk dalam final exam bulan 5 nanti..siap cakap kat kekawan saya bersedia menerima C. =(

Malam tu, barulah saya bermuhasabah diri, rupa-rupanya kehilangan botol air yang berlaku sebelum ni adalah peringatan yang Allah turunkan kepada saya supaya saya membetulkan apa yang telah saya lakukan. Namun botol air yang mungkin kecil nilainya tidak mampu melembutkan hati saya sehinggalah kehilangan report yang mungkin besar nilainya itu membuatkan saya bermuhasabah. 

Begitulah sikap manusia... selalu lalai andai sentiasa hidup dalam kesenagan. Seungguhnya kesenagan itu juga adalah ujian Allah... Saya akui, kebelakangan ini, diri saya amat banyak terlalai. Banyak sangat perkara-perkara sunat yang dulu saya lazimi telah ditinggalkan, begitu juga dengan perkara wajib... tak adalah sampai meninggalkan solat, tapi sedikit liat untuk menunaikannya di awal waktu. Astagfirullah... ampunkan saya wahai tuhan. Begitu jugak dengan perkara lain yang tak nak saya sebutkan disini.. banyaknya dosa diri ini... Astagfirullah.

Alhamdulillah, hikmah disebalik cubaan
 Menyedarkan hati yang lalai,
mengubat kesakitan rohani 
dan mendekatkan diri kepada pencipta kita yang Maha Esa...
Biarkan Keyboard Berbicara =D






Saturday, March 6, 2010

masa..



jam nurse saya yang terbaru =D

Sudah 2 minggu posting management rupanya. Insyaallah, ada lagi 4 minggu.. wawah!!! sebulan lagi. Makanya, selama sebulan itu jugalah saya akan masuk wad, berdiri tanpa duduk, berjalan umpama atlit lumba jalan kaki dan sekali sekala berlari-lari anak tanpa henti di sekitar wad dari pukul 7 pagi hinggalah 4 petang. Uhuk.. penat..=S Rehat dan duduk hanyalah untuk 15-20 minit di bilik pantry, ketika makan tengah hari. Lepas ni kompem, rancangan menambah berat badan akan menemui kegagalan, hancur!!!.. tak dapat la nak tambah berat sampai 45 kg =( 


Dunia ni luas, tapi dalam luas-luas tu ada jugak kesempitan

Ini adalah pernyataan yang dipinjam dari seorang makcik yang mendapat rawatan di wad. Adapun kesempitan yang saya maksudkan adalah dari segi masa dan tenaga. Waktu kerja selama 8 jam dirasakan tidak cukup untuk melakukan apa yang patut walaupun pesakit yang dijaga hanyalah seramai 6 orang sahaja. Nak buat report lagi satu hal... walapun tak ada lah panjang sangat, tetap rasa tak sempat nak buat.. ditambah lagi dengan prosedur2 yang banyak. huk! Sekarang saya memahami kerja seorang misi lepas menjalani posting ini.

Masa dirasakan bergerak dengan terlalu laju sampaikan sesuatu perkara yang perlu dilakukan pada waktu tersebut tidak sempat nak dilakukan... bagi contoh paling senang la... menulis report. Masa kali pertama jaga 6 orang pesakit, pukul 1.30 baru berkesempatan nak menulis. Penat jari-jemari ni nak menulis tau! Terasa masa terlalu cepat sangat berlalu.. tak sempat saya nak siapkan kerja =S

Pukul 4 patang, shift dan pass over dah habis, YAHOO!!! masa untuk berehat. Sampai je kat rumah terus mandi, basuh baju posting tadi, dan melepak sambil bercerita keadaan kat wad sambil meluah perasaan kepenatan yang tak terhingga. Pukul 4 petang hingga 5.00 pagi esok tu terasa sangat pendek..cepat sungguh satu hari ni berlalu, tak cukup masa untuk rehat. Jadi, kepada Puan Jalina, saya perlukan cuti setiap selang sehari bekerja, diharap puan dapat pertimbangkan permohonan ini. Kerjasama puan amat diharapkan bagi memastikan kecemerlangan dalam modul ini =P


ppukm

Perjalanan 5 hari dalam seminggu pulak terasa sangat lambat. Pelik bukan? Sehari dirasakan sangat cepat berlalu tapi seminggu dirasakan sangat lambat.. perasaan apakah itu? urm =S Setiap isnin, saya akan menantikan hari jumaat dengan perasaan sangat tidak sabar. Namun hari esok sangat tak dialukan... tolonglah lambat berlalu wahai masa. ehehe.. 
Uh management.... menghuru-hara-hari-hati sungguh.
Menunggu posting malam pulak~~ 
Jangan terjumpa hantu sudah la, tak nak, tak mau, tak ingin
Biarkan Keyboard Berbicara =D