Ok, then apa yang best kat sini, ada pasar larut malam. Tapi..... bukan pasar tu yang best.. tak best langsung sebab kedai tak banyak. Ada 5-6 buah je kot. Ada gerai yang menawarkan khidmat urut tradisional, ada kedai jual tudung, cadar, baju dan...... Most interesting is................ Kedai Barangan Mainan yang mencabar otak.
Sangat best tempat tu. banyak sangat mainan yang mencabar minda. Pak cik yang jual mainan tu akan bagi kita main secara free.. memang seronak sangat main. Tapi, yang tak sonok bila tak dapat menyelesaikan apa yang permainan tu nak. Rasa macam nak beli jek suma mainan2 kat situ... biar pandai sket sebab hari2 dok asah otak. Strategi pemasaran pakcik tu memang betul2 berjaya lah.. pandai dia tarik customer. Bagi orang main free, kalu orang yang mempunyai sifat tak ngaku kalah and terlalu nak berjaya, Insyaallah orang tu akan beli. Saya pun teringin gak nak beli.. nasib duit tak cukup jek.. Tak ada la mahal sangat harga dia, tapi tengah kesempitan sebab biasiswa belom masuk lagi nih .uhuk.
Ok,habis jek main, kitowang pun balik. dalam perjalan balik tu sempat la merancang apa benda nak buat esoknya.. ade ke patut kakpah ajak nak g joging kat tasik titiwangsa.Sungguh patik tak berkenan. Patik tak mau menghilangkan lemak2 yang patik kumpulkan.. penat tau nak tambah berat.. bukan senang. . I will never do exercise except if my weight reached 45 Kg Ok!ehehe.. jangan sape2 ajak saya pegi joging tau. tapi kalu ajak teman joging takpe.. saya jalan kaki pastu orang tu joging la sowang2 ek..
Ok, alkisahnya esok tu kami pun keluar la pergi ke Titiwangsa.. jauh gak nak g sana. terpaksa lalu ikut Grand season Hotel, kemudian hospital KL, redah padang sambil tengok burung, naik jejantas, pastu. teng teng teng..... hujan pun turun membasahi bumi. Maka, kami pun berlari2 mencari perlindungan di Balai Seni Lukis Negara.. alang2 dah berteduh tu, kami pun masuk la kedalamnya dan cuba berlakon untuk menjadi peminat seni. Konon nak menghayati lukisan2 abstrak dan menilai makna yang tersirat... tapi hampeh....
Sesungguhnya pada hari itu, barulah kami tahu bahawa kami ni memang tak reti nak menghargai seni. Apa yang saya nampak la...... lakaran yang dibuat dalam lecture masa kita ngantuk2 tu pun bernilai besar tau.. sebab apa? sebab saya ada nampak lukisan yang dipamerkan di situ ada yang nampak macam conteng2 jek.. setakat gitu, saya pun boleh wat =P astaghfirullah.. riak2.huh. tapi betul.. ada satu gambar tu siap diconteng kat belakang buku nota yang rupa macam resit.. bertuah contengan tu....... dapat ditayang di balai seni lukis negara..
Tak puas hati sungguh kat dalam tu.. ada sebuah lukisan ni.. saya telek2 bagai nak rak.. ... ada dua batang batu yang duduk berjauhan.... pastu ada bayang2.. ni ala2 diterangi cahaya rembulan ler... saya pun meneka la tajuk dia iaitu kuburan... kalau bukan kuburan pun mesti ala2 gitu la jugak macam pusara ke, batu nisan ke, perjalan abadi ke... sad to say.. tu bukan tajuk dia. huh~ aku dah gagal da...... tajuk dia bintang, pasal kat atas tu ada bintang2 berkerlipan. ish! sungguh saya tak puas hati.
Seterusnya saya pun mula naik ke tingkat seterusnya.. penat mendaki lorong yang landai tuh.. kat ruangan seterusnya ni ada pameran arca.. saya memang tak puas hati... nape seni tak dapat dipisahkan dengan nafsu serakah manusia ek? ada la lukisan dan arca yang tak patut ditayangkan secara terang2 kat orang...... sebagai negara Islam,kita kenalah ambil kira suma ni. Apa salahnya kalau kita tak memisahkan agama dalam kehidupan seharian? saya cuma terfikir, tempat2 seperti ni mesti akan menjadi destinasi murid2 sekolah dalam program lawatan sambil belajar. Seandainya murid2 ni tengok gambar2 dan arca2 yang tak senonoh ni (betul, tak senonoh bukan tipu2), apa yang dowang akan fikir?tak seharusnya seni yang indah itu dicemari dengan unsur ni.. tengok saje cantingan batik.. indah bukan? tak ada pulak dicemari dengan figure2 yang tak bermoral kan...
Ok, dah terlebih emosi pulak.. tapi betul.. tak boleh ke kalu seni ni dibersihkan dari imej2 kotor? urm......... saya bukan orang seni.. tak leh nak kata apalah.
Keluar je dari situ, kami pun pergi pulak ke istana budaya. Tapi,bukan dapat masuk dalam pun.. sekadar ngambik gambar ke la.. best la jugak dok tangkap2 gambar..tangkap punya tangkap, tak sedar masa dah menghampiri jam 1 tengah hari.. makanya terpaksalah saya balik ke Damai.. sebab nanti jam 3 petang saya nak g Seremban pulak.
Kesimpulannya... program nak pergi tasik terbatal.. tetapi digantikan dengan lawatan sambil belajar.. Seronok la.
Kalau ada masa lagi, saya nak jelajah satu bangunan balai seni lukis tu.. tak sempat nak tengok suma tempat. .. bila la nak g lagi ni ek. urm.. Jom kekawan..