Sunday, September 27, 2009

Balak: Saya tak suka!

Sesungguhnya balak membawa berbagai maksud dalam kehidupan kita. Mengikut bahasa pasar, balak juga dikenali dengan nama pakwe atau teman lelaki. Adapun balak mengikut pengertian ini tidaklah saya benci.. malahan saya suka sepertimana saya suka balak saya. saya ada balak kah? urm..bukan balak, tapi.bakal teman sehidup..insyaALLAH. nak jugak betulkan pernyataan.

pembalakkan yang sangat tidak disukai oleh saya


KENAPA SAYA TAK SUKA BALAK?

Jawapan dia sangat mudah.. aktiviti pembalakkan telah menyusahkan kehidupan sanak-saudara saya disamping menganggu bumi yang saya cintai.. Nak tahu lebih lanjut? meh sini nak bercerita sket..

Nenek saya tinggal seorang diri di Kg Sg. Mengkuang.. Orang tua... walaupun dan uzur, tetap juga nak tinggal kat rumah sendiri, tak nak tinggal dengan anak. Sehari-harian dia akan menguruskan sendiri kehidupan harian, dengan tenaga empat kerat yang dia ada. Daripada masak, basuh baju sampailah kemas rumah. Dia akan buat sendiri melainkan cucu dia yang rajin ni datang menziarah. Makanya, terpaksalah saya buat semua.. kadang-kadang malas nak balik kampung sebab terpaksa buat semua kerja. huwaaa..

rumah kongsi pekerja balak di hadapan istana nenek saya

Masalah timbul bila bekalan air paip dicatu.. ni semua gara-gara aktiviti BALAK! macam mana balak menyebabkan catuan air? sebab... balak telah memusnahkan kawasan tadahan air semulajadi. Dulu, saya masih bodoh, saya masih jahil.. tak tahu apa kaitan tadahan air dengan balak. Kesedaran muncul sejak saya menjadi salah seorang pecinta alam.. eceh... pecinta alam tau..bukan pecinta wanita..(nyanyian Irwan Syah). kalau pecinta wanita tu dah jadi cerita lain dan mungkin boleh ikut balak-balak gay kat Taman Tasik Permaisuri pulak.. Astaghfirullah.. apa saya merepek ni?

Baik.. kita sambung cerita.. Bila pembalakkan dijalankkan, maka habislah hutan-hutan menjadi gondol, monyet dan lotong bertempiran lari. Petai, kerdas, dan rotan juga musnah..Periuk nasi masyarakat setempat bagaikan ditabur pasir kerana hasil hutan tidak dapat dijadikan sumber pendapatan lagi..MasyaALLAH...

Sungguh menyedihkan apabila tanah yang gondol menyebabkan air yang disimpan didalam tanah tersejat ke udara.. Justeru, kawasan tadahan air menjadi sedikit kandungan airnya.. Adapun hal ini mendatangkan impak yang negatif kepada masyarakat.. persoalannya.. mengapa? okay, jawapan dia mudah.. sebab masyarakat atau orang ramai atau juga pengguna akan menggunakan air di kawasan ini untuk kegunaan harian. Bila sumber air berkurangan, bekalan air terpaksa dicatu.. maka. nenek saya terpaksa menadah air di dalam kolah pada malam hari kerana bekalan air hanya ada pada waktu malam sahaja. Apabila siang hari, dia terpaksa mengangkut air tersebut ke atas rumah untuk digunakan bagi keperluan harian.. sangat kasihan..

Aliran sungai juga sudah tidak seperti biasa.. Saya sangat geram bila hasrat saya untuk bermain air sungai tidak kesampaian memandangkan air sungai yang sangat keruh. Sedih sangat... dah lama tak main air sungai yang best. Untuk mengembalikan ekosistem seperti dulu, mungkin 10 atau 20 tahun diperlukan.. lamanya.. Harapan saya, keadaan akan pulih secepat mungkin dan.. tak ada kawasan pembalakkan baru dibuka berhampiran kg nenek saya lagi.. Ameen..
sungai yang masih belum terjejas.. kenangan di belakang rumah nenek..

sekian cerita mengenai BALAK yang telah menyusahkan kehidupan saya... saya cintakan bumu, saya cintakan alam sekitar. jika bumi disakiti, saya juga turut merasa sakit..uhuk =(

1 comment:

Olive Tree said...

Hi, it's a very great blog.
I could tell how much efforts you've taken on it.
Keep doing!