Saturday, October 24, 2009

Teka-Teki

Ada orang dapat agak tak objek apakah yang bewarna jingga di atas ini? Sila teka... Jawapan akan muncul sebentar saja lagi.

Siapa yang pernah naik bas U45? Bas ni sangat best sebab dengan hanya RM 2, anda boleh menuju ke flat Seri Sabah, Jusco Maluri, Time Square, Hutan Simpan Bukit Nenas (City Forest) Hentian Puduraya, dan kembali semula ke PPUKM. Kalau nak ke Masjid Jamek atau Central Market, boleh lah berhenti di Menara May Bank (perhentian yang sama untuk ke Hentian Puduraya). Kemudian buatlah sedikit senaman ringkas kerana anda harus berjalan kaki sejauh 300 meter untuk ke destinasi tersebut.. Walaupun terpaksa berjalan, tetapi berbaloi... sebab jimat duit dan jugak menambahkan kecergasan badan.. Sekali gus meyihatkan badan.. badan sihat, otak cerdas, belajar pun pandai. pergilah berjalan=P

Suatu ketika dahulu.. sewaktu rapid KL mengenakan cas sebanyak RM 2 sehari bagi perkhidmatan bas utama, terasa sangat GUMBIRA!! Terasa dunia ini penuh dengan penjimatan.. Tapi sekarang, sudah tiada istilah 2 ringgit sehari keliling KL... sebab bas rapid KL telah menamatkan perkhidmatan tersebut.. Tambang bas telah dikenakan dengan cas Rm 2 sehala bagi bas utama, Rm 3 sehala bagi bas bandaran dan RM 1 sehala bagi bas tempatan.. Tetapi.. walau berlaku peningkatan harga.. tetap berbaloi untuk menaiki bas berbanding teksi yang telah meningkatkan cas perjalanan.. Cas buka pintu sahaja dan Rm 3, lepas tu cas perjalanan per kilometer jugak dah makin naik.. Mengikut pakcik teksi yang telah ditemu ramah, kadar meter bergerak adalah 2 kali ganda sebelum ini... Mak... tak nak naik teksi dah...melainkan kalau ada kawan... leh kongsi bayar tambang.. heheheh.

Baiklah, saya nak menjawab teka-teki tadi.. Sebenarnya objek jingga yang terpampang di atas sana adalah sebiji TONG SAMPAH.. diilhamkan oleh siapa? saya tak tahu la..... Sangat kreatif kan.. Ia boleh dijumpai dengan banyaknya di Hutan Simpan Bukit Nenas. Sebenarnya bentuk tong ini adalah adaptasi dari pokok periuk kera... mungkin sebab kat sana banyak kera, so pihak pengurusan menyediakan periuk kepada kera2 disana untuk memudahkan urusan masak-memasak.. Jangan caya, menipu semat2. Sangat cumel tong tersebut.. terasa nak beli satu dan letak kat rumah sebagai hiasan. Lepas tu letak label for display only! sayang nak guna untuk letak sampah sebab cantik sangat berbanding kawan2 seangkatan yang lain.

Semua orang dah tahu macam mana nak ke sana kan..... Naik bas U45 dari PPUKM atau U 45 jugak, dari perhentian bas di berdekatan maybank Taman Midah post ni khas untuk warga pelajar UKM kampus Cheras).. Kalau tak tahu mana nak turun, tanya Pak cik yang bawak bas... dia tak akan menolak untuk membantu anda... Ok, apa lagi di tunggu? Jom melancong! Majukan industri bas negara. Sokonglah bas U45..

keyboard berbicara, suara hati kedengaran, terlakar sebuah kenangan.

No comments: