Sunday, October 4, 2009

Cintai Alam

Assalamualaikum..

Kekawan saya cakap saya sesuai menyertai kelab pecinta alam.. sebabnya saya sangat suka pergi ke tempat-tempat yang berkaitan dengan alam, bukan mall, shopping atau taman tema. Ya.. saya akui.. saya sangat suka masuk hutan, pergi zoo,akuarium atau mana-mana tempat rekreasi.. bagi saya, tempat-tempat macam tu sangat menenangkan.

Hanya Allah tahu macam mana tenangnya hati saya memandang pokok-pokok yang hijau merendang, menghirup udara segar yang tidak dicemari gas-gas merbahaya, mendengar irama kicauan burung, unggas dan air terjun mahupun aliran sungai. Bagi saya, semua perkara tersebut mampu memberi ketenangan kepada jiwa saya yang sentiasa banyak berfikir mengenai masalah orang lain berbanding masalah sendiri. Apa yang kelakar, orang tu tak rasa pun hal itu adalah masalah, saya je yang nak fikir lebih-lebih lepas tu susah hati.. apa la..

Tahun akhir di UKM benar-benar digunakan sepenuhnya.. setakat ni boleh dikatakan hampir semua tempat yang ingin saya lawati telahpun saya jejak. Bermula dengan zoo negara, frim sampailah kepada taman pertanian negara.. Alhamdulillah..Paling best, sekarang saya tengah mengaturkan program untuk modul elektif, so banyak jugak tempat yang saya pergi melawat secara percuma.. seronok..

Saya rasa banyak perkara yang saya pelajari ketika masuk ke dalam hutan.. Belajar untuk mendaki tangga yang tinggi.. adoi.. Belajar mengeluarkan air dari akar pokok liana, belajar menyumpit, belajar menuruni lurah, mengenali pokok-pokok herba dan yang paling utama... belajar mensyukuri apa yang saya ada sekarang, menghargai pemberian Allah..

Kat dalam hutan tu sangat menginsafkan.. macam-macam ada.. sama ada yang kita dapat tengok dengan mata kasar ataupun tak. Walaupun ramai orang tak percaya kewujudan mahkluk ghaib, tapi saya tak termasuk dalam golongan yang ramai itu.. Apakah saya ingin mengingkari rukun Islam ke 2? percaya kepada Malaikat.. Malaikat adalah makhluk ghaib.. yang kita tak nampak pada pandangan mata tapi sebenarnya ada.. Adapun disini... makhluk ghaib yang saya maksudkan bukanlah malaikat.. tetapi golongan jin yang menghuni alam.. Saya percaya kerana saya mempunyai pengalaman itu.. Keluarga saya pernah diganggu dan kami semua dapat melihat dan mendengar bagaimana dahsyatnya bumbung rumah digoncang.. gangguan dimulai dengan bahagian dapur ketika saya berseorangan, pada waktu tersebut tiada apa yang saya fikirkan kerana saya menganggap kucing yang buat. tapi bila saya ke ruang tamu, gangguan makin rancak.. ibu saya dan kami adik beradik terpaksa tidur beramai-ramai kerana bimbang berlaku perkata tak diingini.Ok, itu dah terbabas dari topik.. Alhamdulillah.. sepanjang keluar masuk hutan saya tak pernah bertemu dengan benda-benda ni..

Bila jejak je kaki ke dalam hutan, saya rasa teruja.. teruja melihat kebesaran Allah... Bagaimana hutan yang terdiri daripada pokok dan hidupan liar boleh memberi ketenangan dengan begitu mudah? MasyaAllah.. itu adalah rencanaNYA. Saya tak tahu apa yang orang lain rasa, tapi saya cukup yakin dengan apa yang saya rasai... sangat menenangkan walaupun hutan itu ada banyak pacat yang tak lepas mencari darah segar untuk disedut.. Itu adalah kekuasaanNYA..

Irama hutan pula sangat unik. bunyi unggas, aliran sungai dan air terjun sangat mempersonakan.. Seronok rasanya mendengar melodi alam yang semulajadi.. terasa seperti diulit dengan keindahan nyanyian hutan walaupun bait kata tidak difahami. terasa macam nak tidur pulak ZZZzzzz

Sepanjang pengalaman yang saya dapat.. perkara yang paling saya tak dapat lupakan adalah:
  1. Tangga yang sangat memenatkan di Taman Negara, Hutan Simpan Bukit Nenas dan hutan Lipur Kanching
  2. Air mineral yang sangat sejuk di Gua Mata Air,Gua Tebu, Agro Resort Setiu
  3. Canopy Walk yang mengayatkan
  4. Tong sampah yang comel di Bukit nenas
  5. Imej ikan tilam atas bukit di Gua Ikan

No comments: