Kehidupan manusia ni sangat unik kan... kita melalui pelbagai fasa dalam hidup sebelum menemui kehidupan yang kekal abadi, samada di syurga atau neraka.. moga dijauhkan neraka dari kita semua.. Nauzubillah... Harap kita semua mendapat tempat di syurga dan terlepas azab neraka yang tidak terperi peritnya..
Bermula dari alam roh, kemudian alam rahim, selepas itu singgah sebentar di dunia yang sementara sehingga tibanya saat pengakhiran hayat di dunia. Selepas kematian pula kita akan mengalami alam kubur dan kemudian ke alam akhirat yang kekal abadi.. Subhanallah... Maha Suci Allah yang menetapkan perjalan manusia.. Hanya dia yang tahu apa yang telah di aturkanNya untuk kita.
Sejauh mana persiapan yang dah dibuat untuk menepuhi alam abadi? urm... susah saya nak cakap.. terasa diri masih belum bersedia untuk ke sana.. dosa dan maksiat sukar untuk dielakkan.. astaghfirullah.. Taubat, itu yang harus selalu dilazimi bila diri terleka dan lalai dalam rimbunan nikmat dunia yang sementara. Hidup saya adalah untuk dunia dan akhirat..Tapi bekalan di dunia belum tentu cukup untuk menjamin kesejahteraan di sana kelak.. Hanya redha Allah yang mampu membantu...
Ok, berbalik kepada tajuk yang tertera tadi... Sewaktu saya mengulangkaji bagi subjek psikiatrik, saya terjumpa satu fakta yang best. Fakta ni berkait dengan dengan kehidupan kita di alam dunia nih.. baca dan cuba wat perbandingan dengan diri sendiri ok.
CHARECTERISTICS OF A SUCCESSFUL ADULT ARE:
1. Accept self
terima diri anda dengan apa yang anda ada.. Alhamdulillah.. saya menerima apa yang kurang pada diri saya dan jika ada peluang saya akan mempertingkatkan nya. Tapi.. kalau tak dapat nak baiki.. saya tak putus asa..Allah lebih tau apa yang baik untuk saya..
2. ESTABLISHES PRIORITIES
betol2... orang yang berjaya selalunya tahu cara nak pentingkan mana yang penting..
3. SETS REALISTIC GOALS AND EXPECTATION
macam belajar buat CBT pulak.. yang ni pun sangat la betul. Kebanyakkan orang suka meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada sesuatu dan tidak tahu cara untuk besederhana.. Islam menganjurkan supaya besederhana agar kalau suatu hari nanti kita tidak dapat apa yang diingini, kita tidak akan patah semangat..Insyaallah nanti akan terbuka peluang lain untuk kita... lagi satu perkara best untuk dikongsi.. tiada hukum di dunia yang mengatakan apabila kita gagal, maka kehidupan kita berakhir.. ala... macam hukum graviti tu... kalau kita lepaskan barang, barang tu akan jatuh ke bawah..pasti! tapi tidak bagi kegagalan.. tak ada bukti yang kukuh untuk menyokong.
4. LEARNS FROM PAST EXPERIENCES
kata pujangga... masa yang lepas adalah guru paling berguna. Jadi, apa yang telah terjadi harus dan wajib direnungkan dan dijadikan panduan untuk hari mendatang. Muhasabah diri...
5. FUNCTIONS IN STRESSFUL CIRCUMSTANCES
baik... untuk yang ni pulak, apa yang saya dapat komen adalah; jangan biarkan diri dipengaruhi emosi.. Tidak salah untuk merasa sedih marah ataupun apa2 perasaan lagi kerana itu menunjukkan kita adalah manusia, kita harus mempunyai emosi yang selari dengan apa yang dialami. tetapi, jangan biarkan perasaan itu membuatkan diri kita berhenti dari melakukan tugasan yang diamanahkan.. kehidupan didunia adalah amanah tuhan kepada kita, tidak wajar kita mensia-siakannya. Jika kita pernah terlanjur dalam tindakan, ingatlah kembali jalan untuk pulang. Jika kita tidak mampu kembali kepada keadaan asal, binalah susana baru.. yang mungkin lebih baik dari sebelum ini.
6. HAS ACHIEVED EMOTIONAL CONTROL
Ok.. yang ni pulak rasanya semua orang pun tahu kan.. Kanak-kanak tidak tahu untuk mengawal emosi kerana perkembangan kognitif mereka belum mencapai tahap macam kita. So, kita yang sudah dewasa ni mestilah pandai mengawal emosi.. ale.. yang macam point kat atas tadi lor!
urm... masih ada 7 ciri lagi... tapi disebabkan post ni dah sangat panjang, maka saya mengumumkan untuk menangguh dulu entri kali ini... nanti ada masa saya tuliskan lagi.
Exam statistik dah lepas.. suka sangat =D
Biarkan Keyboard Berbicara
1 comment:
yeah~~exam habis~~
Post a Comment