Tuesday, November 17, 2009

Bunga-Bunga Gembira

Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah...
Ok, saya mulakan entri kali ni dengan zikir pujian kepada tuhan sekalian alam kerana dengan kasih sayangNYA saya merasai nikmat hidup di dunia ini. Sebenarnya saya sangat gembira.. Ya, gembira yang amat! =)

Kenapa? sebab dalam jangka masa yang singkat ni bermacam perkara yang seronok telah berlaku.. yang pasti perkara tu membuatkan tidur malam saya sungguh lena,tak ada kerisauan yang melebih-lebih.. Ok, berikut adalah perkara-perkara yang membuatkan saya menjadi orang paling gembira pada waktu sekarang:

Kegumbiraan ke-satu
Berat badan saya dah naik sebanyak 2 kilo dalam masa 2 minggu~~ seronoknya~ sebelum ni bukan main payah sangat nak naik, maintain jek ___ kg? sila isi tempat kosong, tak sanggup nak bgtau .. apa yang saya buat ek? nanti la cite... saya tak rasa macam ada orang berminat nak tau cara nak naikkan berat... sebab kebanyakkan orang nak turun kan~~~
Gambar kat sebelah boleh di tafsirkan bagai skeleton disebelah bukan skeleton.. huh~~ apakah maksud kamu ni?OK, maksud saya, yang tulang tu macam saya la.. manakala yang berisi tu ibarat anda.. anda? bukan anda kot tapi awak. awak yang berisi dan chubby. teringin nya saya nak berisi cam gitu. mimpi je lah~~

Kegumbiraan ke-dua
Saya dah present proposal tesis..huh~ cuak sangat sebelum tuh.. tapi bila dah lepas, kelegaan yang tak dapat digambarkan dengan kata2, hanya keyboard yang mampu menyuarakannya.. ehe

Kegumbiraan ke-tiga
Saya dah berjaya menyiapkan reflextive journal & study care! yang ni la kegembiraan paling best pernah saya alami semalam..~~cam ntah pape kan.. orang lain pun siap jugak, tapi tak adalah segembira budak ni~~ sebenarnya kan, apabila siapnya assignments ni, maknanya saya dah tak ada assignments lain untuk disiapkan.. OK, yang sebenar-benar ingin disampaikan adalah... saya dah boleh menumpukan perhatian kepada STUDY!! minggu depan final exam lor! huh~~ nak baca buku..nak baca buku!!

Sekian sahaja perkara gembira yang berlaku dalam masa terdekat ini... ceh, 3 tu jek? cakap beriya-iya macam banyak sangat... halo.. kalau sudah 3, maksudnya dah banyak ar tu.. dah melebihi 2 apa... ehe.. 3 perkara pun cukup untuk membuatkan putik-putik gembira berkembang... Alhamdulillah...


Debaran final exam pulak~~
Biarkan Keyboard Berbicara =)

2 comments:

voonfung said...

all the best dalam exam ya~~
lagi makan banyak sikit lah~~

nurse husna said...

huhu.. setuju dgn lee..
lagi makan banyak sikit lah~