Monday, April 12, 2010

triple M triple G

Assalamua'alaikum

Alhamdulillah.. akhirnya saya berjaya!!! YahOO!. sorakkan buat diri sendiri sebab berjaya membuat persembahan di 3MG.. Majlis Makan Malam Glitter Glory and Glammor. Tak sangka, berjaya jugak saya berkoir malam itu. Ternyata suara yang tidak sedap bukanlah penghalang untuk berkoir. Buktinya, lihat saja saya... saya berjaya menyanyi dengan konfiden.. dihadapan lebih kurang 300 jemputan! errrrrrr.. Sumpah, lepas ni saya tak nak masuk koir. tak nak dan eih...


persembahan yang mantap =D

Ok..itu pasal persembahan.. tak nak cakap panjang-panjang pasal tu.. sebab dah pernah cakap sebelum ni kat sini. Jadinya..... nak jadi artis la sekejap.. no comment. ceh ceh ceh.. setakat buat persembahan dinner pun nak berlagak jadi artis ke? Bagi standard answer kebanyakkan artis Malaysia la pulak kan.. ehheeeeeeee =P

Malam dinner tu kan, kebanyakkan orang pakai baju yang sangat glamor. Saya? tentulah tidak.. menyahut seruan agama~~marilah kita besederhana dalam kehidupan~~ tapi, sederhana itu bukanlah penghalang untuk bergaya.. cukuplah sekadar memakai pakaian baru yang indah, cantik, bersesuaian serta menutup aurat. ceh.. ala-ala nak beraya la pulak. Cuma bezanya, kalau hari raya kita dapat pahala kalau memakai pakaian baru... sunat tu.. Makanya, janganlah dipersoalkan kenapa saya tidak mahu berglamor2.. kerana saya ingin menjaga tatatertib seorang muslimah =D

CAK!!! pusing komputer anda sebanyak 180 darjah ke utara =P

Jika diperhatikan, terdapat dua tema yang cuba diketengahkan oleh hadirin majlis. Yang pertama, sudah pasti tema yang ditetapkan penganjur.. 3G.. yang kedua??? Hitam putih.. betol wo...... ramai sungguh yang memakai kaler ni, termasuklah saya yang innocent nih =P patutlah tak menang queen of the nite..lari tema rupanya huk huk huk (pura-pura sedih =P)



Mengenai makanan pulak.. hidangan dia sangat santai. Masakan kampung yang bukan favorite saya =( walau bagai mana walau sekalipun, layan je lah....... rezeki depan mata. Santap saja la labu.. fakta: tiada sebarang labu dihidangkan di atas meja itu ya. Kalaulah ada ulam-ulam kampung seperti pucuk gajus, pucuk ubi, halia muda dan terung putih..kan sedap. Lepas tu ada pulak budu dengan perahan limau dan secuit cabai.. Yum yum,, sedapnya. Aish, ni yang membuatkan saya nak balik kampung. MAKAN!!!!!!! eheeeee.. tapi tak apalah, ayam percik, kari ikan, sotong goreng dengan sayur campur pun enak jugak.. cuma tak kena dengan selera aje la. makan tetap makan, habis tetap habis, kenyang?? Alhamdulillah.

Secara keseluruhan, bolehlah saya bagi 3 bintang kat majlis tuh.. Sebabnya ramai lecturer dan ci datang, siap bawak anak-anak dan suami lagi.. tak adalah suram macam dinner yang sebelum-sebelum ni. Nak bagi 5 bintang pulak, belum capai standard lagi sebab terpaksa menjamah makanan dalam gelap.. Orang yang jaga lampu tu lupa nak terangkan dewan kot. Bukan candle light dinner la adik ooiiii. Tak ada sebarang lilin pun kat atas meja tu.. Makanya, jadilah dim light dinner. 

bersama classmate saya =D

Majlis makan malam.. tujuan utama dia adalah untuk meraikan pelajar tahun akhir.. Maksudnya saya la tuh. Setelah hampir 4 tahun bersama, akhirnya perpisahan bakal terjadi.. =( Selamat tinggal kawan-kawan, somoga kita bertemu lagi... Semoga kenangan kita mekar terpahat di memori.. InsyaAllah..


Biarkan keindahan semalam bersemadi di jiwa
Tanda tulus kasih sebuah persahabatan
Biarkan Keyboard Berbicara =D




No comments: