Tuesday, April 6, 2010

Kejut-kejut kampung halaman


Assalamualaikum

YAhOO! tetiba pulak bersorak gumbira.. apa kes la budak nih? Saya baru sahaja pulang dari kampung halaman yang dirindui lagi dicintai dan sentiasa dekat di hati.. Makanya, haruslah dalam mood seronok sebab dapat jumpa ma dan ayah yang suka berceramah dan risau keterlaluan pada sesuatu yang belum lagi jadi kat anak-anak dia.. errrrrr.. ma je kot. Ayah releven sket..kadang2 selamba yaya sampai kena bebel sekali kat ma. Makanya, menadah teligalah kami bersama-sama dan saling menjawab ye... iya.. sweet jugak mak bapak aku nih =P
balik kampung ooo balik kampung hati girang

Ok2... silalah tatap penulisan saya pada kali ini..Jangan stress ya.. nanti cepat dapat penyakit darah tinggi. kalau dah dapat penyakit tu, senang dapat strok tau.. jadi, relex sokmo deh. Hiburkan hati.. Jom relex santai bersama saya.... 


Sesungguhnya saya tidak sangka banyak kejutan yang dipengalamani (buat adik-adik yang mengambil exam BM, sila jangan guna perkataan yang  dibold, kamu akan dipotong markah nanti). Disebabkan kemalasan bercerita panjang lebar, makanya lebih elok saya membuat point ringkas sahaja. Pastinya kamu jugak seronok kan. Tak perlu membaca panjang lebar. Aceh... bajet ada orang suka baca pulak.. =P 
  1. Terkejut melihat tali air kat gate Batu Hampar hampir kering. Adapun dalam bahasa owang putes, gate itu merupakan pintu pagar, tetapi dalam bahasa ibunda saya, gate itu adalah sejenis empangan kecil yang dibina untuk menakung air bagi mengelakkan banjir.. Hasilnya, sepanjang lebih kurang 40 tahun pembinaannya, kampung di sekitar tempat tersebut, termasuklah kg Bujuk tercinta jarang dilanda banjir besar. (sumber: arwah nenek.. windu kat dia T.T)
  2. Siapa tak nak percaya, sila abaikan perenggang ini. Tetapi percayalah.. tolonglah baca sampai habis.. ini adalah kebenaran. Saya berjaya pergi ke pekan Pasir Mas dengan membawak sebijik motor. Ok, bukanlah saya dukung motor tu, tapi menunggang  motosikal tersebut sambil diboncengi oleh mak saya. Sangat membanggakan.. saya berjaya melakukannya. Anak mak dah berdikari tau.. Saper2, jangan memperkecilkan saya, dah berani bawak motor ke pekan tau.. Tolong jangan gelak ye,,, saya tahu anda sudah lama mempunyai kebolehan itu, sedekad yang lampau mungkin.. saya budak baru belajar, berilah motivasi kepada saya. Mudah-mudahan nanti berani memegang stereng kereta pulak. Saya percaya bahawa bawak kereta lagi mudah daripada bawak motor. Sebab? pengalaman hari tu la.... takut nak menyelit.. baik bawak kereta, tak adanya nak kena masuk kat celah2 antara 2 kereta. seram...
  3. Musim menuai baru tamat. Sesungguhnya saya sangat teruja melihat jentera menuai padi menghalang laluan saya yang freshi dalam dunia menaiki motorsikal ke pekan yang jauh itu.. Besar tahap 5-6 ekor gajah kot... dia berlalu sambil memecahkan birai-birai jalan tar kat depan rumah saya. Sungguh sakit hati melihatnya... semakin parah kerosakkan jalan tersebut. Tidak dibaiki kah? tunggulah pilihanraya akan datang. Insyaallah akan berturap elok. Ok, selamat jalan mesin jentera besaq, jumpa lagi tahun depan. Sayonara..
  4. Motor baru.. tapi tak boleh nak gembira sangat. Bukan milik saya pun....... Adik yang punya. Dibeli khas untuk kegunaan semasa praktikal. Ceh....... kedengkian sungguh di hati ini. Nak jugak sebijik! nangis guling2 mintak kat mak bapak. Ok, jangan buat, buruk perangai. Tak nak hurai lebih-lebih sebab saya telah dirasuah dengan sepasang kasut baru.. hheeeeeeee.. dapat jugak barang baru, tak sia-sia balik kampung.
  5. Sekian sahaja perkongsian ini.................. (hasrat nak buat seringkas mungkin, tapi tertulis panjang pulak, minta maaf ya)


Biarkan Kejutan Mewarnai Hidup
Moga terlakar garis-garis keriangan disitu 
Biarkan Keyboard berbicara
=D

2 comments:

voonfung said...

siapa ambil gambar kamu ni arr?siapa ikut kamu balik kampung?hehe~~
walaupun panjang lebar~~saya baca habis~~tak tinggal satu ayat pun~~

cik misi said...

Thanks... sila la datang lagi ye =D