Assalamualaikum
Hujung minggu telah pun menjelang tiba.. Tak ada apa yang nak diseronokkan sebab tak ada beza antara hujung minggu dan juga hari biasa. Hari-hari berjalan seperti biasa, tiada kelas, tiada clinical posting, tiada tekanan fizikal, study group setiap malam dan berpoya-poya setiap siang.
Exam makin dekat, tapi otak makin tumpul. Aish! ni yang nak mengeluh.. macam mana nak buat ni. Kalau lah sharpener boleh dipakai untuk tajamkan otak seperti mana untuk tajamkan pensil... kan bagus tuh.
Saya teruk, saya perlukan kata-kata semangat, saya perlukan teguran membina, saya perlukan suntikan motivasi...ada orang bersimpati tak??? meraih simpati dalam blog pulak... uhuk uhuk uhuk
DEMOTIVATED!!!
Saya terlalu semsitif dan senang demotivated apabila dikritik dengan kaw kaw. Kalau masuk AF, OIM, atau apa-apa sahaja rancangan realiti, pasti saya akan disingkir awal-awal. Sebab? saya tak kuat untuk menerima kritikan.
Saya pernah menerima kritikan..mulanya saya menganggap orang itu ikhlas menegur saya. Makanya, saya sangat suka menerimanya dan saya jadikan sebagai panduan dalam membaiki kelemahan diri. Tapi... bila saya tahu kritikan itu menjadi satu umpatan dan bahan untuk menjatuhkan kredibiliti saya, saya jadi sangat demotivated =S
Malahan, sampai sekarang ni saya masih lagi terasa down. Sampaikan bila makan, teringat, bila naik lrt, teringat, bila nak tidur, jugak teringat. Pendek kata buat apa pun saya akan teringat-ingat. Aish! terasa nak buat serangan hendap kat individu terbabit. Adakah ini dinamakan dendam? Uh tidak, orang yang paling saya tidak suka adalah orang yang penuh dengan dendam dalam hatinya. Tetapi... kali ni saya yang mengalami perasaan itu. Kadang-kadang kemaafan sukar untuk datang. Maka, ketika itu, nilai sebuah keikhlasan akan terasa sangat mahal. Ye..mungkin lagi mahal daripada harga sebuah Nautica yang diwarwarkan buatan national tetapi lebih mahal daripada Rush keluaran Toyota.
Saya nak jadi pemaaf, saya nak rungkaikan kekusutan ni. Tapi.. saya tiada kekuatan untuk berdepan dengan masalah itu. Saya tahu, mesti anda akan suruh saya berdepan dengan individu tersebut dan minta penjelasan dia.. tapi, ketahuilah.. saya seorang yang penakut. Saya lebih suka membiarkan hal itu berlalu dengan sendiri. Sangat tidak baik~~ i know =(
Apa-apapun, saya berharap agar semangat saya akan menaik dengan cepat seperti kek yang dibakar. Naik gebu-gebu tau, bukan naik sket pastu penyek. eiiiiii.. tak best. Doakan saya ye... Harap-harap kepala otak jadi ringan sket selepas buat entri ni.
berharap dapat segera tersenyum seperti ini =D
~~~~~Biarkanlah~~~~
Biarkan Keyboard Berbicara
T___T
No comments:
Post a Comment