Friday, January 10, 2014

imbas kembali kelahiran Aliyah Fatihah

Assalamualaikum... hi hi bye bye ja lah rasanya blog nih. Lama sungguh xberhupdate.. Kalau nak up to date tu, mmg sekian terima kasih sajalah. Tahun 2014 masih lagi baru, dan tak kurang banyak juga lah cabaran bagi tahun ini. Cabaran yang paling takut nak hadapi pada tahun ini adalah
.
.
.
.
.
.
.
.
nak melahirkan seorang lagi khalifah..Insyaallah, kalau cukup bulan, March nanti kita bertemu ya adik... tp kalau adik tak sabar nak jumpa mama, ayah dan kakak... mama redha je..tp bg peluang kat mama untuk siapkan kerja-kerja yang tak beres dulu ye..

Pengalaman bersalin anak pertama dulu, memang cukup-cukup indah. Harap-harap anak kedua ini pun sama juga lah. Aliyah Fatihah keluar pada jam 11.57pm, 08-08-2013. cantik tak tarikh tu? 8/8... Ok, sy ngaku, mmg saya all out untuk bagi jugak Aliyah keluar sebelum 9/8....nak tarikh cantik katakan...heheheh.

Saya kena masuk wad pada 8/8, 11.30 pagi sebab leaking. Waktu tu tak ada sakit atau kontraksi lagi. Saya start sakit pada waktu petang selepas keluar show, orang tua panggil ketuban darah kot... Waktu tu bukaan os baru 1 cm. Sy bgtau suami yang berada di Perlis jangan balik lagi.. Lambat lg nak bersalin kot.. paling-paling 12 jam lebih baru bersalin... Anak pertama, mesti lambat nak keluar. Suami saya pun rileks je la lagi kat sana, dan merancang untuk balik Kelantan esoknya. Waktu tu, punyalah yakin, yg saya tak akan bersalin lagi pada hari tersebut. Tapi mak asyik dok kata, malam karang mesti keluar budak ni...

Memang betul-betul masin mulut mak saya, lebih kurang jam 10.30 malam, saya rasa macam nak meneran. Tak kuat sangat, sket-sket je. Mak terus bagitau misi dan saya pun berjalan lah dari katil ke bilik pemeriksaan untuk cek bukaan os...adalah dalam 20 meter lebih kena berjalan. Misi offer untuk tolak dengan kerusi roda, tp saya cakap boleh jalan lagi.. mmg waktu tu xrasa sakit sangat. Bila sampai je kat bilik, POP! air ketuban pecah.. habis lencun lantai. rasa macam bersalah sangat2 kat cleaner sebab terpaksa lap lantai tengah-tengah malam. Misi cakap xpe...naik atas katil, nak cek, ni mesti dah bukak besar sebab kantung dah pecah.. legalah sket rasa kat hati sebab misi bagi harapan bahawa ia merupakan perkembangan yang baik.. Bila cek, hah..amek ko.. 8 cm. misi dok heran, macam mana 8 cm pun boleh rilek lagi dok kat katil..

Masa Aliyah keluar, cuma saya dan Jururawat Masyarakat sahaja didalam bilik bersalin. Misi ada offer, nak panggil suami atau mak x...Tapi saya menolak sebab saya malu.. Malu nak panggil mak masuk, dan pada waktu tu, suami saya berada di Perlis.. Mungkin bagi sesetengah orang, emotional support daripada orang terdekat adalah penting dan sangat membantu untuk memudahkan proses kelahiran, tapi tidak bagi saya. Kalau suami ada, mesti saya akan jadi manja. Paham-pahamlah kalau manja tu macam mana... sakit sikit pun jadi macam sakit sangat-sangat... Tambahan lagi, suami saya jenis yang takut darah.. Karang tak pasal-pasal bila terhidu bau darah, dia pulak yang pengsan.. kesian kat misi nak kena jaga 2 pesakit..hehehehe.

Saya memang tabik spring kat misi yang sambut Aliyah... Sewaktu conduct kelahiran, dia sentiasa berzikir, menyebabkan saya tidak leka untuk sama-sama berzikir, tasmid, tasbih dan takbir. Malahan ketika Aliyah keluar, dia sama-sama bertakbir. Memang satu pengalaman yang sangat-sangat indah. tak payah nak pergi hospital swasta atau request macam-macam sebab semuanya memang tip-top.

Pengalaman bersalin kat Hospital Pasir Mas memang sweet lah.. terima kasih kepada misi-misi yang sangat baik hati dan sentiasa menjaga tertib perawat muslim.... teruskan kecemerlangan!

Cuma ada sesetengah perkara je yang saya tak berapa nak selesa kat sana.. bila waris/suami (lelaki) menunggu isteri di luar. Duduk kat luar tingkap, bersembang dengan bini dia... saya yang sedang kesakitan ni nak berehat dengan aman, duduk dalam posisi yang amat rilek.. tetapi terpaksa menjaga pergerakkan dan aurat sebab ada lelaki diseberang tingkap sana. Nak tutup tirai, rimas dan panas pulak.. Maklumlah, wad kelas 3... mana ada air-cond. Suami-suami pun kena lah consider ibu-ibu yang lain. kalau dah malam tu, biar je lah bini anda ditemani oleh ibu dia.. kalau nak exclusive bagi sokongan kat bini, cubalah ikhtiarkan supaya anda tidak menganggu orang lain kerana wad kelas 3 bukan macam wad kelas 1 atau dua, ada partition yang lebih individu..

kadang-kadang saya heran jugak dengan lelaki-lelaki atau wanita-wanita yang sangat-sangat tegas nak doktor perempuan sahaja sewaktu bersalin, tetapi  tak tegas dalam menjaga aurat sendiri dan aurat orang lain... Cuba lah hormati hak orang lain dulu, terutama ibu-ibu yang sedang sakit bersalin.. Insyaallah, anda akan mendapat apa yang diingini tanpa perlu meminta. Allah akan balas keikhlasan anda dengan beribu kebaikkan..

Harap-harap kelahiran anak kedua ini juga akan menjadi manis seperti kelahiran Aliyah Fatihah, pembukaan yang tertinggi.. ~~

=) THE END (=


No comments: