Alhamdulillah...sedia menghupdate blog dalam kesibukkan bekerja. ehem! pernah ke tak sibuk? huhuhu.Semenjak dua menjak neh, aktiviti di kolej memang full house. Bukan aktiviti dengan student, tapi aktiviti untuk students. Sehinggakan nak meluangkan masa bersama students pun tak ada. Sedih la pulak rasanya sebab banyak benda yang dah ketinggalan dan banyak benda juga lah yang tak dapat nak diselesaikan, tunggulah himpun jadi gunung dulu.
Apa-apapun, sesibuk mana kerja, keluarga tetap diutamakan. Kasihan si kecik Aliyah Fatihah.. Dah dua minggu dia syik demam dan batuk-batuk. Semoga Aliyah cepat sembuh, nanti minggu depan Aliyah nak ikut mama ke KL... Tak sanggup rasanya mama nak tinggalkan Aliyah dah. Nanti karang Aliyah tak kenal mama. Menagis jugaklah mama bila Aliyah nangis-nagis tak mahu tengok mama, tengok tau, bukan sentuh ke apa. Sampai macam tu sekali dia tak kenal saya. Hati ibu mana tak terguris kan kan kan.
Harap-harap Aliyah cepat sembuh~~
No comments:
Post a Comment