Tuesday, December 9, 2014

Selamat Datang ke Perlis

Assalamualaikum

Mesti bakal-bakal pelajar Kolej Jururawat Masyarakat Kangar sedang melawati blog ni kan.. Makanya, entri ini didedikasi khas buat anda. Selamat Datang ke negeri terkecil di Negeri Perlis~~ Dengan hanya 2 jam, anda boleh meneroka Negeri Darul Sunnah ini.

Perlis ni best ke? hah, sapa-sapa yang tertanya-tanya tuh, saya akan jawab best. Walaupun negeri Perlis ni kecil dan tak adalah semaju Kuala Lumpur, tetapi persekitaran dan ketenangan tempat ini adalah tip top baq hang! 

Apa yang tiada disini?
  1. Jalan raya yang jem, kalau ada pun cumalah sewaktu perayaan
  2. Bangunan tinggi, paling tinggi pun bangunan KWSP kat pekan Kangar. 
  3. Kelab malam, hahaha tak penting untuk ado
  4. TESCO, rilek...kalu nak shopping boleh pergi ke C-Mart, The Store, Borong Din, Hafifah, Seri Utama ataupun GIANT (bakal dibuka)
  5. Hospital Swasta, masih belum siap....Inshaallah KPJ Healt Care akan dibuka di Kangar.
  6. Tol,walaupun jalan-jalan raya besar dan setiap simpang mesti ada lampu trafik, namun semua itu free, tiada bayaran!
  7. Pantai, yang ada cuma tepi laut. Kalau ada duit lebih bolehlah menyantap di restoren tepi laut. Restoren Linda sangat sedap...tapi harga tahap mencekik leher.

Banyak pulak yang tak ada... tapi yang ada lagiiiiiiiiiiiiii banyak. nak story ke? meh la story sikit-sikit
  1. Padang Besar, pasar bebas cukai yang menjual barangan siam dengan murah
  2. Jeti Kuala Perlis, boleh pergi Langkawi  yeay!
  3. Wang Kelian, pasar bebas cukai jugak..harga murah lg berbanding padang besar...tapi perjalanan agak mencabar kerana perlu mengharungi bukit yang agak curam
  4. Mini Zoo dan Taman Reptilia, anda boleh berdiri disebelah buaya yang dibela didalam sangkar dan melihat ular-ular yang pelbagai spesis wooooo.
  5. Laksa Perlis yang best, tekstur laksa macam laksa Kelantan, tapi dimakan dengan kuah utara yang pekat.
  6. Pasar malam, yang boleh dikatakan tiap-tiap malam beroperasi...tetapi ditempat yang berlainan tetapi berdekatan. siap boleh hafal, sabtu, kat jejawi, Ahad kat Titi Chai, Isnin, Jejawi lagi, Selasa: Kola Perlis, Rabu, mini Putrajaya, Khamis Anjung Keli, Jumaat: Istana Arau.
  7. Behor...hahahaha, aku tak tahu apa itu Behor. Behor juga disebut BOQ... Behor Lateh, Behor Pulai, Bohor Kulit Kerang, dan macam-macam Behor lagi... Begitu juga dengan Abi dan Wang. (Semua ini merupakan nama tempat di Perlis)
Okeh, tak larat nak mengarang.. apa pun, selamat datang ke KJM Kangar ya. next entri akan menceritakan suasana kolej pulak okey? tadadada.

Sunday, November 16, 2014

Aziefariz Shope

Assalamualaikum

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kerana 11/11/14 yang lepas, kedai online saya telah pun berjaya didaftarkan di SSM Perlis. Dulu cuba buat secara online, tapi proses online memang macam siput bersiar-siar di taman.. berjalan dengan sangat perlahan, bahkan siap cakap error lagi. memang haru sugguh.

Akhirnya dengan kesungguhan yang ada, kami laki bini serta anak-anak pun pergilah ke bangunan KWSP kat Kangar. 1st time naik bangunan tinggi kat Perlis dan menikmati permandangan negeri Perlis dari tingkat 8 memang mengujakan. Aliyah tak henti-henti dok WOW sana, WOW sini. Mama dia pun tumpang sekaki WOW jugak sebab lawa dan tak sangka dapat tengok suasana Perlis dari tempat tinggi gitu. Hahaha, kekaguman tak boleh blah. Dulu duduk kat Laman Midah tingkat 16 tak ada pun kagum sangat. 

Sekejap je masa yang diambil untuk mendaftar perniagaan kat sana. Isi borang, lepas dah siap nanti kerani akan bagi nombor dan lepas tu kita teruskan bayaran pendaftaran dan tunggu pulak sijil dicetak..haa, tak sampai sejam pun sebab Perlis kan kecik.. orang pun tak ramai.


Tada!!!!!!!!!! ni lah dia sijil dia. Dulu saya cadangkan nama Aziefariz doorgift store, tapi akak kat kaunter tu bagi consultation sket, kalu letak doorgift maksudnya doorgift je lah boleh jual. Kalu nak tambah barang jualan, contohnya tilam bayi ke, baju ke, make up ke...tak boleh lah sebab tak berkaitan dengan nama kedai.. Makanya saya memilih nama Aziefariz Shop. Kedai ni didaftarkan atas nama encik suami dan buat masa sekarang memang dia yang banyak dok urus dari segi stok dan penghantaran barang. Saya pulak lebih kepada promosi.. Apa yag penting? kerjasama ekekeke.


Baiklah, kepada pembeli-pembeli diluar sana, jangan ragu-ragu untuk berurusan dengan aziefariz shop. Kami peniaga jujur, dan telah berdaftar dengan SSM =) Nombor pendaftaran AZIEFARIZ SHOP; RA0035319-D

Thursday, November 6, 2014

YES 2014, goodies kahwin sales

Assalamulaikum, Boss besaq AzieFariz DGS nak buat hebahan promosi kat sini, B2B sekalian, jangan ketinggalan untuk klik link sini ya. Kami melancarkan YES ini bermula november 2014 sehingga 15 Januari 2015, memang harga murah-murah sangat.







hemangioma part 2

Assalamualaikum

Alhamdulillah, saya sudah pun bertemu dengan pakar kanak-kanak berkenaan dengan masalah yang dihadapi budak comel kiut-miut, Amirah Faqihah.. Lepas jumpa paed, rasa lega lah! seriously, sebab apa yang tertanya-tanya selama neh sudah terjawab. Dulu dok risau tengok tangan dia, makin lama makin besar. Pergi mana-mana je orang mesti tanya~~ 

Sebenarnya hemangioma neh akan sentiasa membesar dan kadar pembesaran itu boleh dikawal dengan pemberian ubatan, propanolol. Tapi doktor cakap, kesan ubat lagi teruk berbanding kesan pembesaran hemangioma tersebut, makanya ubatan masih belum diperlukan memandangkan keadaan masih terkawal, pembengkakan pun masih kecil, Nasib baik lah tak perlukan ubat.. seriau haku nak bagi ubat-ubat kat budak kecik neh.

Tapinya, pantang larang Amirah neh memang banyak jugak lah. Macam nak jaga pesakit dengan AVFistula, Apakah itu AV Fistula, hahaha, googlekan je lah ya. Tak boleh ambil tekanan darah kat tangan tu, tak boleh ambil darah, juga tak boleh ikat tourniqate/ apa-apa pencerutan, dibimbangi hemangioma ruptured. Kalau lah ada pendarahan kat tempat tersebut, kena tekan untuk kawal pendarahan dan terus ke hospital sebab  saluran darah kat situ besar dan susah untk dihentikan... Uh adik, mama kena lebih berhati-hati menjaga adik.

Tapi usah khuatir, hemangioma ini akan berhenti menbesar dan bengkak akan hilang bila anak semakin membesar, Alhamdulillah...lega mendengarnya.

Okes, sekian update.

Tuesday, October 14, 2014

hamangioma

Assalamualaikum


Pernah dengar mengenai hemangioma? Sebenarnya saya sendiripun 1st time dengar lepas jumpa doktor semalam.. Alkisah, si kecik ni demam..alang-alang jumpa pasal demam, consult sekali harung lah mengenai masalah ketumbuhan kecik kat lengan Amirah.

Dolu-dolu masa Amirah lahir, tak ada pun timbul benda-benda pelik kat badan dia...cumanya setiap sendi, dua-dua siku dan dua-dua lutut dia ada tanda lahir pudar-pudar gitu.. Alhamdulillah, tanda lahir tu dah makin tidak kelihatan..

Dua minggu lepas tu, mula lah timbul bintik-bintik merah kat lengan kanan. Masa tu saya ingatkan ruam sebab cuaca panas.. Makanya saya pun biarkan saja lah... Tapi makin lama, makin besar pulak tompokan merah tu. 

umur sebulan lebih, bintik merah kat belah kiri (lengan) gambar kecil je... tak kelihatan lagi

umur 6 bulan, bintik-bintik makin ketara dan besar (ada ketumbuhan kat dalam)


Mama makin risau bila tengok lengan dia tuh.. Orang Kelantan panggil neh sebagai tanda burma..katanya boleh jumpa bomoh untuk alih.. Aduish! syirik wooo, jangan dok ikut. Mengikut pembacaan saya, hemangoima neh less common untuk terjadi. Biasanya akan muncul beberapa minggu lepas kelahiran, membesar dengan pantas antara 3 - 5 bulan dan berhenti pada umur lebih kurang 18 bulan dan seterusnya hilang apabila umur 5-6 tahun.

apapun, nanti 16/10 saya ada temujanji dengan pakar kanak-kanak... Nanti saya update lagi ya..huhuhu


Thursday, October 9, 2014

cita-cita saya =)

Assalamualaikum

Ketemu lagi kita dalam blog yang tak seberapa neh. Ok, topik pada hari ini adalah mengenai Cita-cita.. adesh! lagak pos macam zaman sekolah dulu-dulu. Masa saya kecik-kecik dulu, bila buat karangan bertajuk CITA-CITA SAYA, secara automatik akan tertulislah karangan mengenai cikgu. 

Cita-cita saya nak jadi cikgu, kalau tak, nak jadi pensyarah. Kalau tak juga, nak jadi ahli perniagaan. Dan, sekarang di usia 27 tahun ini, saya mampu mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana cita-cita saya telah tercapai. 

Saya sedang menjadi guru/pensyarah di Kolej Jururawat Masyarakat Kangar. Walaupun gelaran jawatan adalah pengajar, tapi aci la kira cikgu jugak kan kan kan. Kalau orang luar tanya keje apa? memang direct je saya jawab kerja cikgu, ngajar kat Perlis. Bila orang tanya lebih-lebih sikit baru la saya bagitahu dengan panjang lebar.. 

Kemudian, sebagai ahli perniagaan pulak, saya baru nak menapak. Alhamdulillah, rezeki anak-anak kot.. Dalam cuti confiment anak kedua, saya telah membuka sebuah perniagaan online (aceh-ceh..bunyi macam gah sangat kedai haku neh). Kedai ni membekalkan barang-barang cenderahati perkahwinan. Inshaallah, dalam perancangan untuk berdaftar dengan SSM dan saya mengharapkan doa anda untuk terus berjaya sehinggalah saya berjaya membuka kedai sendiri dan seterusnya menjadi suri rumah sepenuh masa sambil membantu suami di kedai. Impian kena besar kan kan kan.

Saya suka sangat quete ayat dalam cerita TURBO, cerita siput yang masuk pertandingan lumba kereta tu...seolah-olah satu inspirasi bagi saya. Meh saya share ya....

no dream too big, no dreamer too small

Kalau nak berjaya, jangan takut untuk mengambil risiko. Saya harap cita-cita terbaru (untuk menjadi suri rumah) akan tercapai apabila menginjak usia 30 tahun. Dan, semestinya banyak pengorbanan yang terpaksa dilalui~~doakan saya okey? heeeee.

dua budak comot yang menjadi inspirasi mama untuk mengejar cita-cita seterusnya... 

***dengan cita-cita ini, tak bermakna produktiviti kerja hakiki saya menurun, tak juga bererti saya memandang rendah terhadap ibu-ibu yang bekerja..

***kalau saya berhenti kerja gomen, pastinya jawatan saya akan diisi, makanya membuka peluang kepada orang lain untuk bekerja gomen.

***kalau saya boleh buka perniagaan / kedai, nanti akan terbuka lagi peluang pekerjaan kepada orang lain untuk bekerja 

*** mohon doa semua~~




Wednesday, October 8, 2014

doorgift 60sen

Assalamualaikum

Saya nak update doorgift dari kedai online AzieFariz~~ meh cuci mata sket-sket ya. Semua ni bernila 60sen/unit memang murah-murah je saya jual.




cupcake dengan tag

mini purse


cup cake riben

sosej

variasi doorgift ada di AzieFariz, jangan lepaskan peluang untuk memilikinya. Jangan lupa buat pesanan awal untuk memudahkan urusan dan menimatkan kos penghantaran ~~

Friday, October 3, 2014

Assalamualaikum

Raya haji bakal menjelma ahad ni. Tahun ni kami sekeluarga akan beraya di kuala perlis dan rasa teruja jugak lah nak menyambut raya walaupun kali ni tak berpeluang beraya di Kelantan. Kat dalam otak ni dah susun plan nak jalan beraya.. ehehehe. harap-harap kesampaian lah hasrat hati. 

gambar masa raya puasa hari tu. nanti raya haji gambar lain =P 

Wednesday, October 1, 2014

Pengajar Kolej Jururawat Masyarakat Kangar

Assalamualaikum

Meh sini saya nak perkenal kawan-kawan yang sangat sempoi di Kolej Jururawat Masyarakat Kangar. uh ya, entri ni khas buat bakal pelajar dan bakal rakan sejawat ya.. iyolah, kalu buat carian encik gOogLe mesti akan dengan bangganya menuju ke dalam blog neh kan.. Meh nak perkenal..


inilah dia barisan kami sedia membantu.. dari kiri: Pn Rohani, Pn Hayana, Pn Azizah, Pn Che Salmah, Pn Siti Halijah, Pn Farrah, Pn Ommi, Pn Zarina dan Pn Siti Hajar (Pn Mahani tiada dalam gambat kerana sedang cuti bersalin)
 
Ini je lah pengajar-pegajar U41 kat sini.. lagi 2 orang, U44 dan Pengarah.. takkan nak panggil pengarah tangkap gambar camni kan.. karang dia posing lebih dari kami pulop =P

Dengan ini, saya mengesahkan kami semua adalah baik-baik belaka dan sentiasa komited dalam melahirkan jururawat yang cemerlang baik dari segi akademik, kemahiran mahupun sahsiah. Kalau kata garang tu, sekala sekala je lah bila nak dekat exam sebab nak bagi semangat suruh sedar diri sikit untuk buat ulangkaji..ehehehehe

okeY? cukup kot banyak ni je cerita.. saje nak tepek gambar je yang betulnya ehehehe

Tuesday, September 30, 2014

september berlalu,oktober bakal datang

Assalamaulaikum

Kasihan blog neh, semenjak-menjak saya memulakan kerjaya sebagai pengajar..dan seterusnya menjadi seorang isteri sehinggalah menjadi ibu kepada Aliyah dan Amirah, dia ditinggal sepi. Kemahiran penulisan juga semakin lama semakin ke laut. Yang nak ke darat pun cumalah kemahiran merapu hahaha

Okeh, di penghujung september, awal oktober dan zulhijjah ini, saya berazam untuk:
  1. rajin-rajin mengemas-kini blog ini
  2. meng-update barang perniagaan kat blog (saya dan suami saya sedang menjalankan perniaagaan DoorGift.
  3. meng-update perkembangan Kolej Jururawat Masyarakat Kangar  (sebab bila tengok carian kolej jururawat masyarakat kangar, mesti orang singgah kat blog ini)
  4. men-update tentang diri saya (ecececeh, bajet retis gitu)
Makanya, sekian up-date seciput daripada saya.. kita berjumpa lagi di lain kali~~

Thursday, May 22, 2014

Nursing dinner meraikan NURSES DAY dan TUTOR DAY

Assalamualaikum

Saya adalah NURSE, saya adalah CIKGU, saya adalah TUTOR, saya juga IBU dan saya juga pekerja... makanya, saya nak ucapkan Happy Labor, Nurses, Teachers, Tutors, Mothers Day kepada diri sendiri, dan semua tutor ILKKM di Malaysia.

1 Mei
2 Mei
4 Mei
16 Mei
2 Jun

Okeh, itulah tarikh-tarikh yang diraikan. Sungguh banyak yang diraikan pada bulan ini, terasa seperti special sesangat. Okeh, cukup-cukuplah cerita pasal tu.. kali ni saya nak cerita mengenai sambutan yang diadakan di KJM Kangar. memang cukup-cukup meriah.

Kalau ikutkan tutor day belum sampai lagi, tapi kami buat advance celebration.. nanti bila masuk bulan 6, students diploma nak bercuti semester plop..so, kita rangkum sekali je lah, belanja pun jimat.. kan ke jimat-cermat amalan mulia.

backdrop... kreatif walau very2 tight budget

sesi potong kek dan perasmian oleh Pn Goh

sebahagian daripada makanan. seriously, makan sampai kenyang. sangat2 banyak makanan..xtau nak simpan mana dah makanan tu. ada koktail yang owesome.. (makanan lain semua pedas2 T____T)

photo booth.. aksi dgn semester 5.. good bye cyg2..final dah pun depa

students sem 1..nampak macam kembar,tapi  i nampak lg muda okeh ehehehe.. masuk dengan ni, dah berpuluh orang saya jumpa pelanduk dua serupa.silap, ..kita tukar. pelanduk 15 serupa.

with bff, posing sket kat sini

sem 3, last batch JM... untung la dowang.. dapat ilmu kebidanan dan bila sambung KPSL dapat pulak ilmu tambahan. sungguh2 bertuah.

Okeh, setakat ni jelah update.. tata




Wednesday, May 21, 2014

iklan-iklan sekarang..

Assalamualaikum

Perasan tak kebelakangan ni industri perniagaan online naik mendadak-dadak, macam cendawan lepas hujan. Dengan saya sekali terjebak, sebagai pembeli dan jugak penjual.. Al-maklum.... zaman sekarang banyak peluang depan mata..hehe

Tapi.... perasan tak, bahawasanya banyak iklan-iklan yang annoying? atau dengan bahasa pasarnya mensakitkan hati readers atau mampu membuatkan readers rasa mual loya nak muntah. Antara contoh iklan yang menyebabkan brain itchy adalah:

  1. Terlalu banyak update iklan dia je....boleh kata 30 minit sekali dia punya iklan je naik kat newsfeed kita. Menyampah ghase hati ini sebab tak dapat nak stalk aktiviti kawan-kawan..hehehe.  last sekali kita unfollow dia..hah, kan dh rugi sorang follower. 
  2. Iklan lucah. Hah, ni lagi satu hal.. konon niat baik nak tolong rumah tangga kawan-kawan..tp bila tayang testimoni seolah-olah laki kawan kepada penjual tu jenis gila seks pulop.. cukup-cukuplah tayang testimoni merapu cam gitu.. bukan orang tua je yang ada facebook ni adik-kakak sekalian, budak2 sekolah yang baru nak kenal dunia pun ada fb jugak... silap hari bulan, bukan produk anda je yang boleh menaikan nafsu, testimoni anda sendiri memberi kesan. kesan apa? kesan masalah sosial, kawin dulu baru nikah.
  3. Mengata-ngata orang yang tak sehaluan. Yang ni selalu jadi bila produk melibatkan sistem piramid atau MLM.. terdesak nak tambah orang kot. Mulalah naik status seolah-olah dialah harapan untuk buat orang lain jadi kaya. Sesiapa yang menolak untuk join dia merupakan orang-orang yang rugi dan malas berusaha untuk kaya. Oh! What the hal? baik berbisnes dengan orang yang betul-betul nak kaya, orang malas tak guna diketuk-ketuk.. hey! please lah..berbulu mata tengok status gitu tau..
Ini cuma pandangan peribadi saya dan sebagai peringatan untuk saya juga supaya tak buat gitu... peace. 



Thursday, May 15, 2014

entri ketiga,,

Assalamualaikum..

Sukar nak percaya, cepat sungguh masa berlalu. Sekarang ni saya dah ibu kepada dua orang anak gadis.. okeh, sebenarnya ibu kepada dua baby. 1st baby umur 21 bulan dan 2nd baby umur 2 bulan. Sungguh sweet rasanya mempunyai 2 orang anak yang comel. 

Dulu-dulu masa tak ada anak, boleh shopping dengan aman, bila anak sorang macam boleh lagi lah nak rasa keamanan memilih barang. Tapi...bila anak dah 3 neh, mula lah rasa seperti kurang aman sket. Bagus jugak, membantu dalam penjimatan belanja. heheheh.

okeh, disebabkan tak ada apa nak cerita, letak gambar je la yer...

kakak Aliyah, sangat2 suka air

adik dalam perut mama lagi, di taman warisan pertanian. Alhamdulillah, jumpa sate hj samuri kat sini..lepas rasa mengidam..

kakak Aliyah yang sangat susah nak makan. Asal makan je, mesti nak buat macam-macam.. patutlah kecik je dia..

Sorry, gambar tak di edit dulu. sila lah sengetkan laptop/fon/desktop untuk paparan jelas =P
babai~~

Friday, January 10, 2014

imbas kembali kelahiran Aliyah Fatihah

Assalamualaikum... hi hi bye bye ja lah rasanya blog nih. Lama sungguh xberhupdate.. Kalau nak up to date tu, mmg sekian terima kasih sajalah. Tahun 2014 masih lagi baru, dan tak kurang banyak juga lah cabaran bagi tahun ini. Cabaran yang paling takut nak hadapi pada tahun ini adalah
.
.
.
.
.
.
.
.
nak melahirkan seorang lagi khalifah..Insyaallah, kalau cukup bulan, March nanti kita bertemu ya adik... tp kalau adik tak sabar nak jumpa mama, ayah dan kakak... mama redha je..tp bg peluang kat mama untuk siapkan kerja-kerja yang tak beres dulu ye..

Pengalaman bersalin anak pertama dulu, memang cukup-cukup indah. Harap-harap anak kedua ini pun sama juga lah. Aliyah Fatihah keluar pada jam 11.57pm, 08-08-2013. cantik tak tarikh tu? 8/8... Ok, sy ngaku, mmg saya all out untuk bagi jugak Aliyah keluar sebelum 9/8....nak tarikh cantik katakan...heheheh.

Saya kena masuk wad pada 8/8, 11.30 pagi sebab leaking. Waktu tu tak ada sakit atau kontraksi lagi. Saya start sakit pada waktu petang selepas keluar show, orang tua panggil ketuban darah kot... Waktu tu bukaan os baru 1 cm. Sy bgtau suami yang berada di Perlis jangan balik lagi.. Lambat lg nak bersalin kot.. paling-paling 12 jam lebih baru bersalin... Anak pertama, mesti lambat nak keluar. Suami saya pun rileks je la lagi kat sana, dan merancang untuk balik Kelantan esoknya. Waktu tu, punyalah yakin, yg saya tak akan bersalin lagi pada hari tersebut. Tapi mak asyik dok kata, malam karang mesti keluar budak ni...

Memang betul-betul masin mulut mak saya, lebih kurang jam 10.30 malam, saya rasa macam nak meneran. Tak kuat sangat, sket-sket je. Mak terus bagitau misi dan saya pun berjalan lah dari katil ke bilik pemeriksaan untuk cek bukaan os...adalah dalam 20 meter lebih kena berjalan. Misi offer untuk tolak dengan kerusi roda, tp saya cakap boleh jalan lagi.. mmg waktu tu xrasa sakit sangat. Bila sampai je kat bilik, POP! air ketuban pecah.. habis lencun lantai. rasa macam bersalah sangat2 kat cleaner sebab terpaksa lap lantai tengah-tengah malam. Misi cakap xpe...naik atas katil, nak cek, ni mesti dah bukak besar sebab kantung dah pecah.. legalah sket rasa kat hati sebab misi bagi harapan bahawa ia merupakan perkembangan yang baik.. Bila cek, hah..amek ko.. 8 cm. misi dok heran, macam mana 8 cm pun boleh rilek lagi dok kat katil..

Masa Aliyah keluar, cuma saya dan Jururawat Masyarakat sahaja didalam bilik bersalin. Misi ada offer, nak panggil suami atau mak x...Tapi saya menolak sebab saya malu.. Malu nak panggil mak masuk, dan pada waktu tu, suami saya berada di Perlis.. Mungkin bagi sesetengah orang, emotional support daripada orang terdekat adalah penting dan sangat membantu untuk memudahkan proses kelahiran, tapi tidak bagi saya. Kalau suami ada, mesti saya akan jadi manja. Paham-pahamlah kalau manja tu macam mana... sakit sikit pun jadi macam sakit sangat-sangat... Tambahan lagi, suami saya jenis yang takut darah.. Karang tak pasal-pasal bila terhidu bau darah, dia pulak yang pengsan.. kesian kat misi nak kena jaga 2 pesakit..hehehehe.

Saya memang tabik spring kat misi yang sambut Aliyah... Sewaktu conduct kelahiran, dia sentiasa berzikir, menyebabkan saya tidak leka untuk sama-sama berzikir, tasmid, tasbih dan takbir. Malahan ketika Aliyah keluar, dia sama-sama bertakbir. Memang satu pengalaman yang sangat-sangat indah. tak payah nak pergi hospital swasta atau request macam-macam sebab semuanya memang tip-top.

Pengalaman bersalin kat Hospital Pasir Mas memang sweet lah.. terima kasih kepada misi-misi yang sangat baik hati dan sentiasa menjaga tertib perawat muslim.... teruskan kecemerlangan!

Cuma ada sesetengah perkara je yang saya tak berapa nak selesa kat sana.. bila waris/suami (lelaki) menunggu isteri di luar. Duduk kat luar tingkap, bersembang dengan bini dia... saya yang sedang kesakitan ni nak berehat dengan aman, duduk dalam posisi yang amat rilek.. tetapi terpaksa menjaga pergerakkan dan aurat sebab ada lelaki diseberang tingkap sana. Nak tutup tirai, rimas dan panas pulak.. Maklumlah, wad kelas 3... mana ada air-cond. Suami-suami pun kena lah consider ibu-ibu yang lain. kalau dah malam tu, biar je lah bini anda ditemani oleh ibu dia.. kalau nak exclusive bagi sokongan kat bini, cubalah ikhtiarkan supaya anda tidak menganggu orang lain kerana wad kelas 3 bukan macam wad kelas 1 atau dua, ada partition yang lebih individu..

kadang-kadang saya heran jugak dengan lelaki-lelaki atau wanita-wanita yang sangat-sangat tegas nak doktor perempuan sahaja sewaktu bersalin, tetapi  tak tegas dalam menjaga aurat sendiri dan aurat orang lain... Cuba lah hormati hak orang lain dulu, terutama ibu-ibu yang sedang sakit bersalin.. Insyaallah, anda akan mendapat apa yang diingini tanpa perlu meminta. Allah akan balas keikhlasan anda dengan beribu kebaikkan..

Harap-harap kelahiran anak kedua ini juga akan menjadi manis seperti kelahiran Aliyah Fatihah, pembukaan yang tertinggi.. ~~

=) THE END (=