Mesti bakal-bakal pelajar Kolej Jururawat Masyarakat Kangar sedang melawati blog ni kan.. Makanya, entri ini didedikasi khas buat anda. Selamat Datang ke negeri terkecil di Negeri Perlis~~ Dengan hanya 2 jam, anda boleh meneroka Negeri Darul Sunnah ini.
Perlis ni best ke? hah, sapa-sapa yang tertanya-tanya tuh, saya akan jawab best. Walaupun negeri Perlis ni kecil dan tak adalah semaju Kuala Lumpur, tetapi persekitaran dan ketenangan tempat ini adalah tip top baq hang!
Apa yang tiada disini?
- Jalan raya yang jem, kalau ada pun cumalah sewaktu perayaan
- Bangunan tinggi, paling tinggi pun bangunan KWSP kat pekan Kangar.
- Kelab malam, hahaha tak penting untuk ado
- TESCO, rilek...kalu nak shopping boleh pergi ke C-Mart, The Store, Borong Din, Hafifah, Seri Utama ataupun GIANT (bakal dibuka)
- Hospital Swasta, masih belum siap....Inshaallah KPJ Healt Care akan dibuka di Kangar.
- Tol,walaupun jalan-jalan raya besar dan setiap simpang mesti ada lampu trafik, namun semua itu free, tiada bayaran!
- Pantai, yang ada cuma tepi laut. Kalau ada duit lebih bolehlah menyantap di restoren tepi laut. Restoren Linda sangat sedap...tapi harga tahap mencekik leher.
Banyak pulak yang tak ada... tapi yang ada lagiiiiiiiiiiiiii banyak. nak story ke? meh la story sikit-sikit
- Padang Besar, pasar bebas cukai yang menjual barangan siam dengan murah
- Jeti Kuala Perlis, boleh pergi Langkawi yeay!
- Wang Kelian, pasar bebas cukai jugak..harga murah lg berbanding padang besar...tapi perjalanan agak mencabar kerana perlu mengharungi bukit yang agak curam
- Mini Zoo dan Taman Reptilia, anda boleh berdiri disebelah buaya yang dibela didalam sangkar dan melihat ular-ular yang pelbagai spesis wooooo.
- Laksa Perlis yang best, tekstur laksa macam laksa Kelantan, tapi dimakan dengan kuah utara yang pekat.
- Pasar malam, yang boleh dikatakan tiap-tiap malam beroperasi...tetapi ditempat yang berlainan tetapi berdekatan. siap boleh hafal, sabtu, kat jejawi, Ahad kat Titi Chai, Isnin, Jejawi lagi, Selasa: Kola Perlis, Rabu, mini Putrajaya, Khamis Anjung Keli, Jumaat: Istana Arau.
- Behor...hahahaha, aku tak tahu apa itu Behor. Behor juga disebut BOQ... Behor Lateh, Behor Pulai, Bohor Kulit Kerang, dan macam-macam Behor lagi... Begitu juga dengan Abi dan Wang. (Semua ini merupakan nama tempat di Perlis)
Okeh, tak larat nak mengarang.. apa pun, selamat datang ke KJM Kangar ya. next entri akan menceritakan suasana kolej pulak okey? tadadada.
1 comment:
Rindu kehidupan di Perlis.. bila baca ni.
Post a Comment