Wednesday, December 26, 2012

kemasukkan ke kolej Jururawat Masyarakat Kangar

Assalamualaikum

Detik-detik kelam kabut yang amat sedang melanda diriku di kolej ini. Sesungguhnya saya merindui masa-masa lapang, masa yang sangat banyak untuk dinikmati oleh diri sendiri. Sekarang ni, kerja saya adalah mengahadap komputer dan segala macam mak nenek kertas-kertas sebagai persiapan menerima pelajar baru.

Banyak panggilan telefon saya perolehi daripada pelajar yang bakal melaporkan diri, bertanya mengenai borang medical check up. Makanya, harap entri ini dapat membantu. Untuk urusan kemasukkan, sila dapatkan surat tawaran daripada Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui link ini. Lepas tu silalah muat turun
Latihan Sijil Jururawat Masyarakat mengambil masa selama 2 1/2 tahun. Sepanjang tempoh pengajian, pelajar diwajibkan tinggal diasrama. Waktu balik kampung adalah sekali sahaja untuk sebulan. Maklumat lanjut akan diberi semasa taklimat ya adik-adik sekalian.

Saya dan seluruh warga kolej amat mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar baru. Jumpa di KJMKPs pada 2 Januari nanti.

Sunday, September 23, 2012

my sweet 1 month

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Ibu muda ini sudah berjaya menghabiskan pantang dengan jayanya. Keseluruhan markah yang diraih adalah 88%, masih mendapat A+ ya adik-adik..cuma tak seratus peratus sahaja sebab masa pantang beliau telah curi-curi makan makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang.
 
Sekarang aliyah Fatihah telah pun berusia 47 hari... Apa yang telah mampu dilakukan?
  1. Minum susu dengan banyaknya setiap kali terjaga dari tidur. Selalunya dia akan marah-marah sambil menendang-nendang kaki dan mengapai-gapai tangan sebab susu terlalu banyak, kadang-kadang pulak dia akan terbatuk-batuk kerana susu terlalu laju.. Mama pulak risau takut tersedak.
  2. Pandai memasukkan tangan bersalut mitten ke dalam mulut. kalau waktu mandi lagi best, terus masuk jari dalam mulut. Ini adalah perangai ayah ya... diam-diam tengok jari dalam mulut..
  3. Pandai memujuk untuk diangkat.. Mula-mula dia akan senyum-senyum dan bersuara menegur sesiapa sahaja yang ada disebelah.. Senyumanya itu mampu mencairkan hati dan membuatkan kita nak je angkat budak neh... Seandaianya tak diangkat, apa akan jadi? maka menagislah dia dengan sungguh-sungguh. Hah, pandai sungguh dia. Cara halus tak jalan, gunakan cara agresif.. alahai anak mama.
  4. Buat buih.. Ayah cakap ni fisrt toy dia... mak ngah pulak cakap eeeeiiiiii, kotorlah. Orang pompuan takleh gitu.. mama pulak cakap.. Aliyah anak mama, sopan sket. heee.
  5. Dressing like girl..hehehe..
  6.  
     
    Sekian update
     

Tuesday, September 4, 2012

1st annivesary

3 Sepetember 2011..

Permulaan hidup sebagai suri buat Muhammad Fariz bin Yusop. Rutin hidup berubah kerana sebelum ni makan pakai main serabai-serabai sahaja. Bila bergelar isteri, mula mensibukkan diri di dapur pada awal pagi dan lewat petang supaya dapat makan bersama-sama suami sambil bercerita benda-benda tak perlu sehingga suami hampir-hampir bosan mendengarnya ehehehe.
 
 


3 September 2012.

Hidup berdua berubah menjadi bertiga dengan kehadiran Aliyah Fatihah binti Mohammad Fariz... Alhamdulillah, kehadiran anak ini melengkapkan kehidupan rumahtangga kami. Saya masih lagi sedang berpantang di kampung, Pantang dengan erti kata benar-benar pantang. Semua makanan mengandungi unsur sejuk dan lemak-lemak degil dihindari...Sesungguhnya berpantang memerlukan disiplin yang tinggi, jugak kesabaran yang tiada tolok bandingannya.. pada waktu ini juga saya sedang bereksperimen dengan makanan. Contoh, minum kopi akan membuatkan anak berjaga... makanya selepas ini saya akan menghidari kopi.. kesian kat anak, tak dapat tidur sepanjang hari dan malam.

 
Dari bertiga, kami menjadi bersembilan dengan kehadiran....
 
 
kakak (ibu), tomok, tomee, tipee, avent, dan jugak avent. Kelima-lima anak kakak dilahirkan pada hari rabu, 2 minggu sebelum saya melahirkan Aliyah Fatihah. Saya masih belum berkesempatan melihat telatah anak-anak kucing ini berlari-lari dan melompat kerana pulang ke kampung bagi melahirkan permata hati sulung pujaan hati. Insyaallah, lepas pantang nanti akan pulang ke Perlis..
 
 
Okeh, tujuan utama post ini adalah untuk mengucapkan Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-Satu buat suami tercinta... Saya sayang awak ~~


Sunday, September 2, 2012

permata hati mama

 
Assalamualaikum
 
 
alhamdulillah.. berjaya jugak mengUPDATE blog yang sudah lama ditinggalkan sepi... Segala puji bagi Allah kerana saya sudah pun selamat melahirkan seorang puteri yang ditunggu-tunggu... Aliyah Fatihah binti Muhyammad Fariz... Dilahirkan pada 8/8/12, jam 11.57 malam (mama berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk melahirkan Aliyah pada tarikh best ni tau, siap tengok jam lagi untuk pastikan Aliyah keluar jugak-jugak malam tu...hehehe) berat lahir: 2.7 kg.
 
 

 
 
 
 

Semoga Aliyah Fatihah menjadi mukminah solehah...

Tuesday, July 24, 2012

Menanti-nantikan dia..

Assalamualaikum

Setelah sekian lamanya tak ada apa-apa pun tertulis disini, akhirnya.... Aceh-ceh.. akhirnya adalah jugak satu entri ringkas. Selamat menyambut ramadhan kepada semua. Sudah 3 hari berpuasa yer... Sewaktu orang lain menantikan saat nak beraya, saya tak sabar menantikan saat nak mengeluarkan khalifah kecik kat dalam perut neh. Wahai anak, cepatlah keluar.. mama dengan ayah memang tak sabar sangat nak pegang, peluk, cium dan jaga kamu.. 

Kesabaran semakin menipis apabila melihat kucing kat rumah, yang dipanggil kakak telah selamat melahirkan 5 ekor anak, 4 betina, sekor jantan..huhuhuh.. meriah sungguh rumah kami dengan bunyi anak-anak kakak yang manja. Setiap hari, bila melihat mereka menyusu dan tidur dengan nyeyak, saya menjadi semakin teruja. Teruja nak menyusukan anak secara ekslusif selama paling kurang 2 tahun... Insyaallah.. Teruja nak pegang kaki anak yang selalu dok tendang tulang rusuk saya sampai senak, teruja nak lihat anak tidur.. dan teruja dengan segala macam mengenai anak kecil ini... Uh anak... mama tak sabar menanti kelahiran kamu..

Boleh dikatakan asyik dok mimpi melihat anak je sekarang neh... Bukan saya sorang je mimpi, ayahnya pun mimpi jugak. Petanda tak sabar sangat dah neh ekekekeke.Tambahan lagi, saya dan suami masih belum mengetahui lagi jantina anak kami... Aish! seriously, sungguh tak sabar nak melihat baby ini. Nak tengok anak laki ke perempuan... Ya Allah, permudahkanlah urusan keluarga kami, semoga kami diberi kelapangan dalam menerima insan baru ini... Amin..


Ummm... sabar-sabar je lah!

Tuesday, May 8, 2012

mimpi di trimester kedua

Assalamualaikum

Baiklah anda-anda sekalian. Untuk sementara waktu ini, kisah di blog adalah berkaitan dengan kehamilan serta kekeluargaan kerana bakal ibu ini terlalu excited dengan kandungan dalam rahim beliau. Semenjak dua menjak neh, saya selalu bermimpi mengenai haiwan. Malam tu mimpi pasal ular. Suami saya berjaya menjadi penangkap ular yang berjaya dengan hanya berbekalkan galah macam dalam citer national geographic tuh.. memang hebat, bomba kat Malaysia pun belum tentu dapat buat cam gitu hehehe.

Kemudian satu malam lagi, mimpi pulak pasal gajah. Saya dan suami pergi memanjat gunung..masa panjat naik, jalan smooth jek tapi bila nak turun, ada gajah tengah tidur kat tengah laluan.. Kitorang tengok je lah gajah tu sehingga saya sambung ke mimpi lain pulak..

Malam tadi pulak? Hah ni paling best sebab saya mimpi pergi mengail kat sungai. Dengan hanya berumpankan cacing kecik kat mata kail bersaiz paling kecil. saya berjaya mendapat sekor buaya. Bila dapat buaya sekor, terus gelabah. Tak ada siapa pun nak buang mata kail dari mulut buaya sehinggakan saya terpaksa lepaskan batang kail tuh. Kemudian saya terjaga sebab perut mula mengeras... Baby mama buat apa tah sampai mama tak lelap nak tidur menahan kesakitan, dan paling teruk sampaikan saya terfikir adakah itu sakit nak bersalin? haha...  haru sungguh T____T

AOkeh, apakah maksud disebalik mimpi-mimpi itu? Adakah anak mama nak jadi veterinar? Atau tanda-tanda mama kena menghindari daripada melawat zoo, kang takut terberanak kat sana..huhuhuhuh

Kadang-kadang rasa nak tergelak bila teringat mimpi-mimpi pelik cam gitu... Bebanyak benda yang ada kat dunia neh, binatang-binatang jugak yang masuk dalam mimpi... Try lah kuar mimpi lain seperti naik kereta mewah ke... dapat jugak mentafsirkan anak bakal jadi jutawan..hahaha. UISH! T____________T mama apakah ini? berangan bukan-bukan untuk anak.. 

Wednesday, May 2, 2012

Wednesday, April 4, 2012

20 minggu: separuh lagi untuk dilalui

Assalamualaikum

Diam-diam, rupanya si kecik kat dalam neh dah berusia lima bulan. Dia semakin aktif, keje nak tendang perut mama aje.. Kalau lepas makan, lagilah aktif dia bergerak-gerak. Walau sedikit sakit, nak-nak time dia tendang kat bahagian tulang pelvic tuh, saya tetap suka sebab saya tahu dia sedang berada dalam keadaan sihat.

Hari neh, saya mula merasa kesakitan yang tak berapa nak tertanggung. Uh, pinggang dan perut sakit..Dari awal bangun tidur sampailah masuk opis. Tapi, alhamdulillah... walaupun dok sakit sakit, baby masih bergerak.. So, saya tak adalah nak berasa risau sangat. Harap-harap sakit ini akan hilang sedikit masa lagi. Tadi lepas tampal koyok kat atas belakang, rasa sakit tuh lega sikit...Mungkin sebab badan saya tak dapat menampung berat baby kot...Iyalah, selama neh, berat badan saya tak pernah nak lepas dari 40kg... Tulang belakang rasa terkejut lah kot ekekekekek.. (ado ke gitu?)

Perut saya pula sudah semakin ke depan... (i like!!!!) sekurang-kurangnya nampaklah macam perempuan mengandung dan isteri orang... Ni tak, kalau pergi mana-mana mesti orang ingat student lagi.. padahal saya sudah berusia 25 tahun...suku abab dah kot...huhuhuk.

Dengan kapasiti sebagai perempuan memngandung, banyak kerja dan tanggungjawab yang boleh di "excuse". Sebagai contoh.. boleh mintak-mintak excuse soh suami masak dinner sebab wife tak larat lepas balik kerja, atau boleh mintak excuse soh suami pergi pasar sorang-sorang sebab wife tak berdaya nak jalan-jalan.. hahaha... alasan yang baik, tetapi dengan serius saya menekankan... sememangnya tenaga saya semakin berkurangan sekarang. Kalau dulu takat nak jalan pusing habis mid valley, tak ada masalah punya... Tapi sekarang, pusing queensbay dalam dua tingkat pun dah pitam.. Uh, manjanya diriku ini... Harap-harap nak teran beranak nanti, tenaga macam popeye lah..

(^.^)

Tuesday, March 6, 2012

dialog laki bini


Isteri: awak....petang esok tolong belikan sup tulang seketul boleh tak? .... (dengan penuh pengharapan meminta)

Suami: Tak boleh! (dengan penuh keyakinan, tanpa rasa bersalah)

Isteri : Tak pe lah..... (nada dimanjakan sedikit)

Suami : YES!

Isteri : kesian kat baby... dia nak merasa sup tulang sangat-sangat (sambil meraih simpati dan gosok-gosok perut)

Suami : eleh, padahal dia nak makan, cakap anak pulak..


Okehh... perbualan suami isteri yang sangat menghampakan. Sebenar-benarnya mengapa perempuan mengandung mengidam? Jawapan cukup mudah, sebab pada waktu neh selera makan sangat-sangat besar macam dinasor. Semua benda terasa nak telan. Yummy2!! Sesungguhnya saya tidak pernah merasa bernafsu sebegini terhadap makanan......... harap2 petang neh dapatlah sup tulang walaupun  suami cakap dia tak mo beli..

Thursday, March 1, 2012

moga ringan sket

terlalu serius! Susah betul nak menceriakan suasana apabila mencapai umur dewasa ini. Semakin tinggi umur, semakain berat masalah, semakin kurang waktu untuk meringankan beban, jugak semakin cepatlah proses penuaan mengambil tepat. Uh Tidak!

~~cuba untuk meringankan kepala otak dengan membuat muhasabah diri sambil mensiapkan slide show untuk kelas anatomi yang sangat mengantukkan! ~~

Tuesday, February 28, 2012

16 minggu di dalam

Assalamalaikum

Sesungguhnya saya berasa teruja. Yup! teruja yang amat sebab memiliki sesuatu yang bernyawa didalam perut kecil ini, lebih tepat lagi janin. Uh anak! mak tak sabar nak menunggu bulan lapan neh. Saya nak tengok muka baby, ikut sapa lah nanti... ceh ceh ceh. SUSPEN!

Semalam, untuk pertama kalinya suami saya masuk ke dalam bilik doktor untuk pemeriksaan antenatal. Alhamdulillah, untuk pertama kalinya suami dapat melihat anak kami.. Anak mak memang comel! waktu ayah dia tengok, dia siap lambai tangan lagi. Pandai dia wish bapak ya..Bagus anak mak, bijak! ehehehe Alhamdulillah, doktor cakap keadaan anak saya normal. Jantung dia dok dup dap berdenyut.. Suka sungguh melihatnya. Dalam perut dia pulak ada buble, doktor cakap kalau buble tu tak ada, maknanya baby ada problem. Alhamdullillah.. anak mak sihat2 saja kat dalam tuh. Semoga baby terus  membesar dengan sihat sehingga keluar nanti ya.

Hari demi hari saya menantikan pergerakkan seorang anak didalam perut. Buat masa ini, tak adalah rasa sangat dia sedang bergerak. Cuma adalah sekali dua rasa macam ada benda terapung sambil pusing, macam tengah floating dalam perut jek gaya geraknya... itupun sangat jarang nak rasa. baby kecik lagi... Makanya, saya kena bersabar untuk beberapa minggu lagi. Uh!!! Sabar, sabar..

 baby, mak sayang baby. 

TATATATTA


Wednesday, February 22, 2012

setia menanti

Assalamualaikum

Malam semalam, saya bersendirian dirumah, malam ini? YahOO!! suami tercinta akan pulang ke rumah.. tapi tu pun tengah malam karang baru sampai. Sungguh menyiksakan menunggu kepulangan suami neh, saya rindukan dia. Macam manalah rupa dia setelah dua malam berjauhan dengan isteri? aceh ceh, kerisauan yang tidak beragak benar. Seperti 3 bulan tak jumpa suami...macam tak pernah berjauhan pulak. Padahal baru tiga bulan lepas saya meninggalkan suami selama sepuluh hari, sepuluh malam! ini semua gara-gara menjadi urusetia konvokesyen ILKKM di KSKB Ulu Kinta. Tobat lah, tak ada lain kali untuk itu (harap-harap)

Saya risaukan dia kerana keadaannya masih belum pulih sepenuhnya. Suami saya baru sahaja mendapat kemalangan jalan raya kerana kecuaian seekor anjing melintas jalan. Ya, semua salah anjing itu. Anjing itu melintas jalan dengan begitu yakin, namun dengan yakin jugak dia berpatah balik menyebabkan suami tidak sempat memperlahankan motor yang dipandu selaju 70km/h. tak pasal-pasal nak kena samak motor (!^^!)

Suami saya tidak boleh membengkokkan lutut seperti biasa, masih ada kesakitan sehingga terpaksa bersolat menggunakan kerusi. Malahan tempurung lutut dia macam retak jek. Macam manalah dia bertahan duduk dalam bas selama 6 jam .. semoga dia selamat. Wargh.... rindu sangat neh. Malam ini isteri yang setia akan mengorbankan masa tidur untuk menunggu kepulangan suami yang dirindui. Cepatlah pulang.

insan yang dirindui

insan yang merindui

Sekian~~
p/s: nampak gaya, semakin galak memuat naik gambar nikah neh... memori indah untuk diingati. ekekeke

Saturday, February 11, 2012

hujung minggu ini

Assalamualaikum

hari ini hari isnin, hari ini saya bekerja, esok hari ahad, esok juga saya bekerja, tulat hari isnin, dan semestinya saya bekerja. Uh, adakah ini dinamakan workoholic? tidak tidak nehi hey! ini namanya kau memaksa daku terpaksa, pasukan naziran akan datang pada 14 februari ini untuk audit aset.. Makanya seluruh warga KJMKPs diwajibkan bekerja hujung minggu ini untuk menyudahkan kerja yang masih belum beres. Walaupun tidak melakukan sebarang kerja hakiki pada hari ini, namun kerja-kerja audit masih belum jugak habis. Padahal saya cuma bereskan skill lab sahaja..namun alatan kat dalah tuh, whoah!! banyak yang amat-amat sangat.


semua komiteted di pagi hari sambil berhujung minggu di opis, layak bagi bintang banyak-banyak


okeh, itu adalah mukadimah bagi entri ini. Kerja yang santiasa tidak putus telah menyebabkan saya tidak mempunyai masa dengan hobi dan minat. Alkisah baru je tadi, saya pergi ke pesta buku di dewan 2020 kangar. Uh, sungguh sedih kerana jiwa saya bukan di situ. Pandangan terhadap buku menjadi kosong, tiada keghairahan seperti biasa, malahan terpaksa menghabiskan masa selama hampir satu jam untuk memilih buku yang nak dibeli T______________T. Sudahnya, saya membeli sebuah novel karya penulis kegemaran dari dulu dan selamanya, Ramlee Awang Murshid dan sebuah lagi buku panduan mengenai rumahtangga. Itu sudah semestinya, kerana saya ingin menyuburkan rumahtangga agar ia menghasilkan buah yang baik ehem ehem.. hehehe


UUUUH!! saya ingin menanam balik minat terhadap buku, saya ingin masa yang mencukupi untuk membaca, saya ingin mencintai ilmu... tak apa lah, nanti pelan pelan pupuk balik minat, dan paling penting, harap-harap adalah masa nak membaca... 


tet..tet..tet.. sekian.

Friday, February 10, 2012

memori dulu-dulu


Assalamualaikum


Gambar lama ditayang kembali... motif? sebab jeles tengok kawan-kawan yang baru kawin dok upload gambar dowang. Terasa macam baru kahwin jugak, so... letak lah sekeping. Gambar sewaktu bertandang di Kuala Perlis, 10 September 2011.. so sweet (sendiri puji ekekekekek)

trimester dua


Assalamualaikum

Alhamdulillah, sekarang saya sudah memasuki fasa kedua kehamilan, trimester kedua. Alhamdulillah jugak, walaupun trimester ini dimulakan dengan muntah-muntah teruk sehingga terpaksa bermalam dihospital Tuanku Fauziah, namun selepas itu keadaan muntah-muntah menjadi semakin ringan, malahan alahan terhadap bau-bauan jugak semakin berkurangan... Tenang hidup rasanya.. Alhamdulillah..

Dikhabarkan bahawa trimester kedua merupakan saat yang paling indah dalam kehamilan.. semoga perkhabaran menjadi seindah realiti... (mengharap sangat neh) Dalam fikiran dok terbayang makan-makanan-makan-makan-makan dengan penuh berselera ehhheeeh. bukan selalu pun dapat rasa macam ni kan, jadi sekali-sekala kenalah layan.

Adapun bulan februari ini merupakan bulan yang boleh dikatakan agak sibuk bagi saya serta rakan sekerja yang lain.. Alhamdulillah, dalam kesibukkan itu, badan saya mempunyai tenaga untuk menghadapinya.. tak macam bulan 12 sampai bulan satu ritu... Allah sahaja yang tahu betapa penat, letih serta terseksa jiwa raga fizikal dan mental menghadapi dugaan morning sickness... sampaikan keluar penyataan, kalau macam ni punya siksa, adus... tak mahu mengandung lagi lah..huhuhuh. Astagfirullah. sikit punya dugaan pun dan menyerah... aish! saya memang lemah.

Dalam trimester neh, selera makan semakin ok~~ lalalalala Alhamdulillah. Muntah? masih ada, tetapi bukanlah sampai berkali-kali.. sekali sahaja sehari. Penat? Alhamdulillah jugak, saya sudah mendapat semula tenaga. Walaupun tak sekuat sebelum hamil, tetapi sudah cukup untuk melakukan kerja-kerja rumah yang ringan. Masak-masak pun sudah ok, tak payah dah suami saya bersusah payah memasak seperti selalu.. kasihan kat dia. Dari segi keselesaan pulak, sekarang neh, uterus sudah mula menekan pundi kencing, makanya asyik nak terkencing sahaja. lepas tu kalau berbaring terlentang, aduhai... senak habis abdomen neh.  ini baru 3 bulan...kalau dah 9 bulan nanti tak tahu lah macam mana nak bawak perut neh..


Semoga trimester ini akan membawa kegembiraan yang baik..hee

Friday, January 27, 2012

pantang!

Assalamualaikum

Adakah anda tahu makanan apa yang boleh diambil sewaktu mengandung? makanan apa pulak yang tak boleh dimakan? Sesungguhnya saya tidak tahu dan saya tidak berpantang sehinggalah saya diberitahu secara mengejut apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Apa yang saya tahu, cuma nenas muda yang tidak boleh dimakan. Rupanya banyak lagi selain dari itu...

Suatu masa dahulu, sewaktu di UKM, buah yang wajib dimakan setiap hari adalah nenas madu yang dijual di kedai biskut Laman Midah, yummy yummy sungguh dia punya masam manis tuh. Cara nak makan dia, tak payah letak asam boi, nanti hilang nikmat buah. dimakan begitu sahaja, fuh, kecur air liur dah neh.... Uh, papa... mama nak makan nenas boleh? Aish! mahu kena luku kalau mintak nenas neh.

Tahukah anda, tapai jugak menjadi makanan yang terlarang semasa mengandung? HUHU, saya tidak tahu dan saya baru sahaja mengetahui selepas menyudahi sebungkus tapai bersama suami. Tuhan sahaja yang tahu macam mana nervous bila dah termakan dan bila semua orang cakap, jangan makan..jangan! Takut yang amat, dalam hati dok dup dap dup dap sambil doa.. janganlah jadi pape kat baby neh.orang tua-tua cakap tak boleh makan tapai pasal ada ragi..dia tajam, boleh gugurkan bayi.. Adus, seram plop lah rasa... Tapi, Alhamdulillah, takat neh kandungan saya masih selamat.

Kawan saya cakap, selain tapai ada lagi makanan yang tak boleh dimakan.. Jangan makan jambu batu dan air tebu... dan dengan bangganya semua tuh memang dah selamat masuk tekak saya..bukan sikit, tapi kuantiti yang banyak... Lagi sekali... Alhamdulillah, Allah menyelamatkan kandungan saya.

Kadang-kadang saya pun tak faham macam mana makanan neh boleh menjejaskan bayi... Mungkin ada sedikit-sedikit kandungan dalam tu yang boleh merencatkan pertumbuhan janin dan seterusnya menyebabkan keguguran...macam cucuk-cucuk ubat terlarang lah jugak kot.. Aish, wisau sungguh bila banyak benda tak tahu pasal makanan terlarang neh.. Saya harap semuanya akan selamat....


Thursday, January 26, 2012

2 hari yang bahagia

2 hari yang membahagiakan telah berlalu... Pada hari tersebut, setelah lebih 2 bulan, akhirnya saya menemui kembali nikmat Allah yang cukup indah, rasa kenyang. Saya dapat makan dengan penuh berselera tanpa mengalami rasa mual. Uh, syukur lah.. sekurang-kurangnya perut terisi dengan bahagia sekali. Nasi kerabu, nasi berlauk, semua dapat masuk dengan elok tanpa dibuang kembali. Alhamdulillah.

Namun, langit tak selalu cerah, selepas dua hari berlalu, muntah-muntah kembali menyerang, paling teruk menyerang ketika saya ingin pulang kembali ke Perlis, jauh meninggalkan Kelantan terchenta muah muahx. 7 kali muntah sepanjang pagi, uh! rasanya sangat azab, anak tekak macam nak tercabut, badan dah lemah longlai.cecair dalam badan tinggal berapa mililiter pun saya tak dapat nak agak pasal yang masuk sedikit tetapi yang keluar banyak. Alhamdulillah selepas mendapatkan rawatan kat klinik, saya tidak muntah lagi sehingga hari ini... dengan harapan berterusanlah sehingga minggu ke-40 nanti. Insyaallah.

Ini merupakan pertama kali saya mengalami morning sickness (mengandung pun pertama kali jugak ekekeke) Setelah bertahun-tahun tak muntah, akhirnya hari-hari saya muntah dari seawal kandungan berusia 5 minggu lagi.. Sampaikan saya terfikir serik untuk mengandung lagi kerana alahan yang sebegini sekali. Eleh, time susah memang semua pun fikir susah kan kan kan. Karang bila dah masuk 5-6 bulan, selera makan macam gajah, baru lah merasa syok nak mengandung tiap-tiap tahun.. (mungkin)

Sepanjang morning sickness neh (adalah dalam 3 bulan), suami saya sudah pandai membuat macam-macam kerja yang dia tak pernah buat sebelum neh. Dialah yang siang ikan, dialah jugak yang cuci ayam, malahan dialah jugak yang memasak untuk saya sepanjang 3 bulan ini. Masakan dia? waaah! sedapppppppppp. bab kain baju pulak, memang dia yang dok setel... Kadang-kadang terbit rasa kesian jugak, pasal semua benda dia yang buat.. Tapi, nak buat macam mana.. saya tiada kudrat untuk buat semua itu.. terima kasih sayang..

Tak sabar sungguh nak meninggalkan fasa trimester pertama yang memenatkan ini... Semoga morning sickness berhenti setakat trimester ini sahaja.. Perkenankanlah ya Allah..

Thursday, January 19, 2012

sejuk mata

Assalamualaikum

Nak mensejukkan mata? jom ubah desktop back ground pakai gambar neh. Siyes, tenang hati.

cubalah..

Wednesday, January 18, 2012

semoga..

motivasi.... saya memerlukan motivasi supaya kerja yang banyak dapat disiapkan. Perut dok berangin-angin, sendawa memanjang. Uh, memang sungguh menyiksakan. Lepas tu isi perut bagaikan duduk berlari-lari nak melawan kuasa graviti. Sungguh saya berasa tidak sihat dan berasa tidak bertenaga.

Saya harap dalam 2 minggu lagi, semuanya akan hilang. Saya harap saya akan kembali sihat bertenaga bagaikan harimau untuk meneruskan perjuangan dalam kerja ini. Semoga mood jugak semakin baik. Banyak nya semoga. Last, semoga Allah kabulkan permintaan saya.

Friday, January 13, 2012

baru

Assalamualaikum

Blog sepi tak bertulis apa-apa selama lebih sebulan. Woooh! sebulan yang sangat2 mencabar, sampai tak ada masa nak menulis mahupun menghadap skrin dengan berlama-lamaan. Alasan? tak payah tanya, pasal jawapan dia sangat skema... dan memang saya akan jawab pun hahaha. SIBUK, tak ada masa, masalah kesihatan...uhuk!!!!

Tahun 2012, maknanya sudah hampir setahun saya menjawat jawatan pengajar. Sekarang, tiada lagi jawatan itu.. Di bawah skim baru perkhidmatan awam, jawatan saya dikenali sebagai Pengajar Sains Kesihatan (PSK) gred U 1-1. Untuk bercerita soal kerja secara lebih-lebih?... argh!!! tak mahu, tak mahu.. Sebab bebanan kerja inilah yang menyebabkan kepala badan menjadi tak berapa nak betul. Tapi... apa-apapun bersyukur kepada Allah SWT sebab Dia telah memberi rezeki kepada saya melalui kerja ini.

Entri sekadar nak bagi blog terhupdate~~ sekian. hehehe