Thursday, January 26, 2012

2 hari yang bahagia

2 hari yang membahagiakan telah berlalu... Pada hari tersebut, setelah lebih 2 bulan, akhirnya saya menemui kembali nikmat Allah yang cukup indah, rasa kenyang. Saya dapat makan dengan penuh berselera tanpa mengalami rasa mual. Uh, syukur lah.. sekurang-kurangnya perut terisi dengan bahagia sekali. Nasi kerabu, nasi berlauk, semua dapat masuk dengan elok tanpa dibuang kembali. Alhamdulillah.

Namun, langit tak selalu cerah, selepas dua hari berlalu, muntah-muntah kembali menyerang, paling teruk menyerang ketika saya ingin pulang kembali ke Perlis, jauh meninggalkan Kelantan terchenta muah muahx. 7 kali muntah sepanjang pagi, uh! rasanya sangat azab, anak tekak macam nak tercabut, badan dah lemah longlai.cecair dalam badan tinggal berapa mililiter pun saya tak dapat nak agak pasal yang masuk sedikit tetapi yang keluar banyak. Alhamdulillah selepas mendapatkan rawatan kat klinik, saya tidak muntah lagi sehingga hari ini... dengan harapan berterusanlah sehingga minggu ke-40 nanti. Insyaallah.

Ini merupakan pertama kali saya mengalami morning sickness (mengandung pun pertama kali jugak ekekeke) Setelah bertahun-tahun tak muntah, akhirnya hari-hari saya muntah dari seawal kandungan berusia 5 minggu lagi.. Sampaikan saya terfikir serik untuk mengandung lagi kerana alahan yang sebegini sekali. Eleh, time susah memang semua pun fikir susah kan kan kan. Karang bila dah masuk 5-6 bulan, selera makan macam gajah, baru lah merasa syok nak mengandung tiap-tiap tahun.. (mungkin)

Sepanjang morning sickness neh (adalah dalam 3 bulan), suami saya sudah pandai membuat macam-macam kerja yang dia tak pernah buat sebelum neh. Dialah yang siang ikan, dialah jugak yang cuci ayam, malahan dialah jugak yang memasak untuk saya sepanjang 3 bulan ini. Masakan dia? waaah! sedapppppppppp. bab kain baju pulak, memang dia yang dok setel... Kadang-kadang terbit rasa kesian jugak, pasal semua benda dia yang buat.. Tapi, nak buat macam mana.. saya tiada kudrat untuk buat semua itu.. terima kasih sayang..

Tak sabar sungguh nak meninggalkan fasa trimester pertama yang memenatkan ini... Semoga morning sickness berhenti setakat trimester ini sahaja.. Perkenankanlah ya Allah..

2 comments:

miSz tUna said...

tahniah kak :) semoga akak dan kandungan sihat sampai dah lahir nanti... untung akak dpt suami yang mahu menolong :)

cik misi said...

terima kasih wani..