Assalamualaikum
Detik-detik kelam kabut yang amat sedang melanda diriku di kolej ini. Sesungguhnya saya merindui masa-masa lapang, masa yang sangat banyak untuk dinikmati oleh diri sendiri. Sekarang ni, kerja saya adalah mengahadap komputer dan segala macam mak nenek kertas-kertas sebagai persiapan menerima pelajar baru.
Banyak panggilan telefon saya perolehi daripada pelajar yang bakal melaporkan diri, bertanya mengenai borang medical check up. Makanya, harap entri ini dapat membantu. Untuk urusan kemasukkan, sila dapatkan surat tawaran daripada Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui link ini. Lepas tu silalah muat turun
Latihan Sijil Jururawat Masyarakat mengambil masa selama 2 1/2 tahun. Sepanjang tempoh pengajian, pelajar diwajibkan tinggal diasrama. Waktu balik kampung adalah sekali sahaja untuk sebulan. Maklumat lanjut akan diberi semasa taklimat ya adik-adik sekalian.
Saya dan seluruh warga kolej amat mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar baru. Jumpa di KJMKPs pada 2 Januari nanti.
9 comments:
assalammuailaikum...sis sye nk tanye..sye mnat sngt2 dgn bidang JM ne..apakh syarat klayakn untk memasuki ltihn jururawat masyarakat?mhon pencerahan dri Sis..
wa'alaikumusalam.. Pengambilan JM telah pun dihentikan buat masa ini dan mungkin tidak akan ada pengambilan lagi kerana kerajaan telah pun menaik taraf program kejururawatan kepada diploma. Untuk program diploma anda perlu mendapat sekurang-kurangnya 5 kredit dalam SPM dan wajib lulus bahasa melayu. boleh memohon di laman web SPA.. harap membantu.
Sis...latihan jururawat masyarakat x de sijil lagi la...dh upgrade ke diploma...meants sis?...tpi latihan jururawat masyarakat still ade lagi kn...sis sye ade 7kredit... Bm and sc sye kredit... Bi and mt thp lulus ja...bleh sye mhon untuk latihan jururawat masyarakat....
sorry sgt cik anonymous (sorry..xtau nama) mmg course JM sendiri dah tak ada..batch terakhir sedang berada di semester 3..tiada pengambilan semenjak julai 2012. malahan JM yang sdg bekerja juga akan dinaik taraf menjadi jururawat terlatih melalui program kenaikkan pangkat secara lantikan dengan menghadiri 1 tahun kursus sepenuh masa.
Sis...ade x we chat.....sbb sye nk tnye Sis lebih lnjut lgi....ssah sikit la nk tnye kt cni
blh add fb sy, azizah mustafa. harap membantu anda.
Sis mcm mne sye nk add kt fb...sis pkai dp profile picture yg mne.....sbb sye taip nme sis byk yg keluar
https://www.facebook.com/azizah.mustafa1?fref=ts
Sis sye dh add....ade x
Post a Comment