Friday, July 30, 2010

Hatiku telah tawar

Assalamualaikum


Tinggal seminggu lagi saya nak bergraduasi.. tetapi surat jemputan konvokesyen masih belum diterima. UKM tak nak panggil bekas student dia yang cumel ni ke? Tak nak panggil tak apa... saya pergi jugak.. tak kira tak kira..  7 ogos nanti tengok la muka ni naik pentas (InsyaAllah). Hahaha macam penting sangat je surat tu. Padahal boleh tengok kat internet jek. Tapi.. itulah masalahnya. Tak suka bukak internet yang superb siput nih. Tak sukka.. hoho. Lagipun kalau ia adalah sejenis kertas bercetak, saya boleh kelek ke mana-mana sahaja, baca berkali-kali, tenung lama-lama sambil bawa tidur dan simpan masuk fail bila dah jemu. Itu adalah kenangan. Kenangan pelajaran paling memenatkan emosi, fizikal dan wang ringgit.

Ok2.. tutup kisah surat konvo. Malas dah nak menanti, menunggu dan mengharap. Hatiku telah tawar.. nak kena letak gula, tapi... bekalan gula amat kritikal di pasaran tempatan. Biarlah..biar je tawar.

Petang semalam saya pergi ke bandar Pasir Mas, niat utama adalah untuk membeli tiket keretapi untuk ke KL, manakala niat sampingan adalah menyegarkan mata dan membuka minda. Alhamdulillah... tiket sudah dapat dan KL.... nantikan kedatangan saya pada 4 Ogos ni ya.

Alkisah, saya berjalan-jalan pusing satu bandar tu dan sungguh teruja melihat banyak sungguh iklan kerja kosong. Semua pasaraya kecil kat situ memerlukan pekerja dan yang paling best kebanyakkan tempat meletakkan syarat wanita, berumur bawah 25 tahun dan belum berkahwin. Nampak tak???? memenuhi kriteria diri saya. Tapi... tengoklah dulu gane... ingat nak mohon kerja kat hospital swasta. Harap2 dapat lah nanti.


Oklah anda semua... berjumpa lagi di masa akan datang. 

Wednesday, July 28, 2010

penganggur tak tanam anggur

Assalamualaikum

Beginikah rasa hati seorang penganggur? beginikah? Terasa sungguh ingin sekali keluar berjalan-jalan mengukur panjang, lebar dan luas sebuah mall yang gedek-gedek bak kata orang Indonesia. Orang kita cakap besar-besar., tapi orang Terengganu cakap besor-besor. Eh.. tak lupa jugak, mahu mengira berapakah bilangan seven eleven dalam sesebuah mall. Setakat pengiraan saya yang tak ada kerja ini,terdapat 11 buah 7E di Times Square. Hah, sape2 yang rajin, tolong kirakan 7e kat midvalley ek. Saya tak berapa gemar pergi sana.. Tak suka sebab terpaksa naik komuter yang sangat sesak. Hadoi2... macam masuk dalam tin sardin rasanya. 

Saya mahu cari kerja. Ada tak majikan yang sanggup ambil saya kerja? Kalau boleh saya nak bekerja dalam bidang kesihatan dan berdekatan dengan rumah.. mana lagi kan, kat Pasir Mas je lah. Kalau KB pun okey jugak. Nak kerja, nak duit.. huhuhk. 

Macam mana ye... saya mahu kerja tapi saya suka duduk rumah. Tapi jugak, saya tak suka duduk tanpa memproduktifkan diri. Oleh itu, saya harus berfikir dan memerah otak untuk mencari pendapatan. Ada duit, senang hati heheh.. $.$ (mata duitan)

Kalau tanam anggur kat depan rumah... agak-agak boleh hidup tak? eheh.. tidak..tidak. Saya tak mahu tanam anggur. Tak ada kepakaran, kang pokok tak hidup, saya menangis2. pening2. nak kerja apa nih. Nak jadi misi kat hospital swasta lah.. Tapi.. saya harus ambil lesen praktis kat PPUKM dulu.. lagi 2 minggu baru nak pergi ambil. KL... saya datang! Makanya, ini bermakna saya akan memulakan misi mencari kerja selepas mendapat lesen itu. Tak lama... 2 minggu je lagi. Harap2 ada lah majikan yang nak ambil budak tak ada pengalaman ni.. harap-harap

Ok, sekian.

Sunday, July 18, 2010

Sejuk Hati

x
Assalamualaikum


Alhamdulillah.. sejuk sungguh pagi ini. Mata sejuk, badan sejuk, suhu badan sejuk, suhu persekitaran sejuk dan yang paling humbira... SEJUK HATI. Bangun pagi-pagi je dah nampak kabus.. YES! akhirnya saya dapat menggunakan perkatan ni dengan betul. Sebelum ini, ketika di KL, saya selalu ditegur kerana berkata "banyaknya kabus hari ini"  yang sebetulnya itu adalah jerebu. HOHO.. almaklumlah, saya tak biasa main dengan jerebu.. Jerebu tak bagus kerana membawa habuk-habuk halus yang merbahaya kepada sistem pernafasan. Ia boleh mencetuskan reaksi alergik kepada pesakit asthma, jugak boleh menyebabkan batuk dan sakit tekak kepada manusia normal. Tapi.. kabus tidak begitu. Kabus sungguh indah. Ia adalah anugerah Allah kepada manusia. Kabus mengandungi titisan air yang tersejat dari permukaan bumi, sungguh sejuk. Tak memudharatkan kesihatan. Ok, berakhir sudah kisah kabus ya anda2 sekalian.

Hati terasa sejuk bila mendapat perkhabaran semua rakan sekelas telah lulus peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia. makanya, kita semua sudah memiliki lesen praktis wahai rakan taulan. Alhamdulillah.. impian kita semua telah tercapai. Lepas ni perkasakan pengetahuan untuk temuduga pulak ya. Harap2 kita semua dapat meraih peluang pekerjaan dengan cepat. (Amin Ya Allah) 

TAHNIAH kepada semua calon yang lulus terutama sekali kepada calon daripada UKM (seharusnya... sebab saya belajar kat situ =P) Kejayaan ini tidak akan memberi makna apa-apa kalau kita tak tahu bersyukur kan.. Makanya, selepas ni jangan lupa bersujud syukur kepada Allah. Tunjukkan tanda terima kasih kepada Dia yang menetapkan perjalan takdir kita semua. Dia telah memudahkan jalan kepada kita semua walaupun pagi nak ambil exam tu sungguh haru-biru.  tak nak cerita panjang lebar, klik sini

Dengar cerita, hari ni keputusan telah diumukan secara rasmi dan semua pelajar wajib menghadiri sesi pengumaman itu di Nursing department. Niat hati.. memang la teringin nak pergi sebab saya nak jumpa dan ucap TERIMA KASIH semua lecturer dan CI yang bersusah payah memberi tunjuk ajar, bimbingan serta nasihat. Tapi,,, beralasankan jauh perjalanan dan kengkangan fulus~~~makanya terpaksalah pendam sahaja hasrat itu. Perkhabaran dari jauh sudah cukuplah. 

TERIMA KASIH TAK TERHINGGA KEPADA INSAN-INSAN INI:
  1. Puan Jalina yang selalu sangat mengambil berat pasal exam serta membantu dalam urusan pendaftaran exam (Rambutan merah sangat menakutkanlah puan)
  2. Kak Jenny yang dah jadi macam kakak angkat kelas saya. Tiap kali jumpa mesti dia tanya pasal exam, selalu jugak bagi tips nak exam.. 
  3. Ruzi, staffanurse PPUM, merangkap kawan saya kerana berkongsi himpunan soalan exam LJM. 
  4. Semua lecturer dan CI (minta maaf.. tak larat dah nak sebut nama sebab panjang sangat). Tunjuk ajar, bebelan, serta semua kata2 motivasi yang kalian beri telah menjadi pencetus semangat kepada saya untuk belajar dengan tekun.
  5. Kawan2 yang tak kedekut ilmu untuk berkongsia apa yang diketahui. Malahan, kalau ada soalan2 terbaru, terus dikongsi sama-sama. Sweet sungguh2 lah exam kali ni, semua orang all out untuk lulus.
  6. Last but not least, ma dan ayah. Sumpah, kalau bukan diorang nih, tak mungkin saya nak bersungguh2 belajar. Doa2 dari mereka lah yang telah menyuburkan hati saya untuk belajar, berjaya serta bermotivasi untuk terus lagi kedepan.
Ok anda semua... setakat ini sahajalah entri saya kali ini. Sudah tak mahu panjang-panjang sebab tak ada idea dah. makanya saya mahu pergi mandi memandangkan kabus pagi dan hilang. KABUS, yes~~ hehe inilah alasan paling comel digunakan untuk melengah-lengahan mandi pagi =P

Kabur pagi kerana kabus
Kabur mata kerana Jerebu
Biarkan Keyboard Berbicara

Wednesday, July 14, 2010

Naik pangkat

Assalamualaikum


Rutin sebagai pengurus rumah tangga ni memang menseronokkan, sungguh-sungguh seronok. Hari-hari dapat buat kerja dengan enjoy. Basuh kain, jemur kain, angkat kain, lipan kain, buat sampah, sapu sampah, bakar sampah, selerakkan rumah, kemas rumah, memasak dan makan masakan serta tidur sebentar di siang hari (ulang lagi ayat tersebut seberapa kerap yang anda mahu). Sumpah seronok.. tak terasa busan walaupun hari-hari melakukan rutin yang sama. Ades.. semakin bersemarak cita-cita  untuk menjadi full time housewife nih. err lebih tepat lagi kalau saya katakan angan-angan. Mimpi yang tak mungkin kesampaian akan dikatakan angan-angan. T.T

Sekarang saya masih lagi menjadi pengurus, tetapi disebabkan kerja cemerlang di kediaman parents, saya telah dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke kediaman nenek pulak. Kerja kat sini tak banyak macam kat rumah, dimana saya perlu memasak untuk 8 orang, membasuh baju sekolah, saterika baju sekolah, serta menaikkan tekanan darah dengan sentiasa menjerit dekat dua orang budak nakal yang selalu menceroboh masuk bilik kakak dia dan mencuri laptop untuk bermain game. Hadoi..

Kat sini (Kg nenek) semua kerja sangat senang. Setiap pagi saya akan masak banyak-banyak dan pastikan ia cukup sampai makan sampai malam (sebab saya malas dah nak masak tengah hari dan petang hehe =P), kemudian makan besama nenek (berdua sahaja), lepas tu mandi, basuh baju, jemur kain dan kemas rumah (tak ada yang nak kena kemas sebab tak ada budak nakal nak sepah-sepahkan rumah)..dalam pukul 10 pagi, everything is over. Saya boleh berehat dan menonton yakitate japan (terima kasih kat buah hati yang bagi cerita ni, seronok) Kemudian bila dah masuk tengah hari, saya akan panasakan nasi serta lauk dan makan bersama sekali lagi...Begitu jugaklah rutin pada waktu petang.. HUHU... sungguh mudah, senang dan rilex

Namun...banyak cabaran sungguh lah. Sebagai contoh, bekalan air telah teputus di kala pagi hari ini. Nasib baik saya dah siap2 simpan air..boleh la pakai untuk masak dan keperluan lain. Air pulak tiadalah jernih seperti biasa, tetapi sedikit keruh. Namun, guna je lah... air tu bersih je...cuma tak ditapis je. 

Bila duduk kat sini, saya terfikir nak bukak tawaran kat gadis-gadis di luar sana. Sape2 yang ada hati nak kawin dengan pemuda tampan dari Lombok, dan berniat nak jadi PR kat sana, meh la uji diri dengan tinggal kat sini dulu. 

Pertama-tamanya, kampung nenek saya ni adalah pedalaman. Jauh dari pekan besar, dan masih menjadikan keretapi sebagai antara pengangkutan utama. Ia terletak di kawasan berbukit yang sungguh nyaman, bebas dari pencemaran dan pada waktu malam, anda boleh menikmati keindahan ciptaan tuhan yang tak ternilai indahnya.. melihat bintang berterabur di langit luas. Subhanallah..indah sungguh (jangan harap nak nampak bintang kat langit KL ok)

Kat sini, semua lengkap, ada eletrik, siaran TV (kalau pakai astro lah, kalau tak, tengok TV balam-balam je lah) coverage tepon (Maxis je) dan 3G (ni hah buktinya,,, masih boleh berBLOG) kecuali satu je yang tak berapa ok..... bekalan air yang bercatu. Makanya, siap sedia lah menakung air untuk kegunaan di kala memerlukan. Jangan diharap air dari sungai walaupun anak sungai hanya berada di belakang rumah.. sebabnya adalah kerana untuk sampai kesana, anda perlu menuruni bukit yang curam dan melalui denak yang dipenuhi pacat. hoho..menakutkan, tapi seronok dan mencabar. hehe. 

Kalau anda mampu menghadapi hidup di kawasan pedalaman seperti ini, makanya... anda layak untuk kahwin lari kat Lombok. Kalau tak, jangan ambil risiko. Nanti karang buat perabis duit rakyat je nak buat belanja membawa balik anda ke Malaysia semula. Ingat tuh, Hubungi saya jika anda teringin nak merasai cabarannya. hehe

Anda-anda semua, bukanlah saya bermaksud nak cakap lombok tu sama dengan sini, malahan saya nak cakap kat sini berkali-kali lagi baik dari Lombok. Kalau kat sini yang berkali-kali baik itu pun tak mampu nak dihadapi, jangan mimpi lah nak duduk kat sana. Melalui pembacaan saya, keadaan kat Lombok tu daif.. Bekalan elekrtik tiada, bekalan air bersih sukar dan kehidupannya sungguh mencabar fizikal dan mental. Kadar mortaliti bayi jugak tinggi. Makanya, berfikir lah banyak-banyak kali  wahai gadis-gadis Melayu (sebab Melayu je yang ramai lari pergi sana) Kalau dah jodoh, memang lah jodoh... tapi harap-harap anda bijak mencari jodoh yang sesuai serta sama kufu. 

Mungkin perbezaan kufu ni dianggap isu remeh bagi pasangan yang sedang bercinta, tapi fkirkanlah impaknya suatu hari nanti.. Pipit dengan enggang boleh berkawan, boleh jugak terbang sama rendah, tapi.... sampai bila enggang tu nak terbang rendah? lama-lama dia bosan jugak... akhirnya pipit ditinggal pergi sebab kelemahnanya tak mampu melebarkan sayap menjulang awan. waktu tu, mulalah bermadah pergilah kasih, tinggalah sayang. huhu...

ok2... setakat ini sahajalah bebelan saya untuk kali ini. Lain kali jumpa lagi ya.. TATA.

Cari-cari carilah, pasangan hidup betul-betul oh kawan~~ 

Wednesday, July 7, 2010

virus spam email


Asslamualaikum semua..


Hujan masih lagi berenyai-renyai di luar sana. Dikala ini, alangkah seronoknya kalau dapat berselimut sambil dibuai mimpi indah. HAHA.. sah pemalas. Ok2,, saya bukan pemalas, makanya saya membuka email yang sekarang sedang giat membuat spam ke atas email orang lain sehingga saya terpaksa memadamkan semua contact T.T 

Kawan2, kalau ada dapat email dari saya,yang mempunyai link entah apa-apa, jangan buka dan cepat2 padam ok. Dan..kalau email anda melakukan benda yang sama, lakukanlah tindakan yang wajar ok. Saya harap kita dapat bersama-samalah mencegah penularan virus itu ya. Jangan lupa jugak, clear all cookies and password..manalah tau kalau virus ni adalah berspesis backdoor, masuk ikut pintu belakang pastu curi semua private data kita. haru-biru lah.


Saya mula mendapat serangan ini selepas menerima email berbentuk sedemikian. Walaupun saya tidak membuka link yang diberikan, namun email saya telah dijangkiti dan membuat onar. Yang hairannya, pandai pulak dia access contact saya dan mula menghantar email kat semua contact saya. Haish,kalau nak buat jahat tu, boleh aja kan. 

Siapa yang mencipta virus-virus jahat ni hah?? ..menyusahkan orang, mensakitkan hati orang je tau. Terbakar kampung nampak asap, terbakar hati??? hah, sumpah seranah la yang ko dapat wahai pembuat virus. Ok2..jangan marah lebih-lebih, tak baik untuk tekanan darah dan bakal menambah kedut kat muka. Tak cantik bukan? Makanya, jom lah kita mengalihkan kemarahan kepada kata-kata yang baik. Lagi baik kalau kita mendoakan pihak terbabit dalam penciptaan virus ni insaf serta sedar diri. Lagi bagus kalau dia membuat permohonan maaf secara terbuka dan membagitahu kita semua bagaimana nak berhentikan penularan virus tak senonoh itu. tak perlulah email sorang-sorang minta maaf, cukup sekadar buat announcement kat TV3. Baru lah namanya betul-betul insaf kan. Tak pun buat harakiri.. eh, jangan. DOSA BESAR sebab bunuh diri. Jalan pintas ke neraka tuh. hOho

Ok2..tak boleh mengomel panjang2... saya mohon diri.. Excited nak g tengok baby. Sepupu saya baru je bersalin pagi tadi. Plus ayah dok kejar suruh bersiap ni.. yelah2.. orang pergi la nih... TATA semua..

Jangan biar komputer anda jadi mengsa virus2 jahat
Selamatkan dunia!!
=D

Sunday, July 4, 2010

Superb slow

Assalamualaikum

Skang ni saya sedang bermastautin secara berlama-lamaan di kampung tercinta, Kg Bujok~~ Bestnya duduk kat rumah ni,sehingga terfikir untuk duduk je kat rumah sampai ada yang sudi nak amek jadi bini. Lepas tu sambung lagi duduk rumah sambil memujuk rayu suami supaya membayar 100k kat kerajaan sebab bini dia tak nak kerja lepas bersenang lenang pakai duit kerajaan untuk dapat ijazah.. HOHO.. 

Internet kat rumah superb slow, kalau anda fikir siput babi begerak slow, internet ni lagi slow. Siap tersekat-sekat lagi.. cukup pakej keSUPERBan dia. Kuciwa hati ini apabila dapat berBLOG tanpa dapat menUPLOADkan gambar. Hobi bergigam-gigam terpaksa disimpan sowang2 tanpa ditunjuk2 kat sape2.. 

Walau apapun, saya nak ketuk dahi dulu PAP PAP!!! Hadoi! nah amek ko. Mengomel-ngomel kat internet tanpa mengukur baju di badan sendiri. Saya cuma menggunakan broadband yang mempunyai kelajuan rendah.. tapi mengomel macam guna yang terbaik punya. tak sedar diri T.T Astagfirullah.. (Nasib baik cepat sedar)

Makanya, anda sekalian.. saya tidak berapa nak aktif blog untuk masa sekarang. Insyaallah..kalau saya dah bergaji nanti, saya subscribe internet broadband berkelajuan tinggi iya. OK, jumpa lagi anda semua..Muah2.. amek ciuman ni untuk mengubat rindu (Kalau ada la..)


Biarkan Kesepian Berbicara
Barulah terasa nikmatnya saat bersama
=D