Asslamualaikum semua..
Hujan masih lagi berenyai-renyai di luar sana. Dikala ini, alangkah seronoknya kalau dapat berselimut sambil dibuai mimpi indah. HAHA.. sah pemalas. Ok2,, saya bukan pemalas, makanya saya membuka email yang sekarang sedang giat membuat spam ke atas email orang lain sehingga saya terpaksa memadamkan semua contact T.T
Kawan2, kalau ada dapat email dari saya,yang mempunyai link entah apa-apa, jangan buka dan cepat2 padam ok. Dan..kalau email anda melakukan benda yang sama, lakukanlah tindakan yang wajar ok. Saya harap kita dapat bersama-samalah mencegah penularan virus itu ya. Jangan lupa jugak, clear all cookies and password..manalah tau kalau virus ni adalah berspesis backdoor, masuk ikut pintu belakang pastu curi semua private data kita. haru-biru lah.
Saya mula mendapat serangan ini selepas menerima email berbentuk sedemikian. Walaupun saya tidak membuka link yang diberikan, namun email saya telah dijangkiti dan membuat onar. Yang hairannya, pandai pulak dia access contact saya dan mula menghantar email kat semua contact saya. Haish,kalau nak buat jahat tu, boleh aja kan.
Siapa yang mencipta virus-virus jahat ni hah?? ..menyusahkan orang, mensakitkan hati orang je tau. Terbakar kampung nampak asap, terbakar hati??? hah, sumpah seranah la yang ko dapat wahai pembuat virus. Ok2..jangan marah lebih-lebih, tak baik untuk tekanan darah dan bakal menambah kedut kat muka. Tak cantik bukan? Makanya, jom lah kita mengalihkan kemarahan kepada kata-kata yang baik. Lagi baik kalau kita mendoakan pihak terbabit dalam penciptaan virus ni insaf serta sedar diri. Lagi bagus kalau dia membuat permohonan maaf secara terbuka dan membagitahu kita semua bagaimana nak berhentikan penularan virus tak senonoh itu. tak perlulah email sorang-sorang minta maaf, cukup sekadar buat announcement kat TV3. Baru lah namanya betul-betul insaf kan. Tak pun buat harakiri.. eh, jangan. DOSA BESAR sebab bunuh diri. Jalan pintas ke neraka tuh. hOho
Ok2..tak boleh mengomel panjang2... saya mohon diri.. Excited nak g tengok baby. Sepupu saya baru je bersalin pagi tadi. Plus ayah dok kejar suruh bersiap ni.. yelah2.. orang pergi la nih... TATA semua..
Jangan biar komputer anda jadi mengsa virus2 jahat
Selamatkan dunia!!
=D
No comments:
Post a Comment