Thursday, May 27, 2010

Saat yang pasti datang

Assalamualaikum


Hallo Hallo everybody!! Lama kita tak berjumpe bukan kan kan kan?? .. maksud saya di alam maya ini.. Jangan sedih-sedih..ceriakan hidup anda serta jangan lupa basahkan lidah dengan zikrullah.. Semoga hati anda semua dan juga saya sentiasa senang dan tenang serta ceria sokmo-sokmo deh.. (perkenankanlah doaku ya Allah)

Alkisah minggu lepas sesuatu telah terjadi. Sesuatu yang tidak disangka-sangka dan tak pernah diharapkan. KEHILANGAN.. Ya, suatu kehilangan yang pasti tak pernah didambakan. Jika bulan berpasangan matahari, siang berpasangan malam, pantai berpasangan daratan, hidup pula berpasangan mati. Itu janji Allah. Mati adalah pasti dan kebangkitan selepas kematian juga adalah pasti. 

Saya selalu melihat orang yang menghampiri sakaratul maut. Seawal usia 4-5 tahun(lupa umur sebenar), saya pernah melihat seorang pakcik sedang nazak. Pada waktu itu, semua orang kampung membacakan Yassin kepadanya. Saya pula??? melihat tanpa berhenti berkelip ke arah insan yang sedang berhadapan dengan malaikat maut. Saya pelik mengapa pakcik itu diberi beberapa titik air dengan menggunakan straw. Bacaan Yassin dan kesedihan orang sekeliling tak mampu mengalihkan tumpuan saya kepada pakcik itu. Saya tak mengerti apa yang sedang berlaku. Saya memandang dengan penuh kekosongan apabila melihat matanya ditutup rapat dan kepalanya diikat dari dagu ke ubun-ubun. (sesungguhnya daripada Allah kita datang, kepadaNYA kita kembali)

Bila usia makin meningkat, barulah saya mengerti.. betapa sakitnya kematian. Kehausan yang maha dahsyat disertai dengan usaha iblis yang tidak pernah lupa pada janji kepada Allah. Alhamdulillah...dulu pandangan saya kosong..tapi kini pandangan saya penuh dengan keinsafan. Hidup hanya persinggahan, kematian adalah permulaan perjalanan yang abadi. 

Bila melihat kematian di hospital, hati saya tidak pernah tersentuh kerana boleh dikatakan hampir setiap kali menjalani penempatan klinikal, akan ada sahaja kes kematian berlaku.. Hati ku sudah mati kah?? Begitu jugak bila melihat pesakit yang sangat tenat... langsung tak ada perasaan untuk mendalami bagaimana kesakitan yang pesakit itu alami. Nak cucuk orang, selamba je cucuk... Nak cuci luka kudis kat kaki yang buruk pulak, selamba je tenyeh-tenyeh buang sel mati... Tak ada fikir pun orang tu tengah kesakitan. (anda jangan takut  untuk menerima rawatan dari saya pulak, saya akan memberi nasihat bagaimana untuk mengurangkan kesakitan ok =D janji!!)

Namun...... T___T bila melihat pesakit yang terbaring menggunakan mesin bantuan pernafasan itu adalah insan yang sedarah dengan saya, hati saya menjadi lembut, selembut-lembutnya!! Alhamdulillah.... rupanya hati ini masih lagi hidup. Bila saya mengucapkan syahadat di telinganya, air mata saya mengalir semakin laju. Bila saya membacakan Yassin kepadanya, pengharapan saya adalah kepada Allah sahaja. Hanya Dia yang menentukan apa yang terbaik kepada insan yang saya sayangi. Setiap alunan bait doa saya berlagu sebuah penyerahan, hidup dan mati adalah ketentuan Dia. Seandainya kematian adalah baik untuknya, berikanlah kekuatan kepadanya untuk melawan apa yang telah Engkau tetapkan dan ringankanlah dugaan itu agar  bebanan tersebut boleh digalasnya. Tapi.. andainya kematian itu adalah yang terbaik untuk dia, Engkau segerakanlah kematiannya agar dia tidak menanggung kesakitan itu terlalu lama. 

Keajaiban... ya, sungguh itu yang terjadi. Bagaimana lagi mata saya akan tertutup untuk melihat bukti kekuasanNYA bila melihat tekanan darah serendah 45/30mmHg boleh naik sehingga 112/50mmHg apabila telinganya mendengar alunan Yassin yang saya lontarkan dan kalimah syahadah yang diucap oleh ayahnya. Sungguh, itu adalah sesuatu yang tidak saya duga. Saya sendiri keluar dan bertanya kepada kakak misi disitu, adakah dia masih boleh diselamatkan. Ternyata akak misi juga terkejut tetapi dia tidak mahu memberi harapan kepada kami. Sesungguhnya kami semua telah redha............... untuk melepaskan dia memulakan perjalan abadi. Insyaallah, kami akan menyusulmu di syurga kelak.

Misi-misi dan sister kat wad general icu hospital sungai buloh memang baik. Thaks a lot!!! Saya tak pernah lagi berhadapan dengan staf seperti mereka. Sister kat situ telah berusaha untuk memastikan kami sekeluarga memahami keadaan arwah sepupu saya. Dia dapat menghidu keberatan hati kami untuk melepaskan arwah dan dengan berat hati dia menyatakan kebenaran bahawa tiada sebarang harapan boleh diberikan. Tetapi tugasnya tidak berahir disitu, dia telah memberikan sokongan kepada kami. Kami dibenarkan berada didalam icu beramai-ramai. Kami diberikan kerusi yang mereka gunakan untuk menulis report. Makanya, kami semua dapat membaca Yassin dengan selesa bagi memudahkan urusan yang sedang dijalani oleh arwah. Budi yang baik akan dikenang~~

Dia telah pergi.... Ya, seorang demi seorang saudara saya telah pergi. Pemergianya menjadi bukti bahawa usia muda bukanlah jaminan untuk menjauhi bilik seluas 6x3x5 (anggaran bilik saya, bilik anda??) Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang soleh-solehin. Al Fatihah untuknya..

Biarkan hidup menjadi baja
yang akan menyuburkan taman di syurga
Biarkan keyboard berbicara

No comments: