Saturday, May 1, 2010

EMO yang baik

Assalamualaikum

Alkisah tiap2 hari saya akan membaca akhbar secara online.. aish! tobat, hari-hari akan ada je berita yang menjengkelkan. Contoh, pelajar mati akibat lari daripada JAIS, pelajar ditembak polis, pelajar terkejut kena buang sekolah, pelajar samun nenek, pelajar buang bayi, pelajar bunuh diri.. alahai.. macam-macam hal la belia zaman sekarang ni. aku pulak yang terEMO nih. 

CETEK AKAL!itu adalah pandangan saya kepada golongan-golongan seperti itu. Ok, fine... jijah.. jangan menghukum orang.. manusia boleh berubah. Kalaulah (cikgu saya cakap monyet dia mati sebab makan buah kalau --> dia tak suka orang menggunakan kalau) suatu hari nanti mereka berubah, pastinye bukan usaha orang yang menghukum mereka.. Sebab, kutukan dan hukuman menyebabkan mereka ni makin down, demotivated untuk berubah. So? nak kena puji macam ni ke? 

Senah oi...mak suka ko ponteng sekolah.. bila cikgu buang sekolah, dapat masuk surat khabar, Kalau bukan sebab ko, tak ada la mak nak merasa kuar gambar kat surat khabar nih. Semua orang kenal mak.. bangga mak ada anak macam ko ni Senah.Jiran-jiran pun jeles tau!

Ok2, itu sudah merepak-repek. Budak-budak belia nih perlukan bimbingan, bukan hukuman. Agar nanti berpeluang menjadi beliau, bukan suspek, atau pun defenden ok. Macam mana nak bimbing? tepuk dada, tanya iman. 

Pagi tadi saya berchatting dengan cikgu kaunselor, saya tanya lah pasal aktiviti semasa sekolah..saya terkejut bila dia cakap sekolah akan menganjurkan program dengan pelajar2 perempuan yang hardcore kat kem Tok Selehor Kelantan. pendekatan baru tuh..

Golongan-golongan sebegini memerlukan bimbingan.. Selalunya mereka akan terus dikeji, dihina dan dihukum tanpa ada yang tampil nak membantu. Tapi... cikgu saya melihat perkara ni dari aspek berlainan. Bila kita bagi perhatian kepada mereka ni, basuh otak bersih-bersih (brain wash) sumbat ilmu agama banyak2.. biar jiwa mereka terisi banyak2.. Insyaallah.. bak kata orang kampung saya lambat bangat akan terjagalah mereka dari alam mimpi itu. 

Kata pepatah ada menyebut Mencegah lebih baik dari mengubati. Makanya, hal ni pun ada prophylaxis jugak.. aceh.. macam nak bagi vaccine pulak kan.. Kalau nak belia yang cemerlang, seharusnya dimulakan dengan pendidikan seawal alam rahim sehinggalah mati.. So, adakah anda nampak apa yang saya cuba sampaikan? Ibu bapa!! So, kepada bakal-bakal mak bapak..persiapkan diri anda. Didiklah anak2 dengan sebaik mungkin. Kalau anak buat salah, janganlah sayang sangat sampai tak sampai hati nak marah atau tegur. Sesekali, kena bertegas jugak..

Banyak sangat dengar kisah mak bapak marah cikgu sebab denda anak. Kalau anak awak tu dah terang-terang ponteng sekolah, buat masalah disiplin, kenapa nak marah cikgu sampai kena buat laporan polis? Kalau dan banyak sangat duit nak saman-saman cikgu, hantar je anak pergi sekolah swasta. Tak payah marah-marah pihak sekolah yang nak mendidik anak awak jadi manusia. 

OPS... lupa pulak.. mereka nak pengadilan.. sebab tu lah nak naik mahkamah.. Tak puas hati anak kena buang sekolah, kena fitnah, kena marah.. ADOI.. Awak tak terfikir ke pengadilan kat akhirat sana? Hak anak-anak untuk dididik menjadi hamba Allah yang taat dan berguna dah diabaikan.. fikir yang itu dulu.. Ini tidak.. sibuk nak fikir saman sekolah,lepas tu dapat duit. Anak tak payah belajar dah.. hidup dengan duit tu jek..(kalau menang lah)

Teringat kisah kat sekolah saya... Masa tingkatan 3, ada seorang pelajar ni sangat suka ponteng sekolah dan buat hal. Mak bapak dia kena panggil dan dia dia beri amaran buang sekolah.. Masa tu, tak ada pulak mak bapak dia marah2 cikgu, siap merayu supaya anak dia ni ditukarkan ke kelas pertama lagi. Alasan? supaya dapat bergaul dengan orang baik-baik dan meningkatkan motivasi untuk belajar. 

Alhamdulillah... pengetua sekolah bersetuju tanpa pening-pening nak fikir graf pencapaian kelas tu turun sebab result budak ni tak bagus.Akhirnya, budak tu masuk kelas dalam kelas saya. Sememangnya perangai budak tu berubah lepas dapat masuk kelas saya.. maklumlah, bergaul dengan budak-budak baik =P Nak ponteng sekolah? jangan harap.. mak bapak hantar sampai dalam sekolah tuh.. (cam sekolah tadika lak kan.. cian dia). Nak ponteng kelas pulak, tak ada geng.. Kan bagus tu... bergaul dengan budak baik. (lagi sekali mention budak baik =P)

Hidup.. adalah untuk mecari keredhaan Allah.. itulah tujuan manusia diciptakan, beribadah kepada Allah dan saling ingat-mengingatkan antara satu sama lain. Makanya... jom lah kita berbaik-baik sangka dan menolong orang-orang yang tengah kealphaan.. Jangan tahu kutuk je.. fikirkan jugak penyelesaian. Jihad tu... =D


Biarkan iman menguasai akal
Biarkan akal menguasai diri
Biarkan keyboard berbicara 
=D

2 comments:

voonfung said...

emm~~~jijah dalam kelas baik~~maka~~jijah budak baik~~kan~~kan~~

tapi saya rasa kadang kadang orang tu nak jahat juga ada banyak alasannya~~sebab tu undang undang kena ada untuk orang yang buat salah dihukum~~

itu struktur masyarakat pada masa sekarang~~
kalau orang tu terlepas daripada hukuman~~
maka agama baru berfungsi~~missalnya~~dia akan menghadapi hukuman di akhirat~~

kalau ada sebarang kesilapan~~silalah betulkan saya ya~~

cik misi said...

jijah budak baik.. hehehe. fakta yang betul tu =P

agama berfungsi untuk membentuk peribadi individu. Seharusnya individu yang beragama mempunyai personaliti yang baik.

Agama juga telah menetapkan hukuman bagi kesalahan yang dilakukan di dunia. Contoh, bagi Islam: sesiapa yang mencuri akan dibicarakan. Jika terbukti dia mencuri bukan kerana terdesak, maka hukuman yang telah ditetapkan dalam Quran adalah potong tangan. Ia tidak zalim kerana bertujuan untuk memberi pengajaran agar orang lain takut untuk melakukan hal yang sama. Disitulah fungsi agama.