Monday, May 31, 2010

Jiwa Kacau

Assalamualaikum


Wahai anda2 semua.. bersedialah untuk membaca entri yang menyakitkan hati ini.. ok, saya sudah warning nih.. entri ini bakal menjengkelkan. Makanya, kalau sesiapa yang tak seberapa rasa nak selesa dengan statement ini, sila klik pada x kat bahagian atas belah kanan. lagi banyak pangkah, lagi bagus... aceh, berlagak jadi calon pilihan raya kecil kawasan desa halaman la pulak.. mendambakan pangkah yang sebegitu banyak. Banyak pangkah, banyak undi,menang jadi YB la cik senah oiiii. bangganye.. errrr.. minta maaf ya anda-anda sekalian. Jiwa kacau..makanya, meracau kat blog la kejap =S

Pernah tak anda membuat sesuatu yang paling bodoh dalam hidup anda? Lepas tu anda rasa menyesal, dan anda teringin nak ubah, tapi sayangnya dah terlambat. Pernah tak???

Pernah tak anda kehilangan sesuatu yang disayangi?? .. Sesuatu yang tak mungkin ada pengantinya. Kalu ada pun, mungkin tak akan sama dengan apa yang pernah anda miliki.

Pernah tak anda terasa sangat risau yang amat sangat sehingga tak dapat tidur semalaman? puas guling kanan kiri tapi mata tak nak lelap jugak. 

Pernah tak anda mengharapkan sesuatu yang tak pasti?? tiap detik dalam hari-hari anda tak pernah lari dari countdown bila nak dapat... makin ditunggu, makin menyeksakan.

Pernah tak anda mengalami semua ni?? uhuk uhuk... Ok... kalau anda semua pernah, makanya saya merupakan manusia normal sebab saya sedang mengalaminya. uhuk uhuk =(  Saya tak mahu cerita apa yang telah saya alami.. tak nak, xse, xmo  dan jangan tanya ok... (ha, kan dah cakap..annoying sungguh entri kali nih.. minta maaf yek)

Jiwa kacau nih. Marilah saya menganalogikan pepatah orang-orang tua dahulu kala yang sering dipakai oleh cikgu bahasa melayu masa zaman sekolah dahulu. Nasi sudah menjadi bubur. Tapi... nasi yang dah jadi bubur masih berguna... menjadi santapan orang sakit..  Tapi kalau tak ada orang sakit, nasi tu boleh dimasak sampai kering airnya dan biarkan sejuk sedikit. Kemudian ambil plastik bersih dan tuangkan nasi tadi kedalam plastik tersebut dan ikat kemas-kemas..jangan bagi bocor tau. Kemudian ambil periuk besar dan penuhkan periuk tersebut dengan air. Selepas itu himpitkan nasi tadi dengan periuk tersebut. Tunggu 3-4 jam untuk nasi lembik tadi menjadi keras secara aotomatik nama dia transform menjadi nasi impit. yum yum sedap dimakan dengan kuah kacang. 

adoih... ini lah namanya jiwa kacau. Meracau sehingga keluar resepi nasi impit tradisional yang payah serta rumit pembuatannya. Kan dah ada nasi impit adabi. Rebus je pakej dia tuh.. senang dan cepat. Tapi.. tak salah kalau nak kembali kepada zaman silam kan. cubalah try wahai anda sekalian.  Kalau jadi, jangan lupa bagitau saya yer..boleh saya menumpang makan. Jangan lupa jugak buat kuah kacang, kurang pedas. yummy yummy!!


Biarkan kacau menjadi tenang
Biarkan Keyboard berbicara =S


kajian tidur

Assalamualaikum

Masihkah anda ingat dengan research yang pernah saya ceritakan suatu masa dahulu?? ale.. pasal short and sweeet tu..Ok, tanpa mengira anda ingat atau tidak, saya tetap akan bercerita mengenai penemuan terpenting yang saya dapati. haha... baca je lah.. kalu agak2 rasa busan tu, berhenti sekejap dan teruskan jugak baca. Tapi...kalu bosan jugak lagi, sila lah tekan tanda pangkah kat bahagian atas skrin, belah kanan dan paling tepi sekali tu.. T.T saya merelakan anda meninggalkan skrin ini.. tapi,, buat waktu ini jek, bukan untuk selamanya tau. (semoga kita berjumpa lagi)

Ok, are you ready wahai anda semua. Ok,kita mulakan satu perenggang dari sekarang...... tut tut tut.

  1. Lebih daripada separuh pelajar percaya bahawa faktor=faktor yang telah kami senaraikan boleh mengakibatkan masalah gangguan tidur yang mana tempat pertama dimenangi oleh penggunaan gadjget elektronik seperti xbox, xbox lagi dan juga xbox. xbox adalah musuh utama saya sebab buah hati saya lebih mengutamakan xbox dia berbanding saya yang cumel ini... =(( ). Manakala faktor-faktor lain adalah (mengikut susunan ) tidur lewat, masalah kesihatan, tekanan perasaan, assigment dan aktiviti kolej.
  2. Secara purata, sebanyak 60% daripada pelajar mengalami masalah gangguan tidur dan mereka sedar mengenai tersebut. 
  3. Hanya 4.9% daripada pelajar mempunyai 8 jam tidur yang berkualiti. 
  4. Secara purata, pelajar mula tidur pada pukul 9.28 malam (SD ± 4.36 jam), mengambil masa selama 13.41 minit untuk terlena (SD ± 11 min) dan terjaga pada pukul 6 pagi (SD ± 0.76 jam) setelah mendapat 5.36 jam (SD ± 1.15 jam) tidur yang berkualiti.
  5. Tiada perhubungan yang signifikasi antara gangguan tidur dan pencapaian akademik..hah, jangan bagi alasan tak cukup tidur adalah punca kegagalan dalam exam ok!! dah terbukti tidur bukan puncanya.. makanya, carilah alasan lain.
  6. Tiada perhubungan yang signifikasi antara tahun pengajian dan masalah gangguan tidur.. Walau bagaimanapun, pelajar2 tahun akhir sangat terdedah kepada gangguan tidur. Makanya..... pihak pengurusan perlu meneliti hal ini.. kesian kat students anda.
  7. Tiada perhubungan yang signifikasi antara gangguan tidur dan mengantuk di siang hari. Namun.... peratusan pelajar yang mengantuk di siang hari adalah tinggi tak kira mereka mengalami masalah gangguan tidur ataupun tak. hehe... saya ada cadangan nih. Apa kata kalau pihak pengurusan memberi waktu rehat yang panjang di waktu tengah hari..ala... cukup2 untuk tidur ayam pun tak apa... tapi kalau dapat tidur dinasour pun tak apa jugak =P
WOKEIH EVERBUDDY... itulah dia sedikit sebanyak hasil kajian yang telah kami (acik jij dan acik kam yang cumel2) jalankan. Tak adalah bombastik macam group lain..tapi menarik untuk diketahui. setuju??? (alamak...bukan niat nak meriak ya) hoho... jumpa lagi next time. 

Baiarkan kerisaun itu pergi
Dapatkan tidur yang berkualiti
Biarkan keyboard berbicara
29&30 mei

Thursday, May 27, 2010

Saat yang pasti datang

Assalamualaikum


Hallo Hallo everybody!! Lama kita tak berjumpe bukan kan kan kan?? .. maksud saya di alam maya ini.. Jangan sedih-sedih..ceriakan hidup anda serta jangan lupa basahkan lidah dengan zikrullah.. Semoga hati anda semua dan juga saya sentiasa senang dan tenang serta ceria sokmo-sokmo deh.. (perkenankanlah doaku ya Allah)

Alkisah minggu lepas sesuatu telah terjadi. Sesuatu yang tidak disangka-sangka dan tak pernah diharapkan. KEHILANGAN.. Ya, suatu kehilangan yang pasti tak pernah didambakan. Jika bulan berpasangan matahari, siang berpasangan malam, pantai berpasangan daratan, hidup pula berpasangan mati. Itu janji Allah. Mati adalah pasti dan kebangkitan selepas kematian juga adalah pasti. 

Saya selalu melihat orang yang menghampiri sakaratul maut. Seawal usia 4-5 tahun(lupa umur sebenar), saya pernah melihat seorang pakcik sedang nazak. Pada waktu itu, semua orang kampung membacakan Yassin kepadanya. Saya pula??? melihat tanpa berhenti berkelip ke arah insan yang sedang berhadapan dengan malaikat maut. Saya pelik mengapa pakcik itu diberi beberapa titik air dengan menggunakan straw. Bacaan Yassin dan kesedihan orang sekeliling tak mampu mengalihkan tumpuan saya kepada pakcik itu. Saya tak mengerti apa yang sedang berlaku. Saya memandang dengan penuh kekosongan apabila melihat matanya ditutup rapat dan kepalanya diikat dari dagu ke ubun-ubun. (sesungguhnya daripada Allah kita datang, kepadaNYA kita kembali)

Bila usia makin meningkat, barulah saya mengerti.. betapa sakitnya kematian. Kehausan yang maha dahsyat disertai dengan usaha iblis yang tidak pernah lupa pada janji kepada Allah. Alhamdulillah...dulu pandangan saya kosong..tapi kini pandangan saya penuh dengan keinsafan. Hidup hanya persinggahan, kematian adalah permulaan perjalanan yang abadi. 

Bila melihat kematian di hospital, hati saya tidak pernah tersentuh kerana boleh dikatakan hampir setiap kali menjalani penempatan klinikal, akan ada sahaja kes kematian berlaku.. Hati ku sudah mati kah?? Begitu jugak bila melihat pesakit yang sangat tenat... langsung tak ada perasaan untuk mendalami bagaimana kesakitan yang pesakit itu alami. Nak cucuk orang, selamba je cucuk... Nak cuci luka kudis kat kaki yang buruk pulak, selamba je tenyeh-tenyeh buang sel mati... Tak ada fikir pun orang tu tengah kesakitan. (anda jangan takut  untuk menerima rawatan dari saya pulak, saya akan memberi nasihat bagaimana untuk mengurangkan kesakitan ok =D janji!!)

Namun...... T___T bila melihat pesakit yang terbaring menggunakan mesin bantuan pernafasan itu adalah insan yang sedarah dengan saya, hati saya menjadi lembut, selembut-lembutnya!! Alhamdulillah.... rupanya hati ini masih lagi hidup. Bila saya mengucapkan syahadat di telinganya, air mata saya mengalir semakin laju. Bila saya membacakan Yassin kepadanya, pengharapan saya adalah kepada Allah sahaja. Hanya Dia yang menentukan apa yang terbaik kepada insan yang saya sayangi. Setiap alunan bait doa saya berlagu sebuah penyerahan, hidup dan mati adalah ketentuan Dia. Seandainya kematian adalah baik untuknya, berikanlah kekuatan kepadanya untuk melawan apa yang telah Engkau tetapkan dan ringankanlah dugaan itu agar  bebanan tersebut boleh digalasnya. Tapi.. andainya kematian itu adalah yang terbaik untuk dia, Engkau segerakanlah kematiannya agar dia tidak menanggung kesakitan itu terlalu lama. 

Keajaiban... ya, sungguh itu yang terjadi. Bagaimana lagi mata saya akan tertutup untuk melihat bukti kekuasanNYA bila melihat tekanan darah serendah 45/30mmHg boleh naik sehingga 112/50mmHg apabila telinganya mendengar alunan Yassin yang saya lontarkan dan kalimah syahadah yang diucap oleh ayahnya. Sungguh, itu adalah sesuatu yang tidak saya duga. Saya sendiri keluar dan bertanya kepada kakak misi disitu, adakah dia masih boleh diselamatkan. Ternyata akak misi juga terkejut tetapi dia tidak mahu memberi harapan kepada kami. Sesungguhnya kami semua telah redha............... untuk melepaskan dia memulakan perjalan abadi. Insyaallah, kami akan menyusulmu di syurga kelak.

Misi-misi dan sister kat wad general icu hospital sungai buloh memang baik. Thaks a lot!!! Saya tak pernah lagi berhadapan dengan staf seperti mereka. Sister kat situ telah berusaha untuk memastikan kami sekeluarga memahami keadaan arwah sepupu saya. Dia dapat menghidu keberatan hati kami untuk melepaskan arwah dan dengan berat hati dia menyatakan kebenaran bahawa tiada sebarang harapan boleh diberikan. Tetapi tugasnya tidak berahir disitu, dia telah memberikan sokongan kepada kami. Kami dibenarkan berada didalam icu beramai-ramai. Kami diberikan kerusi yang mereka gunakan untuk menulis report. Makanya, kami semua dapat membaca Yassin dengan selesa bagi memudahkan urusan yang sedang dijalani oleh arwah. Budi yang baik akan dikenang~~

Dia telah pergi.... Ya, seorang demi seorang saudara saya telah pergi. Pemergianya menjadi bukti bahawa usia muda bukanlah jaminan untuk menjauhi bilik seluas 6x3x5 (anggaran bilik saya, bilik anda??) Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang soleh-solehin. Al Fatihah untuknya..

Biarkan hidup menjadi baja
yang akan menyuburkan taman di syurga
Biarkan keyboard berbicara

Thursday, May 20, 2010

duri di hari

Assalamualaikum

Sekarang saya sudah habis exam bertulis.. Alhamdulillah. Yeay!! saya bersorak keriangan seperti riang-riang beterbangan. Namun.... masih belum cukup bebas untuk terbang ke sana dan ke sini kerana running assessment dan thesis masih belum seleasai.Aish! sungguh tak sabar nak menghabiskan semua itu. 

Alkisah.... hari ni merupakan hari malang buat saya =( urm... sedih sungguh bunyi nya kan. Boleh dikatakan semua benda yang saya buat akan menemui satu titik buntu yang membawa kepada kekucar-kaciran. =(

Ia bermula seawal pagi lagi...dimana saya tidak dapat menikmati secawan kopi kegemaran..uhuk uhuk uhuk. Tak ada tenaga sungguh pagi itu. Kemudian, menapak ke dalam dewan exam pada jam 9 pagi... belum pun selesai menjawab soalan, saluran pencernaan mula memainkan irama sumbang yang tak disenangi. ya! peristalsis otot lembut telah berlaku dengan mengila-gila. Nasib baik hanya didengari oleh tuan punya badan sahaja. Kalau tak, malu I tau..

Disebabkan hal itu, saya telah menjawab kesemua soalan dengan cepat dan keluar dengan cepat juga. apa lagi, menuju ke kantin la jawabnya.... Tapi...... sungguh sedih untuk diceritakan... saya telah membeli semangkuk mi kari yang terover masin.. sudahlah diriku bukan pengemar garam.. sekali dapat makanan masin pulak dah =((( kuciwa sungguh rasa hati ini. makcik dapat garam free ke??? hukhuk 

Ok2.. itu dah jadi dua hal. Hal ketiga pulak adalah... 5 orang driver teksi telah mereject saya sebagai passenger yang precious pada petang yang mulia ini gara-gara saya ingin ke hentian putra. argh... ada aku kisah???? (padahal kisah sangat.... saya nak cepat-cepat pergi stesen bas, ditambah dengan kerisauan meilihat langit menjadi hitam) Nasib baik pakcik ke enam bersimpati nak menghantar saya. Terima kasih pakcik... Saya berdoa agar pakcik sekeluarga mendapat rezeki yang melimpah-ruah.. amin.

Sampai sahaja di terminal putra... beg pulak buat hal. Tayar dia tercabut sebab beg tu diberati dengan ilmu yang banyak dan berlebihan. nah, lihat anda-anda sekalian.. beg saya berilmu tau =P (sebab saya isi dalam dia dengan buku-buku tebal) Makanya.... instead of dragging, saya terpaksa mengangkat ilmu-ilmu tersebut. Berat woooooo... adalah dekat 30 kilo kot (anggaran yang melampau-lampau). Tapi..apa yang pasti, tangan saya dah terketar-ketar seperti Huntington patient pulak..eh tak, essential tremor je. 

Ok... itu adalah hal saya. Kemudian saya mendapat perkhabaran bahawa sepupu saya tengah tak stabil dan ditahan di dalam wad di Hospital Sungai Buloh T.T wisau yang amat... (saya mendoakan agar keadaanya cepat pulih.. anda2 semua, tolong doakan dia jugak ya, Semoga dia kuat menjalani ujian kesakitan itu.. amin) 

Makanya, saya mengambil keputusan nak pergi tengok dia.. so, pada pukul 6.30pm, saya memulakan perjalan dengan mununggu train dari putra untuk ke sungai buluh. Train datang pukul 7.18pm... (beginilah nasib public transport Malaysia) kemudian nak dipanjangkan cerita lagi, saya telah tersalah naik train.. sepatutnya naik ke rawang, tapi saya pergi naik untuk ke sentul waaaaaaa terpaksa menunggu di sentul selama=lamanya. Ok, tipu.. ada la dalam 15-20 minit..lama oooooooo busan menunggu.

Ok...akhirnya saya berpatah balik ke hentian putra dan menemani adik disana. Sebelum dia naik bas, saya telah berpesan supaya dia membaiki beg yang rosak tadi. Paku ke, hapa ke.. buat lah gane-gane pun. adoi... betul-betul dah mental block time tuh. terasa nak menangis pun ada jugak.

Ok2.. cerita berakhir disitukah? apa yang berlaku kemudian? Kemudian???? Kemudian saya pulang ke rumah. Kemudian saya meng-up-date blog. Kemudian saya bermuhasabah diri. Kemudian saya terasa ingin menangis. Sesungguhnya saya sedang diuji dengan ujian yang kecik... sungguhpun kecik tetapi bertimpa-timpa. Ya Allah.. tabahkanlah hati hambaMU ini.. Tarbiyah diri dengan sifat sabar..jangan mengelabah, jangan putus asa, jangan cepat berfikiran negatif.. Ok, Saya tidak akan terperap sahaja di dalam rumah walaupun banyak peristiwa buruk berlaku apabila saya menapak keluar dari rumah. Insyaallah... esok akan menjadi lebih baik daripada hari ini. (esok nak pergi menziarahi sepupu saya.. doakan saya selamat sampai ke sana)


Pengajaran yang boleh dikutip hari ini:
  1. Anda memerlukan sekurang-kurangnya satu jam untuk ke destinsai yang ingin dituju jika memilih untuk menggunakan komuter...( walaupun selang satu stesyen sahaja)
  2. Air dicincang tidak akan putus
  3. Jangan menolak apabila ada orang memohon pertolongan anda
  4. Lihatlah pada sisi positif apabila ditimpa ujian. (Tengah2 exhausted pun boleh berblog lagi, positif sungguh ni)


Saya ingin tidur
Jangan biarkan diri terbiasa dengan kesenangan
Bila kesusahan melanda, anda aka gagal
(tak tahu ada kena mengena ke tak... tapi teringin nak tulis jugak =P)

Tuesday, May 18, 2010

paranoid

Assalamualaikum


Exam uh exam..... apalah yang hebat sangat dengan exam nih? Bila tiba je time ni, simptom-simptom pelik akan berlakau. Debaralitis dan perangai poya-poya makin menjadi. Contohnya, lihat sahaja sekarang.... sepatutnya waktu ni saya mengikat rambut tinggi-tinggi, kemudian membuat secawan teh panas dan membuka buku-buku management. Study hard konon la.. TAPI.... =S apa yang saya sedang buat? Hahahahahah.... saya meng-up-date blog ini. =P

Ok2... nak bercerita kehebatan exam sebenarnya nih. Bila exam tiba, paranoid akan segera datang. Paranoid ni memang tak dapat nak elakkan lah. Menapak ke dewan exam, saya membawa 7 batang pen. nah, lihat la anda2 sekalian.... tujuh tu.. Padahal kat dalam exam, saya cuma menggunakan sebatang pen sahaja. Alasan yang paling logik boleh saya berikan adalah bimbang kehabisan dakwat. itu baru satu alasan , alasan kedua; bimbang kalau pen terjatuh.. nanti tak payah la menyusahkan pengawas nak tunduk ambikkan... manakala alasan ketiga pula adalah... boleh membantu kawan-kawan.. mana lah tahu kan, kalau ada orang yang kehilangan pen atau lupa bawak pen. Meh la pinjam dari saya. Saya rela memberikan =D alasan keempat pulak?? hah, anda tolong fikrkan lah.. Saya mahu study lor =P... esok exam nih. selamat berjaya untuk semua orang dan diri saya =D

wassalam
Biarkan Keyboard Berbicara 
=D




Monday, May 17, 2010

galeri soalan

Assalamualaikum buat anda semua




Entri kali ini bercirikan bank soalan.. khas untuk junior2 saya. Dengan kata lain, sebagai panduan untuk menspot soalan exam la nih. Tidakkah anda merasa bertuah memiliki senior yang baik seperti akak ini, bersusah payah payah meng-up-date blog sebaik sahaja pulang daripada perjuangan di dalam dewan exam? aceh ceh...... sesi memuji diri harus ditamatkan kerana bimbang riak melebih-lebih sehingga merosakkan amal kebaikan yang dilakukan.  harap maklum. Ok2... jom la kongsi.

Law & Ethic (FFFJ 4222)

Itulah subjek yang baru sahaja lepas. Terdapat empat soalan yang telah dikemukakan. Soalan 1&2 adalah khas untuk ethic manakala soalan 3&4 pula untuk law. Ok.... saya bagi secara brief je la ek.. untuk detail2, terlupa sudah.

ethic...
Bagi ethic, soalan pertama adalah mengenai elemen pertama dalam prinsipal ethic yang diperkenalkan oleh Thirox, iaitu value of life. Soalan tu minta anda menjelaskan mengenai bagaimana konsep ini dapat memberi kesan kepada seseorang dalam kes euthanasia an abortion. hah, apa lagi, sediakan kuali dan goreng la masak-masak sebab slide yang Prof ajar mengenai perkara ini hanyalah sebanyak 2 keping sahaja. Creative and critical thinking is necessary lor! 10 markah ya..harap maklum wahai anda sekalian.

Ok2... itu baru soalan satu, soalan 2 pulak amat mengerikan sebab membawa kepada markah yang banyak - 20 markah adik-adikku! berbaloi dengan markah dia, maka soalan yang ditanya jugak adalah berjela-jela.. adalah tiga perempat muka surat. Prof bagi situasi kat sini... situasi dia macam ni tau:

Ada seorang staf nurse nih, dia dah 10 tahun kerja kat wad. Kebelakangan ni dia asyik datang lambat dan pakai baju comot. Satu hari tu, dia tersalah bagi ubat kat pt... Nak jadi cerita, nasib baik la ubat vitamin jek.. kalu tak mesti dah kena tempah katil icu atau masuk bilik mayat (nauzubillah). Kemudian, sebagai rakan kepada staf ni, anda pun cubalah bertanya apa yang terjadi sebenarnya.

Dia pun bukak la cerita sebenar.. Suami dia nih dah hilang daripada rumah selama 2 bulan.. makanya tinggallah dia ni dengan anak-anak yang masih kecik kat rumah... Kesian dia tau... gaji dia tak cukup untuk menampung semua keperluan anak-anak dan diri sendiri...tambahan lagi, ada pemiutang menelefon dia dan ugut akan bunuh suaminya kalau hutang tak dilunaskan. Dia menjadi tertekan dan mengaku terpaksa mengambil ubat tidur serta stimulant pada siang hari bagi membolehkan dia bekerja. Disebabkan dia dah tercerita kat anda, maka dia merayu agar anda tak mengadu kat bahagian pengurusan... bimbang nanti kena buang kerja pulak..... anak-anak sapa nak bagi makan kan... 

Makanya... soalan daripada situasi itu adalah..... Apakah tindakan yang akan diambil oleh anda bagi memastikan keselamatan pesakit terjamin serta apa-apa yang bekaitan pesakit dilakukan dengan betul. hah... itulah dia soalan untuk ethic. Agak mencabar jugakla walaupun boleh main goreng2 macam sayur kacang.. sedap jugak kan.

Ok..yang ni law ya
Soalan dia memang straight je... Soalan satu berbunyi: Senaraikan elemen yang perlu dibuktikan oleh pesakit jika dia nak memfailkan kes saman mengenai negligence terhadap staff nurse. Kemudian bincangkan secara ringkas mengenai element tersebut.. 10 markah ye adik-adik

Soalan kedua pulak lagi simple. Bincangkan informed consent.... seceot je kan.. haha.... jugak 10 markah ya adik-adik... urm... itulah pengisian aka setakat nih~~ harap dapat membantu ya =D


Biarkan Keyboard Berbicara 
=D


Sunday, May 16, 2010

o'oooo... exam lagi kah?

Assalamualaikum w.b.t dan selawat serta salam ke atas nabi junjungan Muhammad s.w.t
Saya mendoakan ketenangan hati serta kelapangan dalam semua urusan kepada pengunjung yang datang, serta seluruh umat Islam diseluruh dunia. 

Alkisahnya exam pertama telah pun selamat dilalui. Alhamdulillah.. Satu cabaran telah berjaya dilepasi, masih ada lagi 6 cabaran yang harus ditempuhi...bukan sunat, tapi harus. heheh... (bermain dengan istilah pulak budak ni) aiyok!!! masih ada 6 exam lagi, sungguh menyeksakan emosi, rohani, mustafa, fariz dan fizikal. ops!!! apahal pulak nak libatkan nama2 manusia nih? hukhuk =S Saya sengaja meletakkan  ma, ayah dan buah hati sebab dowang memang tengah terseksa dengan perangai saya sekarang ni. Apa taknye... dengan mak ayah, dah jadi manja semacam,nak benda ni, nak benda tuh (padahal tahu benda tu menyusahkan dan tak logik) dengan buah hati pulak dah jadi sangat cerewet. sket2 nak marah..sket2 nak majuk, pantang salah cakap sket, ngamok la jawabnya. adois!!! penangan exam dan ketidak-stabilan hormon.


Sebut pasal exam nih, saya akan terbayangkan cuti.. macam aur dan tebing, lautan dan daratan, tombol dan pintu serta laptop dan keyboard, cuti dan exam tak boleh dipisahkan. Selepas exam, kita akan bercuti ya kawan-kawan..ingat.. CUTI =D tak sabar sungguh menanti berakhirnya exam. Saya mahu cuti.. mahu tenangkan hati, mahu rehat, mahu merancang kehidupan selepas cuti dan memikirkan bagaimana  untuk menambah duit poket sepanjang bergelar status home freelancer (tak mahu sebut penganggur, saya yakin bahawa saya akan menjadi pembantu rumahtangga tak bertauliah, tetap ada kerja kan kan kan?)


Exam uh exam.. Kisah exam ni memang tak akan habis selagi saya dan anda2 suma bergelar pelajar.. Kalau dah kerja mesti dah tak ada exam kan.. (melainkan jika anda bekerja dengan kerajaan dan terpaksa mengambil ujian PTK bagi membolehkan gaji anda menaik) exam........pastinya akan melahirkan satu situasi iaitu
.
.
.
.
.

Kesusahan... tapi,  kesusahan mentarbiyah jiwa (sungguh baik bunyinya kan)

Alhamdulillah... kesyukuran yang tak terhingga saya panjatkan kepada Allah.. Dia telah melembutkan hati yang semakin hari semakin mengeras ni. Dia juga telah membuka mata saya untuk melihat rahsia disebalik apa yang telah diaturkanNYA. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar. takbir memuji kebasaran Allah. Di saat-saat kesempitan ni, Allah telah memberi peluang kepada saya untuk semakin rapat dengan Dia, mengadu, merintih dan berharap kepadaNYA.. 

Indahnya konsep tawakkal yang telah diajarkan oleh nabi. Berusaha dan menyerah kepada Allah. Kalau berusaha tanpa berserah, itu obsessi namanya. Kalau berserah tanpa berusaha pulak, itu adalah bodoh namanya. huhu... Makanya, marilah kita sama-sama tawakkal ya kawan-kawan. Selamat maju jaya.. study smart, study hard and don't ever forget this, doa =D jangan doa untuk diri sendiri je, doakan saya sekali tau.. eh... jangan lupa jugak untuk kawan2 yang lain ok?


Ok2... masa untuk belajar pulak. 
Tarbiyah mendidik jiwa
Biarkan keyboard berbicara
=D

Sunday, May 9, 2010

kelalaianku

Assalamualaikum




Semakin hari semakin sayang.. ok2, dun jiwang2 here plz. Sebenarnya nak menyebut ayat ni.. SEMAKIN HARI SEMAKIN HAMPIR. Masyaallah.. masa adalah makluk Allah  yang taat. Tidak pernah tahu penat untuk bergerak. Asyik berjalan dan berjalan je. Seram pulak terasa bila menghitung masa nih.

Semakin dekat dengan  13 hb nih, semakin banyak pulak distraction. aduish!!!! Exam pertama yang bakal membuatkan sel neuron pada otak bekerja keras untuk mengerakkan tangan bagi mempamerkan skill yang tersembunyi adalah osce. Apalah yang keluar ni hah?? ada klu tak? 

Sepatutnya isnin ni ada mock osce.. Makanya, saya pun bergumbira kerana peluang untuk menghidu prosedur yang bakal masuk real osce adalah sangat tinggi. Namun.... langit tak selalu cerah.. Bila mendengar guruh dilangit, air ditempayan jangan dicurah. Ok2.. itulah perumpamaan yang boleh saya bagi. Mock osce dibatalkan.. ia cuma diganti dengan satu sesi taklimat sahaja. Aish!! kecewa.. 

Ok.. jangan kecewa lebih2 jijah. pergi study cepat. Berpoya-poya je nih.. apa la.. huk huk huk... Ku mahu belajar, tapi ku risau. Risau pasal research.. nak baca buku, ingta research. Nak baca note, ingat research. Tapi.. pelik jugak bila nak tidur, langsung tak ingta apa-ape. Astagfirullah... kelalaian yang nyata nih.


Semakin hampir nak exam, semakin ramai setan datang. Merasuk-rasuk suruh tidur, sms, chatting, tengok movie, main spider, berangan.. Ya Allah.. bantulah hambaMU ini. Jauhilah bisikan-bisikan syaitan itu dari telingaku.. 


Ok2..saya nak study.. Lupakan game, lupa kan punca kelalaian. OK~~~ mula sekarang.. good bye semua. titik...

Friday, May 7, 2010

hijau itu ayu

Assalamualaikum


Anda semua nak tahu satu fakta tak? Hijau itu ayu. Mengapa ya????  Ok2.. seperti biasa, saya tak akan berteka-teki. Sebenarnya saya baru mengetahui nama kuih hijau berkelapa yang selalu dibeli ini rupanya bernama putu ayu. Terima kasih tak terhingga kepada kak Mas dan Hani.. tanpa mereka, pastilah saya masih memanggil kuih itu sebagai kuih hijau, Adoi.. gini la budak-budak zaman sekarang. Tak kenal dah nama kuih tempatan. Kalau tart, pizza, pai, kek.. semua kenal kan. Aish.. boleh kena reject kalau masuk program gadis melayu nih. uhuk uhuk uhuk. (Takpe...Biar direject Gadis Melayu, asalkan tak direject Pengacara Jemputan Nona. (Sumpah, saya telah terinspirasi oleh Datin Nurjuma =P)






kuih hijau taruk kelapa, itu dulu.. sekarang dah tau nama.

Tak sangka la pulak kan.. Macam2 jenis putu ada kat Malaysia nih. Nak try senaraikanlah...

  1. Putu Mayam? ok, saya tak gemar sebab rasa dia tak memenuhi selera. 
  2. Putu Beras? hah..yang ni saya suka sangat masa zaman budak2. Ada macam2 bentuk dan kaler. Paling tak boleh lupa bentuk pistol dan kereta. Selalu berlakon tembak2 dengan adik2 kalau makan kuih ni. Paling best kalau mak beli bentuk bulat, sebab ada guli kat tengah dia. Nape ntah suka sangat simpan guli masa kecik2 dulu..tak paham.
  3. Putu ubi? ok, first time jumpa kat Pasar Malam To' Uban sewaktu berusia 16 tahun. Dibuat daripada ubi kayu yang diparut halus dan dikukus bersama kelapa parut serta gula melaka.
  4. Putu Ayu?  hijau yang ayu.


Biarkan Keyboard Berbicara
=D

perubahan ke ni?

Assalamualaikum

Semenjak dua menjak ni, ada benda yang telah berlaku dalam diri saya. Saya tak pasti, adakah saya suka dengan perkara tersebut. Tapi,,,, apa yang pasti, saya memang sedang cuba beradaptasi dengan perubahan itu. Payah untuk saya jelaskan faktor pemangkin perubahan tersebut.. tak sanggup nak cakap. Takut menjadi sesi mengumpat pulak. Dosa yang paling payah nak terampun tuh.. Kalau Allah ampunkan kita pun, tak semestinya tuan punya badan nak ampunkan kan kan kan... Nak kena cari tuan punya badan pulak, then nak kena mintak maaf serta bagitau apa yang kita dah umpat. Haru biru tuh.  Makanya, meh la kita menghindarkan diri daripada sifat tercela itu, baik mengumpat, ataupun mendengar orang mengumpat. Astagfirullah...istighfar2... (takut mengenangkan diri yang banyak sangat dosa.. janganlah aku dimatikan dengan keadaan yang sarat dengan dosa.. amin)

Ok2, berbalik kepada isu asal.. Bermacam rasa bergabung apabila dikenang perkara-perkara yang membawa kepada perubahan dalam diri saya. Pahit, masam, kelat, masin... semua bergabung dalam satu rencah, khas untuk santapan kehidupan.  Gabungan semua rasa itulah yang melahirkan saya yang sekarang.. Mungkin orang lain tidak tahu apa yang berlaku dalam diri saya.. tapi saya tahu dan saya yang merasainya.. Mungkin jugak ada orang perasan... sebab saya tidak menyembunyikan perubahan itu. Jadi, kepada individu yang pernah terkena dengan 'kemarahan' saya, saya mintak maaf ye.. saya menyesal kerana menuruti nafsu amarah itu..

Dulu saya merupakan seorang yang penyabar, sangat penyabar. Ok, minta maaf kalau ada orang merasakan statement ni berbaur bangga diri... Sumpah, saya tak merasa bangga.. sebab  sekarang sifat itu telah beransur hilang. Saya akan buat muka bila orang sakitkan hati saya, saya akan membebel dan mengeluh bila tahu ada benda tak menyenangkan berlaku, saya akan mengutuk dalam hati bila orang buat sesuatu yang menjengkelkan hati dan saya akan bad mood bila kena perli. Adoi... pada suatu masa dahulu,,, benda2 tu saya bakul sampahkan je.. Saya segera memaafkan orang2 yang menyakitkan hati saya.. Indahnya masa lalu T_______T tenangnya hidup itu. 

Astagfirullah.. bagaimana saya nak kutip balik nilai semurni itu? =(( Saya ingin menjadi penyabar dan lembut seperti Abu Bakar, namun saya juga ingin menjadi setegas Umar.. argh... senang cerita, saya nak jadi seperti dua insan mulia ini. Terlalu obseskah diri ini? =(( mengharap kesempurnaan walaupun sedia maklum, tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Sedangkan Rasullullah sendiri tidak sempurna (tapi perlu diingat, Nabi bersifat maksum, satu sifat yang menghampiri kesempurnaan)... layakkah saya menjadi sempurna?? layakkah saya? tapi.. (alahai, banyak pulak tapi ni), tak salah mencari kesempurnaan kan. Ok2.. sebenarnya nak tegaskan bahawa, mencari kesempurnaan itu tidak salah.. tetapi jangan kecewa kalau tak dapat menjadi sempurna. Ok, kembali senyum =D

Hati ini selalu berbolak-balik.. Saya memohon agar ditetapkan hati ini kepada satu jalan, Jalan yang menuju ke arah redha Allah. Bukankah seharusnya itulah prinsip yang perlu ditanam.. Hidup untuk mencari keredhaanNya..  Alhamdulillah. Allah merencanakan semua ini bagi saya kerana Dia sayangkan saya.. saya dapat rasakan kasihNYA... Dia mengajar saya menjadi tabah, Dia mahu saya belajar untuk berhadapan dengan dunia akhir zaman ini.. dunia yang penuh dengan tipu muslihat. 


Konflik dalam diri semakin banyak
Wajar ke saya mencari identiti yang lain? 


Wednesday, May 5, 2010

kenangan oh kenangan

Assalamualaikum


Semalam telah pergi. Hari ini juga bakal pergi.. hari esok? Insyaallah.. jika Dia mengizinkan maka esok akan sentiasa menunggu kita. Apa yang kita bawakkan untuk esok? Ok2.. cepat bagi jawapan. 

Jawapan saya adalah kenangan. heheheh...gaya cakap macam nak bertazkirah kan.. rupanya nak cakap pasal kenangan. Hari-hari dalam hidup kita adalah kenangan (memetik kata-kata cik azu), dan setiap kenangan yang indah harus dihargai.. Makanya.. meh la nak mencoretan antara kenangan-kenangan terakhir di Cheras.

Kat sini, ada sebuah tasik..yang besar dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Tasik itu bernama Taman Tasik Permaisuri. Ia pernah dijadikan lokasi Garden Weeding Erra-Yusry suatu ketika dahulu. Tapi... saya tak sempat pergi sebab waktu tu saya masih berada di matrik Kedah. Kalau tak... jangan harap la nak lepaskan peluang makan-makan free nih =P

Ok..meh la kita menuju ke point utama. Sebenarnya cerita di sebalik tasik tu yang ingin dikongsikan.. Kat sana banyak sangat kenangan indah dengan kekawan. Sama-sama keluar bersenam, kadang-kadang lepaskan  tension, kadang-kadang semata-mata nak makan sengkuang dan kadang-kadang sebab nak buang masa =P. Cakap banyak pun tak guna, meh kita tengok gambar.

sambil berangan berada di oversea bersama housemates

kereta oldskol dan ex-roomates matrik kedah

aktiviti kat tasik masa modul elektif, bertiga je sebab wawa dan zul posting kat UK

kenangan bersama..mekar selamanya. Insyaallah... semoga kita semua bertemu lagi.. Saya sudah mula membayangkan perpisahan, membayangkan apa yang bakal dilalui hari esok sehingga tiba saat perpisahan kita.. hanya tinggal sebulan je lagi untuk kita bersama seperti ini.. Saya akan merindui kawan-kawan di UKM.. uhuk. Lepas ni, semua orang akan membawa haluan sendiri........ uhuk uhuk uhuk (lagi dan lagi uhuk uhuk)



Biarkan Keyboard Berbicara




Monday, May 3, 2010

aku seorang kartun

Assalamualaikum


Kali pertama muka saya dikartunkan.. terasa seperti sedang membintangi majalah ujang pulak. Dapatkah anda mencari dimana saya? Sesungguhnya saya sedang tersipu-sipu malu dibelakang sana. Ok2, bagi memudahkan kerja anda, meh saya bagi klu gambar.


Ok, saya yakin anda sudah dapat jumpa kan.. Sama tak? sebijik sejibang dia lukis... tudung kaler pink, anak tudung yang obvious, spek.. pendek kata.. perfect la cara dia lukis.. Pandai pulak tu dia bayangkan dagu saya macam mana (nampak tak, saya tutup dagu dengan tangan). Nasib baik tak nampak parut bawah dagu, kalau tak... mesti ada dagu terbelah kat situ..  Cumanya........ =(( gambar kartun saya macam mak cik lor! fine... baru saya sedar bahawa wajah saya ni matang rupanya (ayat penyedap hati)

Beruntungnya saya berada di barisan belakang.. Tak nampak la kebesaran kepala macam orang kat barisan depan.. heheh..Itulah uniknya karikatur.. kepala besar, badan kecik. Lagi sekali ulang.. Untungnya berada di belakang, Kepala yang cantik.. hehe =P  (perasan macam gambar wanita koperat pun ada jugak nih =P)

Gabar ni dilukis oleh Jack Tenggiling (ada nama dia kat bawah sekali tuh).. Orang ni berniaga kat Pasar Seni, KL.. upah untuk satu kepala pulak adalah RM 20.. so, kalau ada 17 kepala macam kat atas ni, anda kiralah sendiri berapa... anda bijak matematik kan.. sebab tu saya suruh anda kira sendiri... hehehe. Makanya, sape2 yang berminta, silalah buat tempahan.. bukan pada saya, tapi pada si pelukis tu.. Saje buat promosi kat sini =P

Bagi sape2 yang berminat.. saya nak bagi nasihat ni. Berilah gambar yang betul-betul menampakkan wajah anda.. Kalau agak-agak wajah anda iras-iras orang lain kat dalam foto tu, jangan bagi kat pelukis.. Sebab dia akan tiru bulat-bulat foto tuh.. Hasilnya.. lihatlah saya. Macam makcik.. huwah!!

Terima kasih kepada Cik Salwa kerana telah bersusah payah ke Central Market untuk menempah gambar ni. Kalau Sal tak tempah, makanya tak dapat nak merasa jadi kartun. Harap-harap lepas ni Les Copaque tergerak hati nak amek saya jadi watak tambahan dalah siri kartun terkenal Malaysia, Upin dan Ipin. Manalah tahu, diaorang nak buat watak baru ke kan... silalah hubungi saya =P Gambar dah ada.. tinggal nak reka watak je heheheh.  

Biarkah wajah dikartunkan
Tapi jangan biarkan kehidupan dikartunkan
Biarkan Keyboard Berbicara
=D


Saturday, May 1, 2010

EMO yang baik

Assalamualaikum

Alkisah tiap2 hari saya akan membaca akhbar secara online.. aish! tobat, hari-hari akan ada je berita yang menjengkelkan. Contoh, pelajar mati akibat lari daripada JAIS, pelajar ditembak polis, pelajar terkejut kena buang sekolah, pelajar samun nenek, pelajar buang bayi, pelajar bunuh diri.. alahai.. macam-macam hal la belia zaman sekarang ni. aku pulak yang terEMO nih. 

CETEK AKAL!itu adalah pandangan saya kepada golongan-golongan seperti itu. Ok, fine... jijah.. jangan menghukum orang.. manusia boleh berubah. Kalaulah (cikgu saya cakap monyet dia mati sebab makan buah kalau --> dia tak suka orang menggunakan kalau) suatu hari nanti mereka berubah, pastinye bukan usaha orang yang menghukum mereka.. Sebab, kutukan dan hukuman menyebabkan mereka ni makin down, demotivated untuk berubah. So? nak kena puji macam ni ke? 

Senah oi...mak suka ko ponteng sekolah.. bila cikgu buang sekolah, dapat masuk surat khabar, Kalau bukan sebab ko, tak ada la mak nak merasa kuar gambar kat surat khabar nih. Semua orang kenal mak.. bangga mak ada anak macam ko ni Senah.Jiran-jiran pun jeles tau!

Ok2, itu sudah merepak-repek. Budak-budak belia nih perlukan bimbingan, bukan hukuman. Agar nanti berpeluang menjadi beliau, bukan suspek, atau pun defenden ok. Macam mana nak bimbing? tepuk dada, tanya iman. 

Pagi tadi saya berchatting dengan cikgu kaunselor, saya tanya lah pasal aktiviti semasa sekolah..saya terkejut bila dia cakap sekolah akan menganjurkan program dengan pelajar2 perempuan yang hardcore kat kem Tok Selehor Kelantan. pendekatan baru tuh..

Golongan-golongan sebegini memerlukan bimbingan.. Selalunya mereka akan terus dikeji, dihina dan dihukum tanpa ada yang tampil nak membantu. Tapi... cikgu saya melihat perkara ni dari aspek berlainan. Bila kita bagi perhatian kepada mereka ni, basuh otak bersih-bersih (brain wash) sumbat ilmu agama banyak2.. biar jiwa mereka terisi banyak2.. Insyaallah.. bak kata orang kampung saya lambat bangat akan terjagalah mereka dari alam mimpi itu. 

Kata pepatah ada menyebut Mencegah lebih baik dari mengubati. Makanya, hal ni pun ada prophylaxis jugak.. aceh.. macam nak bagi vaccine pulak kan.. Kalau nak belia yang cemerlang, seharusnya dimulakan dengan pendidikan seawal alam rahim sehinggalah mati.. So, adakah anda nampak apa yang saya cuba sampaikan? Ibu bapa!! So, kepada bakal-bakal mak bapak..persiapkan diri anda. Didiklah anak2 dengan sebaik mungkin. Kalau anak buat salah, janganlah sayang sangat sampai tak sampai hati nak marah atau tegur. Sesekali, kena bertegas jugak..

Banyak sangat dengar kisah mak bapak marah cikgu sebab denda anak. Kalau anak awak tu dah terang-terang ponteng sekolah, buat masalah disiplin, kenapa nak marah cikgu sampai kena buat laporan polis? Kalau dan banyak sangat duit nak saman-saman cikgu, hantar je anak pergi sekolah swasta. Tak payah marah-marah pihak sekolah yang nak mendidik anak awak jadi manusia. 

OPS... lupa pulak.. mereka nak pengadilan.. sebab tu lah nak naik mahkamah.. Tak puas hati anak kena buang sekolah, kena fitnah, kena marah.. ADOI.. Awak tak terfikir ke pengadilan kat akhirat sana? Hak anak-anak untuk dididik menjadi hamba Allah yang taat dan berguna dah diabaikan.. fikir yang itu dulu.. Ini tidak.. sibuk nak fikir saman sekolah,lepas tu dapat duit. Anak tak payah belajar dah.. hidup dengan duit tu jek..(kalau menang lah)

Teringat kisah kat sekolah saya... Masa tingkatan 3, ada seorang pelajar ni sangat suka ponteng sekolah dan buat hal. Mak bapak dia kena panggil dan dia dia beri amaran buang sekolah.. Masa tu, tak ada pulak mak bapak dia marah2 cikgu, siap merayu supaya anak dia ni ditukarkan ke kelas pertama lagi. Alasan? supaya dapat bergaul dengan orang baik-baik dan meningkatkan motivasi untuk belajar. 

Alhamdulillah... pengetua sekolah bersetuju tanpa pening-pening nak fikir graf pencapaian kelas tu turun sebab result budak ni tak bagus.Akhirnya, budak tu masuk kelas dalam kelas saya. Sememangnya perangai budak tu berubah lepas dapat masuk kelas saya.. maklumlah, bergaul dengan budak-budak baik =P Nak ponteng sekolah? jangan harap.. mak bapak hantar sampai dalam sekolah tuh.. (cam sekolah tadika lak kan.. cian dia). Nak ponteng kelas pulak, tak ada geng.. Kan bagus tu... bergaul dengan budak baik. (lagi sekali mention budak baik =P)

Hidup.. adalah untuk mecari keredhaan Allah.. itulah tujuan manusia diciptakan, beribadah kepada Allah dan saling ingat-mengingatkan antara satu sama lain. Makanya... jom lah kita berbaik-baik sangka dan menolong orang-orang yang tengah kealphaan.. Jangan tahu kutuk je.. fikirkan jugak penyelesaian. Jihad tu... =D


Biarkan iman menguasai akal
Biarkan akal menguasai diri
Biarkan keyboard berbicara 
=D