Kalau sakit gigi, tampal koyok, Sakit kepala tampal koyok, sakit hati tampal apa?? tampal la GTN patch.. Insyaallah akan berkurang sakit itu =P bagi sape2 yang nak tau, GTN patch adalah sejenis ubat yang digunakan bagi pesakit yanjg mengalami masalah serangan jantung dan ditampal pada dada bahagian kiri, tempat dimana jantung kita berada. Ia mengandungi glyceryl trinitrate (GTN) yang berfungsi untuk merehatkan dan melebarkan arteri dan juga vena pada salur darah manusia. Jadi, rintangan aliran darah kat tempat yang ditampal tu semakin berkurang, seterusnya mengurangkan kesakitan kepada pesakit.
Namun begitu, fakta tersebut tidak berkait pun dengan tajuk entri saya kali ni... Apa yang saya nak cakap sebenarnya adalah pasal hati sendiri.. Terasa macam terluka yang luka lor! =( namun tak perlu dibimbangi~~ tak ada la luka yang besar, kecik je.. Nanti tertutup luka tu, baiklah perasaan saya.
Buat masa sekarang ni, hati masih lagi terasa pedih sebab kelukaan itu. uhuk uhuk uhuk =( masalah betul bila berlaku perkara yang melibatkan hati da perasaan ni. Walaubagaimanapun, hidup mesti optimis. Masalah tu, tetap masalah, tapi kerja... kenalah jalan.World is a stage of problems.. tak ada orang yang tak pernah ada masalah. Saya pun sama la jugak, jadi, saya kenalah meneruskan hidup macam biasa.
Apa benda masalah tu hah? Ok, meh la nak cerita sket2.. Sebenarnya sekarang ni sedang mengalami krisis dalam sebuah perhubungan yang sangat complicated. Ok, tu sahaja yang mampu cakap sebab hal rumah tak bertangga ni bukanlah manis untuk dikongsi bersama satu dunia kan.. setuju? Walaubagaimanapun, tolong doakan ia akan berjalan dengan lancar...bukan seperti biasa tetapi seperti yang luar biasa sebab kalau biasa asyik dok gaduh jek.
Alhamdulillah saya masih mampu keluar pergi posting dengan hati yang berbunga-bunga.. Harap bunga tadi mampu mekar mengharum dan menjadi penawar menyembuhkan luka tersebut =D Optimis ok, optimis =D
Ok, kat sini nak share sket satu perkara..kalau terluka, jangan disalahkan pisau yang menghiris, tapi salahkan tangan yang mengasah pisau dan handle pisau tuh.. maksud kat sini, jangan salahkan perkara lain.. sebaiknya muhasabah diri dan betulkan apa yang kurang pada diri sendiri. Mungkin cara handle tu salah, ataupun pisau tu tak sepatutnya terlalu tajam.. tapi kalau pisau potong ayam, wajibnye kena tajam, kalau tak, tak lut tulang nanti =D
Jangan harapkan orang berubah untuk kita, tapi kita yang kena sesuaikan diri dengan keadaan seseorang itu dan dalam masa yang sama cuba berubah ke arah yang lebih baik. Tapi kalau kita dah yakin kita memang bagus dan baik, cubalah bantu supaya orang lain berubah jugak.. bukan mengikut sebijik sejiban macam kita, tapi biarlah mengikut acuan yang dia selesa asalkan asasnya tidak lari... ceh.. terasa macam buat kek pulak. tak kisah bentuk apa, asalkan ramuan dia sama.
terasa nak tukar optimis kepada omellette bila sebut pasal kek =P
Biarkan diri bertindak dengan Optimis
Biarkan Keyboard Berbicara
2 comments:
what happened to u my dear??wish u d best!!
happy holiday~~
"kalau terluka, jangan disalahkan pisau yang menghiris, tapi salahkan tangan yang mengasah pisau dan handle pisau"
i like ur words here...=) it's really make me feel a bit relieved. thanks!
Post a Comment