Friday, February 5, 2010

Rush? Nautica?


Tergesa-gesa? 

Ok2, tarik nafas dalam-dalam... 5.. 4.. 3.. 2.. hembus.. Ok, saya nak mula cerita. Alkisahnya sekarang saya sedang posting di Columbia-Asia Extended Care.. itu nama orang putih la.. orang Melayu cakap hospital rawatan lanjut.. orang Cina pulak cakap... sila rujuk kawan2 berbangsa Cina anda.. ehehehe

Ok.. hospital ni terletak di sebelah stesen bas Shah Alam.. Makanya, saya akan melalui lebuh raya persekutuan yang sangat tidak aman dari kereta-kereta yang bermacam-macam jenis dan bentuk.. sungguh kaya orang Malaysia ni.. 


alkisah, saya nak bagitau.. kat atas jalan tu, terdapat banyak sungguh kereta yang menarik perhatian.. tapi... dalam banyak-banyak kereta tu,hati saya tertarik nak tengok kereta jenis 4 wheel drive @ 4WD @ kereta pacuan 4 roda.. tak kisah la apa jenis sekalipun.. seronok tengok.. seronok naik.. nanti boleh buat masuk hutan, redah sungai.. dari kecik lagi berangan nak sebijik pajero. 

TETAPI.. ada sebijik kereta yang bukan 4WD yang menarik minat saya... RUSH.... keluaran dari Toyota Rush ni sungguh la comel pada pandangan mata saya.. jom tengok.. tenung2, lama-lama sikit biar hati terkenang mulut menyebut.cantik sungguh dia nih.. nampak macam 4WD tapi sayang sekali bukan..

mengooglekan gambar dan mengokan mata 


Rush ni ada adik beradik lain yang bernama nautica bukan naughty car ok! Keluaran produa yang mengantikan Kembara.. Rupa-rupanya kereta ni memang rush pun.. cuma diversikan sebagai nautica.. agak comel dan lagi menawan berbanding rush.. tapi... harga dia mahal sikit dari rush... kalau ditanya kereta mana lagi best, saya akan cakap NAUTICA.. saya suka sangat nautica.. tapi sayang sekali.. harganya sangat mahal...mahal sepuluh ribu dari rush wooo... Kalau Rush ada la dalam 80k, so... nautica mesti lah 90k ++ kan..kan best kalau dapat hantaran sebijk nautica =P
Nautica impianku..



Ok.. itu hanyalah impian yang mungkin bukan kosong semata2.. hahah.. doakan nanti saya dapat la merasa pegang stereng nautica atau rush ek.. amin...


Biarkan keyboard Berbicara =D


4 comments:

voonfung said...

oh~~baru saja saya tahu jijah ada lesen memeandu~~hebat lagi bagi jijah mahu bawa kereta besar besar walaupun kecil kecil orangnya~~harap impian kamu tercapai secepat mungkin~~hehe~~

cik misi said...

lesen je la.. nak bawak tu tak seberapa ok la..uhuk... semoga impian saya cepat tercapai.. ehehe =D

Mohammad Fariz said...

klu tak salah... nautica tu 4WD kot...

cik misi said...

betul... awak tak salah sayang. Nautica 4WD..awak nak beli untuk saya ke? =P