Tuesday, January 12, 2010

SPA on line

Seronok sungguh rasanya hari ni.. mengisi borang SPA secara berjemaah kat rumah Kam bucuk hahah, kita panggil bucuk kat kam sebab dengki kat dia. ada ke patut dia  kata kita bucuk kt fb dia. kita wangi tau =P

Alkisah kitowang suma sangat bermotivasi untuk mengisi setelah mendapat kata-kata perangsang dan cetusan semangat dari Kak Mena.. senior yang berjaya mendapat post Jururawat U41. Jumpa kat hospital tahun depan ta kak.. tak sabar nak kerja nih ehehe..

Keadaan skang sangat kritikal. Suma orang dah syahid angkara penat mengisi borang tersebut.. Kam bucuk  dengan jijah wangi je yang masih lagi berjuang kat depan laptop ni =P.Ok2, kita salahkan aplikasi SPA online tuh kerana telah menyebabkan kawan2 saya syahid kat ruang tamu,  tapi pengecualian bagi kak fatin. Dia up sket sebab  syahid kat atas katil una.  ...

penat ke isi borang SPA?


Ya... memang penat sebab nak kena pilih 5 jawatan yang berkaitan. .. saya cuma nak jawatan Jururawat U 41 je, bukan jawatan yang yang tak ada kaitan dengan apa yang saya belajar, patutkah saya isi jawatan2 lain? huk!.. Namun begitu, demi untuk mempastikan kelancaran permohonan itu, makanya saya telah mengisi jawatan Pengajar Jururawat, Pegawai Kawalan Alam Sekitar Sekitar, Pegawai Kesihatan dan Jurusolek B17 hahah yang ni tipu jek.. ntah la, lagi satu saya lupa =P


Lepas tu yang saat paling malas bila masuk bahagian keputusan SPM dan aktiviti koko.. Alamak... terpaksa sekali lagi melalui saat2 mengingati result exam. sudah lupa la... Aktiviti koko pun main campur je kat sekolah dengan universiti. harap2 dia terima. Tak sangka pulak aktiviti koko nak kena isi gak.. ingat dah tak pakai.


Alhamdulillah... saya dah menyelesaikan permohonan SPA dengan jayanya..anda bila lagi? ehehe.. Marilah kita pakat ghamai2 kijo dengan kerajaan Malaysia. Dah ada duit nanti kita wat bussiness pulak ek =P


Biarkan Keyboard Berbicara =D



bakal jururawat

4 comments:

Soleha Adnan said...

ala..saye tiada di dlm gmbr..adekh bermkne sy bukan bakal jururawat??=(

cik misi said...

bermakna kamu bakal pengajar jururawat~~

sebenarnya ia bermakna kamu tak g dinner la tuh. huhuk. Sol~~isi borang spa nanti tau, takot tak leh isi nanti~~

voonfung said...

jijah bila konvo ni??

cik misi said...

Insyaallah konvo bulan 8... tarikh tak tahu lagi, tapi sebelum bulan puasa.. mungkin 4 ogos.. nanti saya akan jadi misi =)