Friday, January 1, 2010

010110 tahun baru


01 01 2100

Bila tengok banyak kali cam best jugak tarikh hari ni kan.. Oleh sebab itu, saya nak abadikan tarikh ni dalam entri saya.. Selamat datang ke tahun 2010.. Dan selamat datang jugak umur ke-23! fuh.. apa? dah nak masuk 23??? biar betol.. terasa macam besar pulak umur tu. ale... adakah ini bermaksud saya sudah tidak boleh berkebudak2an? =(



selamat tinggal 2009

2009 merupakan tahun kenangan. Banyak benda yang terjadi dalam tahun ni, yang pasti membawa kesan yang besar mahupun bakal membawa kesan besar dalam hidup saya. err.. apakah maksud saya? heeee.. ada lah.

first untuk dikenang adalah pada 31 januari 2009, ada ehem2 yang telah menjadikan dirinya sebagai sebahagian dari kehidupan saya. Ok, tak nak cite lebih2 dah pasal ehem2 ni. 2 baris pun cukuplah kan.. eheeeeee =P



lagi?? 10 - 12 ogos 2009, 1st Asia Pacific Nursing Students Conference.. tak akan saya lupakan tarikh itu sebab banyak sangat perkara yang terjadi untuk menjadikan konferen ini sesuatu yang real. Pertama kali jadi setiausaha, untuk program bertaraf antarabangsa pulak tu... sangat mencabar.. Konflik, suka, duka, banyak sangat yang terjadi... tarikh asal terpaksa ditunda sampai 2 kali dan sampai kali ke-3, akhirnya.... Alhamdulillah.. berjaya jugak.

orang2 kuat APNSC




apa lagi yek?? urm... tak ingat tarikh la.... tapi ingat apa yang terjadi..nak wat list la..
  1. Buat pertama kalinya result exam dapat above 3.5 pada tahun 4 sem 1
  2. Buat pertama kalinya dapat A untuk klinikal.. time tu modul emergency, tak sangka murah rezeki walaupun subjek yang tak berapa nak gemar Alhamdulillah..
  3. Setelah bertahun2 rumah saya tak ada pets, akhirnya mak saya berkenan membenarkan adik2 saya membela kucing.. kucing tu ada 3 ekor anak yang cute tapi malangnya sekor dah mati.. Windu..
  4. Berjalan2 secara percuma di Kuala Lumpur.. sonoknye
  5. Belajar menggunakan perkhidmatan bas di KL
  6. Memiliki sebuah kamera.. semestinya dibeli sendiri.. tak ada owg nak sponsor..
  7. malas nak pikir dah....... heheheh


OK2... kembali ke tahun 2010

Setiap kali tiba tahun baru mesti orang akan buat azam kan... Bagus2... ada matlamat dan arah tuju.. tak macam saya.. tak pernah nak set azam secara spesifik. Selalu mengeneralisasikan azam dan matlamat..

Saya nak sentiasa meningkatkan pencapaian diri.. Sentiasa nak jadi yang sederhana.. tak nak baik sangat.. sebab saya tak mampu jadi terlalu baik.. tapi Insyaallah tengah mencuba dan tak nak jadi terlalu jahat.. jAhat sket2 tak apa kan =P

tapi kan..secara spesifik, saya nak naikkan berat badan kepada 45Kg.. harap2 tahun ni berjaya la ya! tolong doa2kan. cukup 40 orang doakan naik lah berat saya.. ameen

Ok, ini harapan saya di final sem... saya harap projek penyelidikan saya berjalan dengan lancar.. harap2 tak ada masalah yang tak dapat diselesaikan.. mudah2an jalan saya dipermudahkan..


One more.. tahun ni saya akan melangkah ke alam pekerjaan... Insyaallah.. harap2 jururawat U41 akan menjadi milik saya.. besar harapan untuk mendukung jawatan tu.


Ok... sekian cerita 010110.
jumpe lagi ye




Biarkan Keyboard Berbicara =D

2 comments:

voonfung said...

semoga berjaya dalam pelajaran dan bakal dalam pekerjaaan nanti~~saya juga doakan untuk kamu~~berusaha dengan sungguh ya~~harap nanti sudah bekerja tidak lupa nak update blog ini ~~harap harap lah~~

cik misi said...

Insyaallah.. Blogging merupakan terapi minda saya =P Seronok dapat menulis... dan lagi seronok bila ada orang baca. TQ lee.. for you too, semoga berjaya. Mulakan langkah baru tahun ni.. kuatkan semangat, fight the illness, build new life. you can do it.