Monday, November 23, 2009
Characteristics of successful adult
Bermula dari alam roh, kemudian alam rahim, selepas itu singgah sebentar di dunia yang sementara sehingga tibanya saat pengakhiran hayat di dunia. Selepas kematian pula kita akan mengalami alam kubur dan kemudian ke alam akhirat yang kekal abadi.. Subhanallah... Maha Suci Allah yang menetapkan perjalan manusia.. Hanya dia yang tahu apa yang telah di aturkanNya untuk kita.
Sejauh mana persiapan yang dah dibuat untuk menepuhi alam abadi? urm... susah saya nak cakap.. terasa diri masih belum bersedia untuk ke sana.. dosa dan maksiat sukar untuk dielakkan.. astaghfirullah.. Taubat, itu yang harus selalu dilazimi bila diri terleka dan lalai dalam rimbunan nikmat dunia yang sementara. Hidup saya adalah untuk dunia dan akhirat..Tapi bekalan di dunia belum tentu cukup untuk menjamin kesejahteraan di sana kelak.. Hanya redha Allah yang mampu membantu...
Ok, berbalik kepada tajuk yang tertera tadi... Sewaktu saya mengulangkaji bagi subjek psikiatrik, saya terjumpa satu fakta yang best. Fakta ni berkait dengan dengan kehidupan kita di alam dunia nih.. baca dan cuba wat perbandingan dengan diri sendiri ok.
CHARECTERISTICS OF A SUCCESSFUL ADULT ARE:
1. Accept self
terima diri anda dengan apa yang anda ada.. Alhamdulillah.. saya menerima apa yang kurang pada diri saya dan jika ada peluang saya akan mempertingkatkan nya. Tapi.. kalau tak dapat nak baiki.. saya tak putus asa..Allah lebih tau apa yang baik untuk saya..
2. ESTABLISHES PRIORITIES
betol2... orang yang berjaya selalunya tahu cara nak pentingkan mana yang penting..
3. SETS REALISTIC GOALS AND EXPECTATION
macam belajar buat CBT pulak.. yang ni pun sangat la betul. Kebanyakkan orang suka meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada sesuatu dan tidak tahu cara untuk besederhana.. Islam menganjurkan supaya besederhana agar kalau suatu hari nanti kita tidak dapat apa yang diingini, kita tidak akan patah semangat..Insyaallah nanti akan terbuka peluang lain untuk kita... lagi satu perkara best untuk dikongsi.. tiada hukum di dunia yang mengatakan apabila kita gagal, maka kehidupan kita berakhir.. ala... macam hukum graviti tu... kalau kita lepaskan barang, barang tu akan jatuh ke bawah..pasti! tapi tidak bagi kegagalan.. tak ada bukti yang kukuh untuk menyokong.
4. LEARNS FROM PAST EXPERIENCES
kata pujangga... masa yang lepas adalah guru paling berguna. Jadi, apa yang telah terjadi harus dan wajib direnungkan dan dijadikan panduan untuk hari mendatang. Muhasabah diri...
5. FUNCTIONS IN STRESSFUL CIRCUMSTANCES
baik... untuk yang ni pulak, apa yang saya dapat komen adalah; jangan biarkan diri dipengaruhi emosi.. Tidak salah untuk merasa sedih marah ataupun apa2 perasaan lagi kerana itu menunjukkan kita adalah manusia, kita harus mempunyai emosi yang selari dengan apa yang dialami. tetapi, jangan biarkan perasaan itu membuatkan diri kita berhenti dari melakukan tugasan yang diamanahkan.. kehidupan didunia adalah amanah tuhan kepada kita, tidak wajar kita mensia-siakannya. Jika kita pernah terlanjur dalam tindakan, ingatlah kembali jalan untuk pulang. Jika kita tidak mampu kembali kepada keadaan asal, binalah susana baru.. yang mungkin lebih baik dari sebelum ini.
6. HAS ACHIEVED EMOTIONAL CONTROL
Ok.. yang ni pulak rasanya semua orang pun tahu kan.. Kanak-kanak tidak tahu untuk mengawal emosi kerana perkembangan kognitif mereka belum mencapai tahap macam kita. So, kita yang sudah dewasa ni mestilah pandai mengawal emosi.. ale.. yang macam point kat atas tadi lor!
urm... masih ada 7 ciri lagi... tapi disebabkan post ni dah sangat panjang, maka saya mengumumkan untuk menangguh dulu entri kali ini... nanti ada masa saya tuliskan lagi.
Exam statistik dah lepas.. suka sangat =D
Biarkan Keyboard Berbicara
Saturday, November 21, 2009
EXAM MOOD
Tak ada benda best berlaku semenjak dua ni melainkan bila terjumpa dengan buku yang paling menepati kehendak exam. maksudnya buku yang mengandungi perkara yang saya nak study.. Seronok sungguh perasaan tuh.. uhuk!
Tapi kan, saya rasa study week kali ni yang paling pelik dan terburuk dalam rekod saya. eceh... siap ada rekod lagi.. apa da~
Sebelum ni, masa study week, sleep cycle saya akan berubah.. Saya akan mula dijangkiti virus nocturnal~~Ok, sila jangan percaya~~ nocturnal bukan sejenis virus tetapi perlakuan @ habit berjaga di waktu malam~~ Tiap2 kali study week mesti tak tidur malam.. Lepas solat subuh baru reti nak panjat katil dan menidurkan diri.. Agak2 jam sebelas ke dua belas tengah hari baru rasa nak bangun... sonok jugak wat gitu...
Apa yang best sangat study malam2 buta ni? hanya orang yang tahu je paham...SETUJU?
Ok, meh nak citer sket.. Kalau study waktu malam ni sangat best tau.. Sebab time tu, suma orang tidur.. suasana sangat sunyi dan saya boleh pasang radio.. Tak suma orang boleh study dengan kehadiran bunyi kan.. Tapi saya jarang dapat study kalau tak ada bunyi. So, time malam je la leh pasang radio tanpa kacau orang lain study~~
TETAPI...itu dulu.. kini, semuanya dah berubah... Waktu study week dah jadi lintang pukang. Tak tau apa nak difokuskan. Tambahan lagi, exam hanya menyumbang 30% kepada keseluruhan markah.. 70% lagi dah lama berlalu. huh!
Pattern tidur pun dah tak tetap. Kadang2 tidur lewat, kadang2 tidur awal.. Kadang2 tidur sepanjang hari. Aduis... lepas tu, dah start jadi malas semacam jek.. huk! lagi haru kan.
EXAM OH EXAM.... kesimpulannya disini, exam dan tidur memang sesuatu yang sangat berkait rapat... Jadi, tak hairan kalau saya berminat nak mengkaji perkaitan antara tidur dan pencapaian akademik pelajar.. menarik bukan? (werk.. perasaan ah)ehe..nanti kalau dah dapat hasil kajian, saya akan ceritakan kat sini.. tapi lambat lagi la... 3-4 bulan lagi.
Mengikut kajian, tidur selama 6-8 jam sangat bagus untuk pelajar. Kenapa? sebab sewaktu tidur, otak akan memproses apa yang kita pelajari sewaktu kita berjaga, seterusnya menyimpan maklumat tersebut dalam bentuk memori. Pelajar yang mendapat tidur yang cukup (6-8 jam) menunjukkan prestasi yang baik dalam pencapaian akademik berbanding pelajar yang mendapat tidur yang tak mencukupi...
Begitu juga dengan tidur siang (nap)... tidur selama 10 hingga 30 minit akan membuatkan badan segar dan ingatan bertambah kuat... ni pun ada kajian jugak.. Tapi kajian tu cakap, kalau kita tidur lebih dari sejam.. maka, produktiviti pada hari itu akan menurun... maka, kalau nak tidur, agak2 ar... hehe
Ok, sekian perkongsian saya ~~ sehingga bertemu lagi..
Thursday, November 19, 2009
Matematik
Revision week telah bermula secara rasminya pada hari isnin lepas, tetapi saya melewatkanya selama sehari kerana memberi komitmen kepada study care in psychiatric.... Makanya sekarang saya pun mulalah merajinkan diri untuk selak balik nota2 lama dan buka buku2 yang sepatutya.. yang tak sepatutnya telah ditolak ke dalam rak.. meja saya hanya menerima buku2 yang berkaitan sem ini sahaja.
Selepas mendapat tidur yang berkualiti selama 4 jam, saya pun bangkit dari katil yang sangat disayangi pd jam 1.30 pg.. sungguh lena tidur malam tadi... sampaikan mesej2 daripada Sharifah Nur Samihah dan Mohammad Fariz diabaikan.. kecian betul insan2 tersebut.. nanti pagi kang saya balas ek.. (sorry ya... tak sengaja)
Tapi sungguh menyedihkan...... tengah2 khusyuk study, tetiba stuck.. mental block! uhuk.. terasa macam berat sangat nak memahami dan mengingati subjek statistik ni...so... sebagai alternatif, saya pun bukak my lovely laptop, then mulalah mencipta entri luahan perasaan tak puas hati pada matematik kat sini.
Kenapa saya perlu belajar balik benda2 ni? adoi... mata pelajaran yang paling saya tak suka masa kat sekolah adalah maths. Sebab payah nak paham kot.. Sebenarnya saya ni jenis yang cuai.. careless.. So, bila banyak2 sangat nombor, saya akan jadi pening. Lepas tu mula masuk nombor entah paper..kemudian menghasilkan jawapan yang salah.. kemudian pening kepala nak kira balik.. kemudian kecewa sowang2.. kemudian announce kat satu dunia saya tak suka maths. ade ke patut? ish2... tak patut.
Matematik ni penting sangat... Walaupun saya tak berapa nak gemar subjek ni tapi saya tak menafikan kepentingan matematik dalam kehidupan. Tapi dengan seteguh pendirian, saya tak berapa gemar.. macam mana ni.. Nak buat Quantitative research kena berhadapan dengan nombor.. Nak analisis data lagi..mak.. uhuk!Ok.. mulai skang, saya kena buat2 suka dengan subjek ni. Siapa tahu, kalaulah hari ni merupakan titik permulaan saya menyukai matematik. Akan terjadi ke? ehe.. segalanya mungkin, tapi.................. sumpah, belum ada lagi perasaan tu =P
Baik.. skang ni benih2 cinta kepada matematik akan dituai dan disuburkan..
SAYA, Noorazizah akan:
SUKA MATEMATIK
SUKA STATISIK
SUKA KALKULATOR
SUKA SPSS
SUKA SUKA DAN SUKA SANGAT
kepada perkara yang disebutkan di atas.. huh~~
Sekian luahan perasaan terhadap matematik di pagi Khamis yang hening dan damai...
Biarkan Keyboard Berbicara =)
Tuesday, November 17, 2009
Bunga-Bunga Gembira
Ok, saya mulakan entri kali ni dengan zikir pujian kepada tuhan sekalian alam kerana dengan kasih sayangNYA saya merasai nikmat hidup di dunia ini. Sebenarnya saya sangat gembira.. Ya, gembira yang amat! =)
Kenapa? sebab dalam jangka masa yang singkat ni bermacam perkara yang seronok telah berlaku.. yang pasti perkara tu membuatkan tidur malam saya sungguh lena,tak ada kerisauan yang melebih-lebih.. Ok, berikut adalah perkara-perkara yang membuatkan saya menjadi orang paling gembira pada waktu sekarang:
Gambar kat sebelah boleh di tafsirkan bagai skeleton disebelah bukan skeleton.. huh~~ apakah maksud kamu ni?OK, maksud saya, yang tulang tu macam saya la.. manakala yang berisi tu ibarat anda.. anda? bukan anda kot tapi awak. awak yang berisi dan chubby. teringin nya saya nak berisi cam gitu. mimpi je lah~~
Kegumbiraan ke-dua
Kegumbiraan ke-tiga
Debaran final exam pulak~~
Biarkan Keyboard Berbicara =)
Saturday, November 14, 2009
Short and Sweet
Alhamdulillah.. akhirnya berjaya juga membentangkan proposal untuk tesis tahun akhir. Rasa macam tak percaya, dah berjaya!!
Sebenarnya saya tak pasti kepada siapa atau apa ayat itu... boleh jadi kepada proposal kami atau kepada kami sendiri (acik kam & acik jij) sebabnya kami ni spesis sama: comel2 je ketinggian. Acik kam punya tinggi bape eh? lupa... tapi saya hanyalah 153cm.. Acik kam lebih kuang je rasanya.. manakala badan pulak, memang kitowang sama2 kecik dan cumel =P Pernyataan ini disokong oleh Puan Roziah, supervisor kami.saper2, jangan bangkang tau =P
Secara keseluruhannya, saya rasa agak gembira dan lega sebab berjaya membentangkan kertas kerja.. Walaupun banyak yang kena baiki tapi tak ada rasa sedih atau kecewa.. Sebab examiner hari tu semuanya baik-baik. Komen yang diberikan sangat membina.. terutama dari Prof Baha. Puan Ho pun sweet je.. Puan Siti pulak setia menjaga masa. jangan lebih 10 minit.. ehehe
Perasaan takut dan berdebar untuk membentang terus hilang lepas kumpulan pertama habis perbentangan. Sebab? sebab diatas tadi lor! examiner yang baik hati dan komen yang membina. Seronoknya dah habis presentation.. alhamdulillah..
Sekarang nak bagi kata-kata penghargaan sket. Terima kasih Acik Kam, rakan penyelidikkan saya yang sangat komited untuk menyudahkan proposal ni. Terima kasih jugak kepada Puan Roziah dan Pn Ho.. supervisor yang banyak membimbing dalam membikin proposal ini.. Juga tak lupa kepada kekawan dan keluarga yang banyak membantu dan memberi sokongan. TERIMA KASIH TAK TERHINGGA~~
Bila dah habis presentation, rasa macam dah selesai satu hal. Sekarang apa yang perlu dibuat adalah siapkan study care in psychiatric..pemalas betul kan... tak siap lagi.. padahal orang lain dah siap hantar (Acik Zul sowang je, rasa macam nak g curik je dia nye case study nanti hantar sama2 =P sorry acik ehee) Disebabkan benda tu tak siap lagi, maka saya tak boleh mengikuti rakan-rakan saya ke Pulau Pinang utuk memperkenalkan Jabatan Kejururawatan kepada pelajar2 Matrik Penang.. Sedihnya... Nak ikut.. Saya ni pantang ada seminar, pemeran atau apa2 aje.. mesti nak ikut.. Tak kisah la jadi peserta ke, fasilitator ke,.. jangan jadi organizer sudah.. malas! Tapi sungguh sedih, kali ni terpaksa mengetepikan perasaan nak ikut sebab nak bagi sepenuh komitmen kepada Study Care tersebut ~~alamak... konon bg komitmen, tapi sempat up date blog~~huh
Nak buat apa lagi? lepas ni kena ulangkaji.. belek semula nota2 awal sem hari tu sebab minggu depan dah nak final exam.. Harap ok la semua.. takot dan cuak jugak la ni~~OK! nak tumpukan komitmen kepada Study Care..
P/s: apakah motif nama Azizah di atas itu? Entah... saje nak letak.. sebenarnya nak bercerita pasal key chain tu tapi rasa macam tak cukup masa jek (sebab nak kejar date line Study Care) .. so letak je dulu. Nanti next time saya cite pasal key chain tu ek.. Bajet cam ada orang nak tau je.. uhuk!
Biarkan Keyboard Berbicara =)
Saturday, November 7, 2009
Banjir
Air bendang sudah naik sehingga melepasi jalan. Rumah mak cik kat depan rumah pun sudah selamat dimasuki air. Rumah tu memang terletak di kawasan yang rendah.. mengikut pengalaman lepas, kalau rumah mak cik saya dimasuki air waktu pagi, patang tu giliran rumah saya pulak..
Apa yang saya agak memang betul.. air naik dengan cepat dan petang semalam, air tersebut masuk dalam rumah.. Kesian mak kena kemas barang.
Kalau banjir gini, ada 2 situasi yang dapat dilihat.. pertama gembira.. sebab dapat main air bah dengan seronoknya.. boleh buat terjun lipat dalam air dari atas tangga rumah sahaja. Tidak perlu ke kolam renang atau mana2 sungai. Seronok.. lepas tu dapat main rakit buluh. Antara pengalaman yang tak boleh lupa, masa saya tengah berakit dengan sepupu dan adik-adik, seekor ular telah melintasi rakit kami. Disebabkan takut yang amat sangat, kami semua melompat turun dari rakit tersebut dan segera lari. Bila fikir lagi, rasa macam bodoh sangat waktu tu.. Tak sayang nyawa.. Kalau kami senyap-senyap atas rakit mesti lagi selamat berbanding lari. Nasib baik ular tu tak kejar kitorang yang tengah melarikan diri ni.. kalau tak, haru biru jugak la.
Kegembiraan yang lain? ader.. pengalaman tangkap ikan.. mula-mula nampak ikan berenang-renang masuk rumah kita. Lepas tu pakat dengan adik-beradik pergi tutup pintu dan kurung ikan dalam rumah. Ikan sepat kot... elok pulak pulak dia masuk ikut dapur.. macam suruh masak je kan.. Tapi tak ada pun nak masak ikan tu... buat main je. eheheh.. jahat kan.Nasib baik bukan belut yang masuk.. geli nak halau keluar.
Ok.. tu bab kegembiraan. yang pada biasanya dialami oleh kanak-kanak sahaja. Manakala situasi kedua adalah kepenatan dan kegelisahan orang-orang tua. Apa tidaknya, penat kena larang anak-anak, jangan main air, jangan pergi main kat tempat dalam, jangan main air tempat tak ada orang, jangan bazirkan kain baju, jangan-jangan-dan-jangan! eheh...
Lepas tu mereka kena pindahkan barang kat tempat tinggi pulak.. paling tak sangka time tu motor boleh naik atas rumah.. Kereta pulak kena cari bukit... Lepas tu semua orang sibuk nak alihkan baja-baja padi ke tempat tinggi. Kalau tak baja ni akan tinggal guni semata-mata kerana ia akan larut dalam air. Seronok tengok dowang bekerjasama satu kampung pergi angkut barang. Semnagt kerjasama tu tinggi... Pagi ni buat kat rumah ko, nanti petang kita wat rumah aku pulak.. Kalau kat bandar KL ni.. payah benar la nak jumpa orang tolong-tolong ni.. sebab kebanyakkan orang fikirkan duit.. Kalau orang bagi pertolongan pun payah nak dengar terima kasih sebab orang akan cakap memang tu kerja dia.. dia dah dapat gaji.. Adoi... tak paham dengan orang-orang kat bandar ni. Semua pun nak dinilaikan dengan wang.
Teringin nak balik.. main air.. Macam pesta air pulak.. padahal Tok Guru dah warning, musim bah bukan untuk berseronok berpesta air... sayangi nyawa... Mak saya, adik-adik saya dah sibuk cakap, kalau nak main air balik lah.. macam mana nak balik sayang oi... minggu depan kena bentang kertas kerja dah.. Lagipun tak sempat sampai rumah dah merasa air banjir kat tengah jalan. Bas tak dapat nak jalan... banjir...huhuk terima kasih atas perlawaan~~
Seronoknya kalau dapat balik kampung....
Biarkan keyboard berbicara
Thursday, November 5, 2009
Kegembiraan Dalam Kesempitan
Tak sanggup saya nak menunggu tarikh tersebut. Sungguh gementar dan berdebar-debar, bagaikan selepas berlari pecut 100 meter, begitulah lajunya seketul daging yang tak pernah berhenti berdenyut dalam dada saya ini beraksi apabila memikirkan semakin dekatnya tarikh itu. Apa tidaknya, pada tarikh tersebut saya dan rakan penyelidikan saya, Kam, akan membentangkan kertas kerja kajian kami yang bertajuk Association of Sleep Disturbance and Academic Achievement Among Nursing Students in PPUKM.
Sepanjang minggu ni saya sangat tertekan kerana banyak benda yang belum selesai lagi.. Fikiran pun sangatlah kucar-kacir.. terasa macam berada dalam ruang yang sangat sempit, sukar untuk bernafas dan bergerak. Ironinya, sepanjang minggu lepas saya berada dalam perpustakaan yang sangatlah luas dan selesa untuk bernafas. Huh! inilah dinamakan kesempitan dalam kehidupan.. uhuk!
Lepas tu, rasa sangat tak bertenaga. Sentiasa rasa letih dan selalu sangat nak tidur je.. Kerja banyak tapi perasaan nak tidur tu sama banyak dengan dengan kerja.. lepas tu pergi tidur.. konon nak seimbangkan kerja dengan tidur. Banyak cantik! tak jadi kerja la oooooiii.
Disebabkan kerja banyak, otak mula tak dapat nak terima tekanan. Sedikit saja orang buat silap, mulalah fikir bukan-bukan. Saya jadi sangat sensitif kemudian cuba jauhi orang tersebut dalam waktu tersebut. Padahal orang tersebut tidak bermaksud untuk menyentuh hati yang tengah sensitif ni, malahan orang tersebut tak tahu pun yang saya tengah sensitif. Bila fikir balik, rasa tak patut. Tapi, benda dah jadi... so, bila ok, mula berbaik semula... Tapi.. rasanya orang tu tak tahu pun saya terasa hati sebab saya bukan jenis yang suka express perasaan tak senang terhadap orang lain. Saya suka menjaga hubungan yang telah terjalin... Tak sanggup nak melukakan hati orang sebab saya menyayangi semua manusia yang saya kenali.
Rasa macam nak meletup kepala... adoi... nasib baik tak meletup lagi, kalau tak haru-biru jadinya. Sebab kerja banyak sangat ni.. Lepas tu nak siapakan semua secara serentak. Mana boleh! Kepala ada satu je, tangan pulak ada dua je. Cukup-cukup untuk buat satu assignment dalam satu masa. uhuk!
Kemudian, dilanda sindron TPU.. (Typical University Student Sindrom)
TPU sindrom (atau saya je yang wat kerja ni?pastu perasan cakap kebiasaan budak2 U) are always:
- Nak bereskan semua kerja dalam satu masa
- Suka mengejar dateline assignment di saat akhir
- Belajar last minute.
- Sentiasa nak yang assigment yang sempurna
- Suka membandingkan assignment sendiri dengan orang lain dan akhirnya tertekan sebab orang lain buat assignment tebal-tebal, tapi diri sendiri wat sekadar yang diminta oleh pensyarah.
- Tak tidur pada malam sebelum date lina assignment.
- Tidur adalah priority.
- zzZzZZzz
Ok, kegembiraan pertama saya adalah menjadi orang yang bertuah. Sebelum ni saya tak pernah memenangi mana-mana cabutan bertuah dengan sejujurnya. Kenapa? Sebab sewaktu pertama kali memenangi cabutan bertuah, saya sebenarnya orang yang paling malang. Sebabnya pada waktu tersebut, semua orang dapat nombor bertuah. Ok, maksudnya semua nombor hadirin majlis tersebut dicabut kecuali nombor saya... Makanya, pada hari tersebut saya memenangi hadiah utama kerana hanya nombor saya yang tidak dicabut. Inilah cabutan bertuah paling pelik pernah saya jumpai.. Nasib baik jugak penganjur terfikir nak buat konsep tu, kalau tak, tidak merasalah saya nak merasai perasaan memenangi cabutan bertuah.
Tetapi pada kali ini, saya betul-betul bertuah... Tak ada bias dalam cabutan dan nombor saya bertuah.. Kegumbiraan yang nyata! eheeeeee... Syukur..
Ok, itu adalah kegembiraan pertama.. Kegembiraan kedua pulak adalah bila saya menemui kembali telekung yang telah hilang setahun yang lalu.. Kenapa gembira sangat? sebab telekung itu adalah hadian daripada mak saya ketika saya masuk ke sekolah asrama penuh. Walaupun buruk, tapi saya sangat sayangkan nilai sentimental yang tersirat di sebalik telekung tersebut. Bersyukur sangat sebab dapat jumpa balik dalam keadaan yang elok dan di tempat asal saya tinggalkan walaupun setahun yang lalu saya pernah cari disitu tapi tak dijumpai..
Ok, yang last.. Semalam meja study saya disinari dengan cahaya bulan purnama yang sangat terang. Terasa tenang melihat bulan tersebut.. Terasa diri bagai diperhatikan oleh permata langit. betul ke bulan ni permata langit? what ever! ehehehe. Seronok sangat tengok bulan tu..
pada jam 7 pg.. cantik sangat. Subhanallah..
Alamak.. terBERSYARAH pulak...... uhukkk.. Ok. Wassalam
Biarkan keyboard berbicara =)
Monday, November 2, 2009
Tanda-tanda Tekanan
Peperiksaan akhir semester menjelang tiba.. Due date assigment juga semakin dekat dan tarikh perbentangan proposal semakin hampir..Tapi masih belum ada satu pun yang masih belum berjaya disiapkan. Semua pun masih lagi terbengkalai..
Ok.. berikut adalah senarai kerja yang perlu dibuat:
- Study Care
- Reflective Journal
- Proposal for Final Year Project
- Revision for final exam
Tak ada la banyak sangat kan.... Tapi sudah cukup untuk membuatkan kepala menjadi pening. Tapi alhamdulillah.. saya bukan seseorang yang mudah pening apabila ada masalah.. Cuma... simptom lain yang akan saya alami iaitu:
- Lenguh di bahagian belakang betis
- Sakit-sakit badan
- Hypersomnia (banyak tidur)
- Hilang tumpuan
- Hilang minat untuk membuat aktiviti lain
- Sensitif
- Suka menyendiri
Ok.. pada waktu sekarang, semua tanda-tanda itu sudah pun muncul dan saya harus menanamkan semangat untuk mencantas semua tanda-tanda yang boleh diperbaiki iaitu tanda nombor 3 dan 7..Kurangkan tidur dan jangan suka duduk berseorangan.
Yang lain2 tu, saya tak mampu nak buat apa2 melainkan mengawal simptom tersebut dan berdoa supaya paras tekanan saya cepat menurun.. Terasa macam tengah naik dengan mendadak je ni.... Macam tak nak berhenti je.. uhuk. Tak nak....
Biarkan keyboard berbicara =)