Life is a journey.. travel it well!
Kehidupan merupakan satu pejalanan.. ada orang kata life is a short journey ada gak yang kata hidup ini panjang.. Jangan jadikan ia pendek dengan dosa. Bergantung pada apa maksud mereka..dan jugak pengalaman yang mereka lalui dengan kehidupan
Walau apa pun kata orang saya kata... hidup mesti diteruskan dan dinikmati dengan sebaiknya. Adakah saya cuba menjadi ahli falsafah? oh tidak! jauh panggang dari api.. saya hanya menyuarakan rasa hati melalui keyboard yang setia ini.
Kehidupan saya tidaklah sebaik orang lain yang sentiasa mendapat apa yang mereka inginkan tapi lebih baik dari mereka kot.. Kenapa? Sebab saya kenal apakah erti hidup yang sebenar, InsyaAllah.. masih lagi belajar mencari erti yang sebenar-benarnya hidup.
Saya dapat menikmati nasi berlaukkan ikan kering, berulam pucuk ubi yang dicicah dengan budu sahaja.. Walaupun kurang nutrisi, tapi itu adalah rezeki Allah ntuk saya.. Tak ada duit sangat ke sampai hari-hari pun makan ikan je? ayam jarang-jarang, daging lagilah.. Bukan tak ada.. tapi digunakan untuk pendidikan adik-beradik.
Kat dalam rumah pulak dihiasi dengan perabot-perabot lama.. tiada yang baru.. Masih belum berkesempatan untuk menambah yang baru..sebab? pendidikan diutamakan.. Saya bersyukur kerana ibu bapa saya mengutamakan pendidikan kami berbanding memiliki kekayaan harta benda yang lain.. Alhamdulillah.
Keluarga saya masih boleh menaiki kereta yang sempit dengan bilangan ahli keluarga seramai 10 orang tanpa rungutan atas apa yang ada... tetapi menyimpan hasrat untuk memiliki kenderaan yang lebih selesa...Alhamdulillah telah berjaya memiliki sebuah van yang selesa untuk kami.
Tapi.. mengapa ada orang yang tak puas hati dan mengata2 kepada kami orang kampung yang memiliki ahli keluarga yang ramai? Adakah kami menganggu kebahagian anda? anda tidak tahu nikmatnya mempunyai kenangan itu.. Mengharungi kesusahan walaupun bermula dengan kosong. Kami bukan seperti anda yang mewarisi kemewahan warisdan keluarga.. kami perlu berusaha dari awal... Masihkah anda ingin menghukum kami atas kesusahan yang pernah kami lalui...
Kadang-kadang saya pelik mengapa orang mengatakan adik beradik ramai menyumbang kepada masalah negara... Pelik..andainya sesebuah keluarga mampu mendidik seorang atau dua orang anak menjadi anak yang berkualiti, kenapa mereka gagal jika diberi sepuluh orang anak? Dimanakan silapnya? Alasan duit? betul.. anak-anak dibesarkan dengan duit, kurang duit maknanya kurang kasih sayang, kurang kualiti anak-anak.. Saya bertuah kerana ibu-bapa sanggup mengetepikan keperluan sendiri untuk kebahagian anak-anak.. Contoh, Berapa kali je ayah beli baju baru? kalau beli pun, beli kat bundle atau baju-baju murah..Barang kemas emak, pernah ke bertambah? tak pernah....
Saya rasa... bagi orang-orang yang gagal mendidik anak-anak... tak kira berapa orang anak yang mereka miliki... tetap akan gagal.. Yang penting, cara mereka mendidik.. Bagaimana cara mereka menyampaikan kasih sayang, bagaimana cara mereka mengajari kehidupan, kesusahan, kesenangan.. Wah... saya masih belum ada anak.. tapi berkutbah mengenai cara mendidik anak... eheeeeeee
Kalau kamu tidak suka mempunyai ahli keluarga yang ramai kerana pengalaman atau pandangan negatif kamu, jangan kamu menganggap orang lain akan mengalami perkara yang sama dan berterang-terangan mengutuk, mengumpat dan mengeji orang yang sukakan perkara tersebut.. Kamu tidak tahu apa yang terbaik bagi insan tersebut.. Allah telah menetapkan jalan hidup kamu dan semua makhlukNYA..
Seronok dan meriah apabila seluruh ahli keluarga berkumpul.. Untuk menghidang makanan sahaja terpaksa menggunakan sebahagian besar ruang dapur... Tak dinafikan ada orang mengatakan sangat tak selesa.. sebab mereka orang senang.. makan dimeja makan.. kami?bersila beramai-ramai.. kongsi makanan ramai-ramai.. Biarkan mereka yang tidak tahu menghargai kemeriahan bersama ahli keluarga.. kami tidak rugi... Kami hanya rugi andai mengambil kira pandangan mereka. Makan secara berasingan atau ikut shift.. sebab nak semua orang nampak selesa makan dimeja makan.. Hilanglah sebuah kemeriahan, hilanglah semangat kasih sayang.. hilanglah sebuah ikatan yang dipertahankan.. TIDAK!! TAk sanggup.
Kehidupan saya sangat bahagia disamping keluarga.. Walaupun kami bukan orang senang, tapi kami bahagia. Walaupun orang memandang serong terhadap kami, kami tetap bahagia..
Itulah dinamakan kehidupan... Ada kesempatan didalam kesempitan.. Buat adik-adikku.. Kak Long sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian.. Belajar dan teruskan belajar.. Jadi anak-anak yang soleh dan solehah... Pengorbanan ma dan ayah cukup besar..Mereka bermula dengan kesusahan untuk kita hidup selesa sampai hari ini..Balas jasa mereka dengan mendoakan kesejahteraan mereka... Mereka tidak mengharap wang ringgit..tetapi kasih sayang kita kepada mereka..
Biarkan KeyBoard Berbicara..