Tuesday, April 14, 2015

minat orang tua =P

Assalamualaikum

Minggu yang benar-benar menguji kekuatan fizikal sedang berlansung. Sibuk kemain dari pagi sampai ke malam sampai nak luang masa dengan family pun terhad T__________T seriously, bila time kalut gini, saya teringin sangat nak buat kerja lain. Apa tu? hah, baca kat bawah ini. 

Bila umur dah banyak nih, minat mula beralih. Beralih kepada minat masa kecik-kecik dulu. Dulu suka sangat meniaga, selalu sangat bawa makanan pergi jual kat sekolah. Seronok giler bila makanan habis dijual. Bukan makanan hebat-hebat pun, cuma jual sagun dengan kerepek ubi yang ma buat. Paling best, duit untung dapat simpan dalam tabung sendiri. Terasa kepuasan di situ..

Loni, bila tua-tua neh minat datang balik.. middle age crisis kot...urmm mungkin la =P Terasa macam nak menceburkan diri secara sepenuh masa tapi sayangnya tak cukup hebat lagi nak menempuhi dunia perniagaan, Tambah-tambah lagi dengan GST yang kerajaan perkenalkan, jualan semakin perlahan. Masyarakat mula berkira-kira untuk berbelanja..terutama  dalam bidang online neh. Oh, peniaga kecil-kecil macam saya ni memang tak mampu nak sokong walaupun dengan sesipi hati ini.

Rasanya situasi pasca GST ni bukan ditempuhi oleh saya je, tapi turut melanda peniaga-peniaga lain. Harapnya lepas ni kerajaan yang memerintah akan lebih prihatin dengan isu ini. Selami rintihan rakyat marhaen neh..bukan fikirkan periuk nasi sendiri saja sehingga menjadikan jurang pendapatan rakyat sangat-sangat lebar. RM5900/isi rumah kot... 

Okeh, rileks...sekarang saya kembali kepada topik asal. Sekarang ni saya memang sedang mengintai peluang untuk memajukan lagi bisnes sedia ada...hasil usaha Azizah dan Fariz, lahirlah AzieFariz Shop yang juga dikenali sebagai AzieFariz DoorGift Store, hah...nak tahu lebih lanjut sila ke page facebook kami, okey? 

Harapnya bisnes ini boleh maju lagi bertapak-tapak ke depan..orang tua kata biar lambat, asal ada. hehehe pepatah reka sendiri. Doakan kami ya =

No comments: