Blog tidak sunyi lagi kerana saya sudah mula rajin mengetak ketuk papan kekunci ini. Namun, kita saksikanlah bila kerajinan ini boleh bertahan. Mungkin sehari, dua hari... atau mungkin sebulan. WAKAKAKA. Saya tidak boleh memberi jaminan.
Bulan november 2011, tinggal sebulan lebih-lebih sahaja lagi untuk melangkau ke tahun 2012. Wau! tahun yang penuh dengan kontroversi kerana mengikut ramalan kaum Mayan, dan jugak peramal-peramal lain (yang mana saya tidak pasti siapa dia), menyatakan bahawa usia bumi akan mencapai penghujungnya pada akhir tahun 2012.
Nak percaya ke fakta tersebut? Sila jangan taksub dan terus-terusan menjadi penakut. Tiada siapa dapat menjangka tarikh sebenar kiamat kerana ia adalah urusan Allah SWT. Apa yang perlu kita lakukankan adalah, bekerjalah seperti akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadahlah seperti akan mati esok hari.
Sedangkan sewaktu Rasulullah SAW melengkapkan perjalanan israk mikraj, baginda melihat bumi seperti wanita bongkok tiga, apatah lagi sekarang. Agak-agak sket lagi nak tersembam ke tanah la kot.... Makanya, bersedialah. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. Mengumpat, mencela, mencari keaiban orang lain serta apa-apa lagi yang berkaitan tuh, sila lah kurang-kurangkan pasal perbuatan itulah yang paling susah nak dapat keampuanan. Keampuanan daripada Allah senang nak dapat, bertaubat dengan ikhlas, selesailah masalah. tapi dengan manusia? Hah, amek ko.... sampai padang Masyar baru nyebok cari jalan nak mintak maaf. Minta jauhlah Ya Tuhan... makanya, saya mahu mula mengunci mulut dari mengumpat, dan mencari aib orang.... terutama sekali perbuatan mensibuk dok cari gosip artis kat tenet (insaf sudah sob sob sob T______T)
Kejap, bukankah tadi saya sedang berbicara mengenai tahun 2012.... Alamak, tahun 2012 bakal menjelang. Pelatih KJM Kangar akan bertambah lagi..... Makanya, bertambahlan jugak bebanan kerja ini. Nak kena jaga anak orang ramai-ramai.... sampai tak sempat nak ada jaga sendiri T____T (bila pulak aku ada anak neh ekekekek)
Okeh, kepada para pelatih baru yang sedang mengoogle pasal KJM Kangar, anda mungkin akan singgah ke blog neh, So, selamat datang saya ucapkankan. Maaf pasal tak banyak informasi mengenai kolej yang saya sumbat kat dalam blog neh, pasal ia adalah blog peribadi, bukan blog kolej ekekekek. Mana aci, nak bagi promosi free kan kan kan...
Wokeh.... sekianlah sudah entri yang banyak membebel...
Semoga suami yang sedang demam cepat2 sembuh.....
DAAAAAAAAA.
1 comment:
huhu..mati dah sah2 tak tau bila.. nak tunggu kiamat sampai pulak ye..huhu
Post a Comment