Sempena bulan ramadhan ini, saya ingin membuat satu entri tentang pandangan yang sangat-sangat nak dikongsikan dengan semua orang.
Meh tengok gambar-gambar ni sekejap:
teringin sangat nak kendong kanak-kanak itu dan bawa dia jauh dari tempat tersebut
sanggup lagi tak nak menolak permintaan mereka?
rasa tak sanggup nak buang makanan bila melihat gambar ini T______T
Bila melihatkan gambar-gambar tadi, hati saya menjadi sayu. Kita di Malaysia sangat mewah dengan makanan. Kanak-kanak di Malaysia sangat sihat, malahan kejadian kes kwasiokor dan marasmus (penyakit akibat kekurangan protein dan tenaga) telah pun pupus. bersyukur ya Allah.
Dulu, saya suka bergambar dengan makanan sambil senyum lebar-lebar. Terasa seperti diri sangat comel dapat berposing dengan segala macam makanan. Tambahan lagi bila dapat memenuhi gambar empat segi itu dengan muka saya dan makanan sahaja. Tobat eh, rasa comel sungguh time tuh.
Sekarang, semenjak melihat gambar-gambar kat atas tu, terutama gambar pertama, hati saya jadi sebak dan secara automatik, saya rasa seperti terlalu bersalah. Saya tersenyum lebar, melihat makanan memenuhi meja. Namun kanak-kanak diluar sana, terpaksa merangkak mencari setitik air. Saya bangga dapat makan ditempat yang selesa, tapi kanak-kanak itu mencangkung sambil makan sisa makanan dengan penuh berselera tanpa jijik di hatinya. Saya tidak perlu meminta-minta untuk makan secara mewah, tetapi kanak-kanak itu terpaksa menghulur tangan meminta makanan untuk mengalas perut.
Astagfirullah.... sejak menemui gambar-gambar kat atas, saya jadi malu untuk bermegah dengan makanan, apatah lagi jika makanan itu adalah bersifat mahal-mahal. Tidak sanggup untuk bergambar seperti dulu... Aish! sentimental sungguh.. sayu dan syadu kat dalam neh T_________T
~~pendidikan jiwa semata-mata~~
No comments:
Post a Comment