Assalamualaikum
Kita akan memulakan entri di hari jumaat yang mulia, penghulu segala hari ini dengan satu petikkan ayat Al Quran.
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (QS.Ali ‘Imran:139)
Subhanallah! sesungguhnya Al Quran itu merupakan sebuah kitab yang lengkap. Semua benda dia cover. Dari hukum hakam, cara hidup.. sampailah kepada motivasi. memang besar sungguh anugerah Allah kepada umat akhir zaman neh.
Saya manusia yang paling tinggi darjatnya, kerana saya ISLAM, saya beriman kepada ALLAH, dan Alhamdulillah. anda-anda juga tinggi darjatnya kerana anda juga ISLAM. Makanya, kita semua terdiri daripada manusia yang tinggi darjat. Tak ada nak beza-beza pangkat ko apa, pangkat aku apa. malahan kat padang masyar nanti, tak ada maknanya nak dapat layanan ikut pangkat kat dunia. Buku amalan jugak yang dibawak kan. Makanya, kumpul aja lah ASA banyak-banyak. Amanah Saham Akhirat lah cayang2 sekalian.
Berbalik kepada ayat tadi. Saya harap, dengan perkongsian ini siapa-siapa yang sedang lemah longlai sebab kena jatuh (down), terutama dengan orang-orang kafir akan merasa tenang dan tidak mudah beralah. Allah tidak membenarkan kita bersifat lemah, apatah lagi sekadar menyerah di atas penganiayaan yang dibuat. Makanya, berlawanlah! Ops, bukan bermaksud lawan gaduh-gaduh ok! maksud lawan adalah, lawan diri sendiri agar tidak tewas dengan perangkap syaitan.
Syaitan neh, kalau nak cerita pasal perangkap dia, Nauzubillah. Yahudi pun kalah. terlampau licik tau... yelah, mula-mula dia cucuk suruh pergi gaduh. lepas tu kalau menang, dia taburkan riak. Kalau kalah pulak, dia taburkan sifat dendam, tak pun sifat terlampau rendah diri. Dahsyat-dahsyat. Paling dahsyat bila dia melaga-lagakan sesama Islam.
hah, sebelum terpesong tajuk dengan lebih-lebih.... saya ingin berpesan kepada diri sendiri dan kepada anda-anda semua jugak... JANGAN BERSIKAP LEMAH. Allah tak suruh kita berundur daripada laluan yang benar selagi kita yakin itu adalah benar, dan tidak bercanggahan dengan apa yang dianjurkan oleh ISLAM... kerana kita adalah insan yang tinggi darjatnya.... BANGGA MENJADI ISLAM.. jangan cepat putus asa okeh! Love you all, saudara-saudara ku sekalian.
Kadang-kadang ada benda yang patut menjadi rahsia. titik. bimbang rahsia tak jadi rahsia. titik lagi. buat sekalian kalinya dalam entri ini. titik.
1 comment:
i like.....
Post a Comment