Sunday, July 24, 2011

sempit

Assalamualaikum

Saya sedang duduk sorang-sorang di waktu lapang yang sempit. Ya. memang sangat-sangat sempit waktu ini. Ini adalah waktu rehat yang saya tunggu-tunggu setelah 6 hari bekerja dari 8 am - 11.30 am tanpa henti. Kalau kerja swasta sudah berlambak-lambak duit masuk dalam akaun sebab OT. Tapi, kerana kerja kerajaan, di bawah skim pengurusan dan professional, redha aja lah. kerja untuk beramal. Kurang tang situ, lebih tang sana. Sekurang-kurangnya boleh mengesahkan sijil fotostat tu dah cukup lah kelebihan yang diberi kan kan kan =P

Saya rasa macam nak tidur tanpa bangun-bangun sampai tengah hari. Tapi, ngeri pulak rasanya bila melihat rumah yang berantakkan ini. Terdapat sebuah gunung kinabalu di atas katil, terdapat lubuk emas di dalam sinki, jugak terdapat salji hitam diatas lantai. Kat depan rumah pulak, penuh dengan makhluk halus warna hijau (bukan spesis toyol ok) Uh, rumah haku. kesian sama kamu sih

Makanya, dengan jiwa penuh iltizam saya bertekad untuk menyental setiap ruang-ruang yang ada di dalam rumah. Nanti kalau mak datang melawat (semoga), tak adalah dia nak buka radio buruk berfrekuansi tinggi. Nasib baik, waktu hari ayah datang dulu, rumah masih kosong. So, adengan bebel-bebel tu tak terjadi. (Ayah memang tak reti membebel pun hehe)

Baik, kerja kemas-kemas akan dimulakan sedikit masa lagi... semoga ketemu lagi. dddaaaaaaaa.

Friday, July 22, 2011

jangan lemah okeh

Assalamualaikum


Kita akan memulakan entri di hari jumaat yang mulia, penghulu segala hari ini dengan satu petikkan ayat Al Quran. 

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (QS.Ali ‘Imran:139)

Subhanallah! sesungguhnya Al Quran itu merupakan sebuah kitab yang lengkap. Semua benda dia cover. Dari hukum hakam, cara hidup.. sampailah kepada motivasi. memang besar sungguh anugerah Allah kepada umat akhir zaman neh.

Saya manusia yang paling tinggi darjatnya, kerana saya ISLAM, saya beriman kepada ALLAH, dan Alhamdulillah. anda-anda juga tinggi darjatnya kerana anda juga ISLAM. Makanya, kita semua terdiri daripada manusia yang tinggi darjat. Tak ada nak beza-beza pangkat ko apa, pangkat aku apa. malahan kat padang masyar nanti,  tak ada maknanya nak dapat layanan ikut pangkat kat dunia. Buku amalan jugak yang dibawak kan. Makanya, kumpul aja lah ASA banyak-banyak. Amanah Saham Akhirat lah cayang2 sekalian.


Berbalik kepada ayat tadi. Saya harap, dengan perkongsian ini siapa-siapa yang sedang lemah longlai sebab kena jatuh (down), terutama dengan orang-orang kafir akan merasa tenang dan tidak mudah beralah. Allah tidak membenarkan kita bersifat lemah, apatah lagi sekadar menyerah di atas penganiayaan yang dibuat. Makanya,  berlawanlah! Ops, bukan bermaksud lawan gaduh-gaduh ok! maksud lawan adalah, lawan diri sendiri agar tidak tewas dengan perangkap syaitan.

Syaitan neh, kalau nak cerita pasal perangkap dia, Nauzubillah. Yahudi pun kalah. terlampau licik tau... yelah, mula-mula dia cucuk suruh pergi gaduh. lepas tu kalau menang, dia taburkan riak. Kalau kalah pulak, dia taburkan sifat dendam, tak pun sifat terlampau rendah diri. Dahsyat-dahsyat. Paling dahsyat bila dia melaga-lagakan sesama Islam. 

hah, sebelum terpesong tajuk dengan lebih-lebih.... saya ingin berpesan kepada diri sendiri dan kepada anda-anda semua jugak... JANGAN BERSIKAP LEMAH. Allah tak suruh kita berundur daripada laluan yang benar selagi kita yakin itu adalah benar, dan tidak bercanggahan dengan apa yang dianjurkan oleh ISLAM... kerana kita adalah insan yang tinggi darjatnya.... BANGGA MENJADI ISLAM.. jangan cepat putus asa okeh! Love you all, saudara-saudara ku sekalian.

Kadang-kadang ada benda yang patut menjadi rahsia. titik. bimbang rahsia tak jadi rahsia. titik lagi. buat sekalian kalinya dalam entri ini. titik.






Saturday, July 16, 2011

kijo kijo

Assalamualaikum

Entri ke dua untuk hari ini. Mood untuk menaik tarikh (up date) telah kembali lantaran terdapatnya ruang kosong di waktu weekend ini. Rasanya sudah sebulan lebih saya tidak merasa weekend yang betul-betul cuti. Ia bermula dengan lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang (18 Jun), seterusnya kursus up date in Diabetes (24-26 Jun), seterusnya orientasi pelatih baru (1-3 julai) dan last week saya balik kampung untuk uruskan hal-hal berkaitan perkahwinan. Minggu ni?? aktiviti tetap ada, cuma tak berat sangat. Mengiringi pelatih ke program kem kesihatan di Arau. Mulai isnin nih, sehingga awal  bulan puasa neh, terpaksa rela pulak menjadi urus setia kursus. Dengan kata lain, 2 bulan berturut-turut tiadanya kualiti berhujung minggu.

Akibat dari itu, rumah menjadi berantakkan. rambut-rambut bertebaran di atas lantai. Bilik air juga sudah lama tidak disental, begitu juga dengan sawang yang menghiasi siling. Uh, teruknya rumah bujang saya. Diharapkan, bila  status rumah itu menjadi rumah kelamin, maka hilanglah kenerantakkannya. SEMOGA. Semoga encik buah hati tunang terchenta memahami maksud tersirat didalam perenggang ini =P hehehe

Sekarang nih, waktu bujang-bujang saya boleh memberikan komitmen kepada kerja. Nanti bila sudah kahwin.... adoi. Tak tahu nak fikir macam mana agaknya hidup kalau tiap-tiap hujung minggu kena bekerja seperti ini. Okeh, tak mahu fikir lagi sebab saya akan berdoa tiap-tiap hari supaya perkara itu tak akan jadi. Biarlah kerja dihabiskan dalam waktu kerja, dan lepas waktu kerja adalah masa untuk keluarga. Walaupun mustahil bagi seorang pengajar untuk tidak membawa kerja ke rumah, saya harap saya boleh.... Tet.....angan angan T_______T 


okeh. alkisah pembebelan yang agak tidak memberi pengetahuan. Sekian sahaja lah (haku pun tak tahu apa maksud ayat terakhir neh =P)

borang kebenaran nikah setel =)

Assalamualaikum

Sudah beberapa kali entri dikarang bersifat separuh jalan, dan akhirnya terkubur macam tu kat dalam draft. Nak publish pun rasa malas sebab dah basi sangat. Benda basi tak elok dihidangkan, nanti sakit perut. Okeh, dalam sesi post kali ini, saya nak meng-up-date sedikit mengenai persiapan di hari berbahagia nanti.

Alhamdulillah, borang permohonan berkahwin sudah pun di isi. Borang permohonan berkahwin negeri Kelantan perlu diambil daripada Tok Imam kat kampung. Borang tu memang lawa, menepati warna tema kahwin saya, HIJAU. hehe..

Lepas ambik, kena isi lah, sama ada dalam tulisan rumi, ataupun jawi. boleh pilih ya adik kakak sekalian. Borang saya diisi dengan tulisan jawi (bangga weih, dapat memartabatkan jawi) terima kasih daun keladi, lain kali tolong-tolong lagi, saya ucapkan kepada tok imam sebab berbaik hati melengkapkan borang saya. Haha, sapa-sapa yang terasa kagum sebab saya isi borang dalam jawi tu sila padamkan kekaguman anda sekarang! kagumlah pada tok imam ye... heheh.

Okeh, borang ini simple sahaja. Dia cuma nak kita isikan semua maklumat mengenai pengantin perempuan, lelaki dan juga wali. Hal-hal lain seperti nama saksi tidak diperlukan lagi. Tunggu hari nikah baru dia nak.. Lepas dah isi, silalah hantar borang tersebut ke pejabat khadi daerah bersama-sama barang ini:
  1. salinan ic pengantin perempuan
  2. salinan ic pengantin lelaki
  3. salinan ic wali
  4. salinan sijil kursus pra perkahwinan
  5. kebenaran nikah luar kawasan (bagi kes luar kawasan seperti encik tunang)
  6. borang pemeriksaan kesihatan (boleh buat kata mana-mana klinik kerajaan, saya buat kat perlis jek)
Semua ni kena buat dalam dua salinan ya. hah, jangan lupa jugak sediakan bayaran sebanyak RM 12.00. Borang nikah ni kena hantar paling awal, 3 bulan sebelum nikah, dan paling lewat 2 minggu sebelum itu. . Semoga maklumat ini dapat membantu sesiapa yang nak berkahwin nanti.

Okeh. Settle semua urusan. Alhamdulillah. Semoga Allah memudahkan perjalanan untuk menuju hari itu. amin..

Sekian.