Kini, setelah lebih 2 minggu, inginlah kiranya saya merungkai misteri kisah ini. Aiseh! macam misteri sangat aje lah.
Merujuk kepada status semasa saya di facebook, I'm engaged. Ya, benar.. saya telah ditunangkan dengan encik buah hati pada 1 Mei 2011 yang lepas. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Satu langkah telah diambil, kini tinggal satu langkah lagi untuk meleraikan janji kita. (Aceh, bila pulak ada janji-janji neh, yang penting ayat jiwang hahahah)
Kepada buah hati, saya berharap dapat mengantikan tempat buah jarak @ jatropha di hati awak. Dengan kata lain, semoga sayalah buah hati awak, bukan buah-buahan yang tak berhati perasaan itu lagi. Tapi, jangan abaikan terus pulak pasal buah itu adalah masa depan kita. gambate darling! huh, merepek merapu meraban pulak!
Kepada rakan-rakan, terlebih dahulu saya nak mengucapkan terima kasih tak terhingga di atas ucapan anda. Seterusnya saya ingin memohon maaf kerana merahsiakan hal ini. Bukan apa, pertunangan saya bukanlah diraikan dengan besar-besaran. Ia hanyalah sekadar pertemuan di antara dua keluarga, tiada melibatkan jemputan luar. Memang semata-mata sanak saudara saya dan buah hati sahaja. Tiada kenduri kendara, tiada hiasan cantik-cantik, tiada berhias bagai pengantin malahan tiada dulang hantaran bersusunan. Seriously, sememangnya hanya pertemuan dan perbincangan dua keluarga. Jadi, mohon maaf kerana tidak menjemput kawan-kawan. Jangan terasa hati dan marah-marah saya ya....
Insyaallah, nanti majlis nikah saya akan jemput semua. Bukankah majlis itu yang patut diraikan? Walimah akan menyusul, Insyaallah. Semoga Dia memudahkan perjalanan saya dan buah hati dalam menuju ke jalan yang Dia redhai. Saya berharap agar anda semua mendoakan kelancaran perhubungan kami berdua serta dua keluarga yang bakal bergabung ini. Semoga jalan kami, dan kita semua sentiasa di mudahkan Allah..
Sekian.
No comments:
Post a Comment