Hari ini cuti, sempena hari wesak dan hari keputeraan raja Perlis. Alhamdulillah, semoga Allah mengurniakan nikmat kesihatan dan kemakmuran kepada baginda dan raja perempuan. Doa yang sama ditujukan buat Sultan Muhammad ke V, Sultan Kelantan darul naim, semoga baginda sultan mampu menjadikan Kelantan sebuah negara yang indah, seindah syurga naim (HAHAH, I'm kelantanist okeh, kelantan tetap di hati walau jauh merantau di Perlis)
Sempena cuti ini, saya tidak melepaskan peluang untuk membeli belah sebagai persiapan untuk hari pernikahan saya dan buah hati tersayang. Alkisah, sudah dua hari saya menjelajah segenap kedai2 pakaian dan busana muslimah untuk mencari sepasang baju putih. Adoish! tak dapat digambar dengan kata-kata sehingga tercipta sajak ini.....
Putih itu suci
Putih itu indah
Putih itu bersih
Namun yang putih itu susah dicari
Juga susah sekali untuk dijaga
Perjalanan mencari yang putih itu sukar
Merantau jauh kerananya
Namun tetap pulang dengan kehampaan
T________________________________T
Andai ditemui yang putih itu
Pasti tidak akan disia-siakan
Oh putih putih putih
Biar putih tulang
Jangan putih mata
Haha, walau tak berapa nak kreatif tapi cukuplah untuk mengambarkan bagaimana perasaan saya kala ini. mengapalah susah sangat nak dapatkan sepasang baju putih shiffon siap berjahit? saya bukan nak kerawang berat-berat mahupun manik banyak-banyak. Saya nak yang simple-simple je. Seboleh-bolehnya saya nak cuba menjauhi elemen tabarruj (berhias melebih-lebih untuk menarik perhatian). Berhias tetap berhias, tapi dengan cara sederhana dan paling penting menutup aurat. Sangat mencabar lor! Insyaallah, saya pasti boleh menjaga batasan ini.
Sekian.