Assalamualaikum
Sepatutnya hari ni saya berperangai normal. Begitulah seharusnya, tapi sekarang saya sedang melakukan perangai di luar normal (bukan luar tabii iya) Dulu, saya pelik bila melihat blogger meluahkan perasaan dalam blog macam blog tu bukan untuk bacaan manusia. Entri berbentuk hasutan dan kemarahan melampau bagaikan lontaran rasa harimau mengamuk tak cukup makan. Tapi sekarang, saya tak rasa pelik dah sebab saya jugak teringin nak membuat perkara yang sama. Tapi jugak, Alhamdulillah, akal ini masih waras... makanya, tak adalah entri berbentuk untuk bacaan haiwan tertulis sebab blog ini adalah khas untuk manusia-manusia yang mulia seperti anda semua, dan saya juga. Dulu.... saya juga berasa pelik apabila meilhat entri yang di telah post di padamkan dari blog. Tapi, sekarang saya tidak berasa pelik lagi sebab saya juga melakukan hal yang sama. Sekarang, saya sedar.... kita hanya manusia. Bukan malaikat, yang tak mempunyai nafsu, atau pun Allah, yang maha sempurna. Saya mempunyai kelemahan, bertindak terburu-buru dan akhirnya tak menjadi, dan akhirnya termalu sendiri. T_________T dengan kata lain yang lebih jelas maksunya, kecewa. Insan kecewa akan melahirkan entri untuk bacaan haiwan. Saya harap, saya tidak tergolong dalam golongan penulis entri sebegitu. Astagfirullah....... Dengan entri yang secoit, tanpa rangkap perenggang, sudah mampu menjelaskan perasaan saya bukan? Ok, hanya ini sahaja yang saya nak tulis. Maklumlah, insan kecewa mampu menjadi penulis paling dramatik dan lantang dalam mengarang kerana sifat defensive yang akan terbit secara automatik dalam jiwa, sekaligus melahirkan idea-idea tak masuk akal yang kedengaran agak melankolia. Ups! saya tak mahu lebih-lebih sampai macam tu sekali. peace!! =)
Jumpa lagi
~~wassalam~~
No comments:
Post a Comment