Assalamualaikum
13 februari 2011.
Lagi satu hari je lagi untuk genap sebulan sebagai permastautin di tanah UTARA ini. Kalau ikutkan, satu bulan merupakan tempoh yang elok2 atau dan dan lah untuk beradaptasi dengan tempat ini. Tapi...
Tapi... perut saya masih belum beradaptasi sepenuhnya dengan makanan utara yang bersifat pedas-pedas di sini T_______T
Saya suka makanan pedas, tapi bukan sangat pedas. Saya suka makan pedas, tapi bukan hari-hari pedas. Saya suka cili api, tapi bukan berapi-api. Saya suka pedas, tapi bukan kepedasan. Saya suka manis (stereotype kelantanist sweety i am) tapi bukan sinis T_____T
wokeh, Alkisah, tak ada satu kafe pun wujud di dalam KJM Kangar ini. Kalau ada pun, hanyalah dewan makan pelajar yang hanya menyediakan makanan mengikut frekuensi 3 kali hidangan utama sahaja. Sebagai langkah mengelakkan kebuluran, saya terpaksa mengambil pakej RM 6.50/day ini. Jimat memanglah jimat... tapi.. tapi... tapi.. eh, tak baik merungut dengan harga semurah itu, kufur nikmat!
Kalau namanya mengikut pakej, makanya saya tidak mempunyai pilihan lain dalam pemakanan, melainkan apa yang dihidangkan. Bayangkan, kalau pagi2 dapat makan roti dua keping jek, adakah perut berkapasiti 4 kliter ini mampu bertahan sehingga satu tengah hari untuk lunch??
Ok, itu bab makan pagi secuit jek... ini bab makan pedas pulak. alkisah, sepanjang minggu lepas.... tiap-tiap hari saya berpeluang makan nasi lemak. Sambal tumis dia.... adoish, tak usah cakaplah, pedas yang amat. Sepanjang hari, suhu dalam perut mencapai tahap maksimum, panas wo.... memulas-mulas dalam usus besar nih, sehingga terasa penat bertapa dalam toilet tiap-tiap hari T_____T ada gaya-gaya kete yang temperature tengah naik la jugak, tak mampu memproduktif, lemau jek sepanjang hari.
Bila hari-hari breakfast nasi lemak, dalam kepala otak terus teringat nasi kerabu kuah tumis, nasi berlauk ayam gulai. Uh, saya rindukan kg Bujok terchenta. Nak makan nasi kerabu keler biru! nak jugak makan nasi kuah ayam gulai. Kalau boleh,tiap-tiap pagi nak ngadap nasik-nasik tu dulu sebelum pergi punch card.. Dah la harge murah, RM 1.50 je sebungkus,kenyang dan sangat berbaloi-baloi untuk nilai wang dan poket. windu T_____T
Kalau anda mempunyai lidah dan perut seperti saya, barulah anda akan paham. Susah sungguh nak jumpa makanan tak pedas disini. Semuanya pedas-pedas belaka. Kalau lunch kat luar, saya terpaksa makan nasi dengan kuah yang minimum, dengan kata lain, seperti tak ada kuah langsung. Hatta sup jugak pedas, apa lagi yang boleh saya makan dengan rakus di sini? Tapi, itu masih boleh diterima lagi kan, bagaimana pulak kalau spageti prawn oleo kat Pizza Hut pun boleh bersifat pedas? sungguh-sungguh ni, bukan tipu2.
Untuk pengetahuan anda semua, ini bukan kali pertama saya berada di utara. 5 tahun ke belakang, saya menuntut ilmu di Changloon, Kedah (tempat pertama pertemuan dengan encik buah hati terchenta, nostalgik sungguh KMK neh)... Dulu, lidah, tekak dan perut saya boleh beradaptasi, tapi kini.. sangat susah. Adakah ini merupakan salah satu ciri-ciri ketuaan? T____T
Semoga saya akan cepat beradaptasi dengan makanan disini memandangkan saya bercadang untuk tinggal disini dalam tempoh yang lama. Tambahan lagi, saya bercadang untuk menambahkan kapasiti, kuantiti dan kualiti simpanan adipose tissue didalam badan, sekaligus meluaskan lagi interval jarum penimbang berat bila susuk ini berdiri diatasnya.
Semoga cepat menjadi kenyataan. Perkenankanlah ya Allah~~
Semoga saya akan cepat beradaptasi dengan makanan disini memandangkan saya bercadang untuk tinggal disini dalam tempoh yang lama. Tambahan lagi, saya bercadang untuk menambahkan kapasiti, kuantiti dan kualiti simpanan adipose tissue didalam badan, sekaligus meluaskan lagi interval jarum penimbang berat bila susuk ini berdiri diatasnya.
Semoga cepat menjadi kenyataan. Perkenankanlah ya Allah~~
saya suka propranolol
melebihi kesukaan kepada piriton
????
1 comment:
owh.. prawn olio yang pedas... memang terkejut sgt bila kali pertama memakannya.. dah pernah makan prawn olio di kl, teregganu, pahang.. tapi sampai kat cni jer.. ianya PEDAS... hihi... tapi sedap gak.... wawawa..nak prawn olio...
Post a Comment