Friday, February 26, 2010

kebetulan

Sukanya hati bila terjadi banyak kebetulan yang disenangi =)


Saya mebgalami perasaan suka yang teramat bila tiba-tiba terjumpa mak cik ku yang semakin kecik di Sogo masa nak solat zohor.. terubat rindu di dalam dada ini. Disamping itu, rindu kepada buah hati tersayang juga telah terubat.. banyak sungguh kerinduan yang terubat nih =)) macam lama sangat tak jumpa kan... padahal dua-dua orang tu baru je di temui bulan lepas ehehh.. Jadi, untuk memastikan mereka juga merindukan saya, saya telah pun selamat menyelitkan satu gambar berukuran passport didalam purse serta wallet mereka. Gumbira sungguh hati ini~~ mekar kembang berbunga-bunga.

sama tak muka anak-beranak nih?baru tangkap petang td


Tak sangka banyak perkara yang tak dijangka akan berlaku dalam hidup saya nih. kebetulan yang sangat disukai tetapi tak pernah diharapkan akan berlaku... Biasanya benda yang diharapkan ni tak pernah jadi =(

Apa-apa pun meh la saya senaraikan kebetulan yang paling diingati dalam hidup ini:

  1. Terjumpa kawan lama yang sekian lama tak dijumpai.. ada la dalam 3 tahun kot.. jumpa kat dalam kotak lif Laman Midah.. Seluas2 dunia, di tempat sempit itu kita berjumpa ya.. ehe. kuasa Allah... Dia mengaturkan semua kebetulan ni walaupun kita tak rancang
  2. Azu : minah ni memang banyak sangat menimbulkan kebetulan dalam hidup saya. Dia merupakan jiran depan pintu semasa kami menuntut ilmu di KMK, dan semasa saya di UKM pulak, dia merupakan rakan serumah selama 6 bulan~~sebab dia praktikal kat HUKM~~ Minah ni merupakan rakan sekelas kepada rakan sekelas saya, Yap Wan Ching semasa dia belajar kat  Kuching, juga merupakan schoolmate rakan serumah saya, Kak Fatin semasa .dia belajar kat negeri sembilan. Banyak sungguh minah ni punya kebetulan kan.. hehe.

Mood sekarang masih lagi gembira atas kebetulan tadi =D
Biarkan Kebetulan itu Menjadi Betul
Biarkan Keyboard Berbicara =D 


Tuesday, February 23, 2010

sajak 3 rangkap sempena clinical posting


terasa penat yang amat...
terasa penat..
terasa.


Ok, demikian sajak 3 rangkap untuk mengambarkan keadaan budak yang tak berapa cumel tapi anggung ini =P baru je posting selama 2 hari kat wad, jadi memang saya merasai kepenatan. Penat fizikal, penat mental, penat segala2 penat. Kalau dah 7 bulan macam mana ek?  mesti takkan terasa penat dah kan. Masa tu emosi dan fizikal sudah mencapai tahap yang optimun dan stabil.. Insyaallah =D

Masa hari ke-dua di wad, saya terasa agak tertekan la jugak.. Ada banyak benda yang kena segarkan a.k.a refresh balik. Yelah, ada ke patut nak pasang benofix pun boleh lupa macam mana.. ish2...memalukan sungguh. huwa... setahun tak masuk wad nih.. yang tak best pasal hal ni bila mohd arif tegar2 menggelakkan saya kerana mendengar jawapan tersebut. uhuk.


Kemudian saya pergi menolong k. fatin bagi ryle tube feeding, alih2 masa saya aspirate gaster, keluar coffee ground fluid..kecewanya... tak dapat bagi feeding. padahal tengah terfikir, adakah pesakit akan ditimpa malang bila tangan saya yang menjaganya? Sebab masa hari semalam, salah seorang pak cik yang saya jaga telah terjatuh... dia jatuh malam tapi...... dia adalah pesakit saya dan malang menimpanya lepas saya yang jaga.. huh.. malangnya saya =(



Ok, menyongsang arus sket.. saya nak bercerita hal hari ke-satu pulak.. Ok, sebelum bercerita, nak bagitahu sket.. tak semua benda sonsang tak bagus. Kalau nak tahan bubu kena letak menentang arus air.. kenapa? sebab ikan suka main arus.. maknanya ikan suka menentang arus. Makanya disni, menentang arus juga bagus sebenarnya =D

Ok, ceritanya begini... pada hari tersebut, saya masih belum mempunyai keyakinan pada diri sendiri. Nak sediakan ubat pun lama... banyak tanya pulak tu. sampai kena marah.. aduish! salah saya gak.. huhuk. Sabar2... untuk jadi mahir dalam sesuatu perkara, haruslah belajar untuk menjadi tabah dan tidak takut. K

Posting managemant ni memang seronok jugak ek.. banyak perkara yang akan dipelajari dan terasa diri seperti sedang bekerja. Sungguh seronok tapi agak menakutkan. Ok, saya malas nak cerita pasal apa yang saya belajar dari aspek 'belajar dalam kelas' tapi saya nak cerita pasal apa yang saya belajar dari aspek yang tak ada dalam kelas... sebenarnye lebih kepada aspek belajar untuk mengubah perangai sendiri =P perkara tersebut adalah:

  1. Barang siapa yang banyak bertanya maka ilmunya akan berkurang.. Ok.. itu adalah kesalahan yang nyata... ambik yang ini ok., orang yang bertanya adalah bodoh untuk saat itu, tapi orang yang tak bertanya akan bodoh untuk sepanjang hayatnya
  2. Jangan banyak sangat mempersoalkan apa yang dilakukan... aduish.. inilah perangai yang paling susah nak ubah. Kadang-kadang apa yang telah terjadi itu adalah yang terbaik
  3. Jangan terlalu suka mempertahankan tindakan sendiri.. mengaku salah dan beralah adalah yang terbaik untuk dilakukan. ni tak, asyik nak menjawab jek =P
bakal misi anggung dan cumel (yang anggung tu saya, yang cumel tu k.fatin)


mananti debaran menjadi charge nurse pada hari khamis ni... 
Oh... bagaimanakan nasibku.
Biarkan Keyboard berbicara =]

Friday, February 12, 2010

makan-makan sebelum cuti


Entri ini ditulis khas untuk mengucapkan TERIMA KASIH kepada lecturer saya, Puan Siti kerana telah mengumpulkan kami seramai satu kelas di kfc stadium bola sepak Cheras dan dengan murah hati telah membayar makanan kami untuk tengah hari ini. Dengan kata lain, beliau telah selamat menerbangkan duitnya untuk belanja kami makan =D terima kasih daun keladi =P

wokeh... ni la dia tulang belakang kami tengah hari td, Puan Siti

kawan2 sedang mempromosi sos dan cawan cap kfc


Sepanjang saya belajar nih, baru kali ni ada lecturer yang buat jamuan sempena habis posting modul yang diajar.. Suka2 =D... Baik sungguh lecturer kat UKM nih.. suka sangat belanja makan... boleh kata setiap sem akan ada lecturer yang akan belanja kami satu kelas makan.

Kenapa lecturer sayang kat budak kelas saya neh? sebab.... Ok, tak nak cakap, nanti orang kata riak pulak...eheee.. antara lecturer yang baik hati, Cik Lex..  kelas kitowang adalah kumpulan pelajar pertama yang pernah pergi rumah Cik Lex.. Oh Cik Lex, mentorku.... nak puri lagi =P Kemudian pernah jugak kami ke rumah Puan Ho... dia bawak kami beraya kat Damansara.. dapat makan kfc ...apa yang best, transport  siap dapat bas HUKM lagi tuh...senang kerja. lagi? entah.,.... pernah pergi rumah Puan Safiah... lagi sape ek? tak ada dah  kot... Ok2, ingat dah... rumah paling dekat pun boleh lupa.. gane nih..ehe.. rumah kak jeni dgn kak faiz. selalu jugak g tuh. 

Ok, saya dah tak tau nak menulis apa... sekadar conteng2... BUsAn ar... =l
Bye semua.. cik misi nak balik kg petang ni =D
~~wasalam ~~



Wednesday, February 10, 2010

Plaster for heart

Kalau sakit gigi, tampal koyok, Sakit kepala tampal koyok, sakit hati tampal apa?? tampal la GTN patch.. Insyaallah akan berkurang sakit itu =P bagi sape2 yang nak tau, GTN patch adalah sejenis ubat yang digunakan bagi pesakit yanjg mengalami masalah serangan jantung dan ditampal pada dada bahagian kiri, tempat dimana jantung kita berada. Ia mengandungi glyceryl trinitrate (GTN) yang berfungsi untuk merehatkan dan melebarkan arteri dan juga vena pada salur darah manusia. Jadi, rintangan  aliran darah kat tempat yang ditampal tu semakin berkurang, seterusnya mengurangkan kesakitan kepada pesakit.            


Namun begitu, fakta tersebut tidak berkait pun dengan tajuk entri saya kali ni... Apa yang saya nak cakap sebenarnya adalah pasal hati sendiri.. Terasa macam terluka yang luka lor! =( namun tak perlu dibimbangi~~ tak ada la luka yang besar, kecik je.. Nanti tertutup luka tu, baiklah perasaan saya.


Buat masa sekarang ni, hati masih lagi terasa pedih sebab kelukaan itu. uhuk uhuk uhuk =( masalah betul bila berlaku perkara yang melibatkan hati da perasaan ni. Walaubagaimanapun, hidup mesti optimis. Masalah tu, tetap masalah, tapi kerja... kenalah jalan.World is a stage of problems.. tak ada orang yang tak pernah ada masalah. Saya pun sama la jugak, jadi, saya kenalah meneruskan hidup macam biasa. 

Apa benda masalah tu hah? Ok, meh la nak cerita sket2.. Sebenarnya sekarang ni sedang mengalami krisis dalam sebuah perhubungan yang sangat complicated. Ok, tu sahaja yang mampu cakap sebab hal rumah tak bertangga ni bukanlah manis untuk dikongsi bersama satu dunia kan.. setuju? Walaubagaimanapun, tolong doakan ia akan berjalan dengan lancar...bukan seperti biasa tetapi seperti yang luar biasa sebab kalau biasa asyik dok gaduh jek. 

Alhamdulillah saya masih mampu keluar pergi posting dengan hati yang berbunga-bunga.. Harap bunga tadi mampu mekar mengharum dan menjadi penawar menyembuhkan luka tersebut =D Optimis ok, optimis =D

Ok, kat sini nak share sket satu perkara..kalau terluka, jangan disalahkan pisau yang menghiris, tapi salahkan tangan yang mengasah pisau dan handle pisau tuh.. maksud kat sini, jangan salahkan perkara lain.. sebaiknya muhasabah diri dan betulkan apa yang kurang pada diri sendiri. Mungkin cara handle tu salah, ataupun pisau tu tak sepatutnya terlalu tajam.. tapi kalau pisau potong ayam, wajibnye kena tajam, kalau tak, tak lut tulang nanti =D 

Jangan harapkan orang berubah untuk kita, tapi kita yang kena sesuaikan diri dengan keadaan seseorang itu dan dalam masa yang sama cuba berubah ke arah yang lebih baik. Tapi kalau kita dah yakin kita memang bagus dan baik, cubalah bantu supaya orang lain berubah jugak.. bukan mengikut sebijik sejiban macam kita, tapi biarlah mengikut acuan yang dia selesa asalkan asasnya tidak lari... ceh.. terasa macam buat kek pulak. tak kisah bentuk apa, asalkan ramuan dia sama.

terasa nak tukar optimis kepada omellette bila sebut pasal kek =P


Biarkan diri bertindak dengan Optimis
Biarkan Keyboard Berbicara


Tuesday, February 9, 2010

T.U.A


Fakta ringkas gerontology 

Gerontology adalah satu cabang ilmu dalam perubatan yang mengkaji satu fasa dalam kehidupan kita yang singkat ini. Fasa tersebut bermula pada umur 65 tahun dan berakhir apabila seseorang itu memulakan perjalanan di alam barzakh. Ia mengkaji perubahan-perubahan dan juga permasalahan yang timbul seiring dengan penambahan usia. Seterusnya, kualiti hidup golongan ini akan dapat dipertingkatkan hasil kefahaman mengenai perubahan tersebut =D

Manakala gerontophobia pula adalah ketakutan untuk menghadapi hari tua.. hasilnya, banyak la perlakuan pelik yang dapat diperhatikan. Sebagai contoh, adik remaja muda belia memakai krim anti kedut, nenek berusia 80 tahun pakai baju macam adik remaja.. huhuk.. iskh2.. dasyat gak ek.

Ok2.. saya bukan nak bercerita pasal perubahan2 yang jadi pada usia geron nih, tapi untuk muhasabah diri.. Bila tengok keadaan warga emas kat salah satu hospital yang saya pernah pergi, terasa sayu pulak kat hati ni.. Insaf pun ada jugak.. Mungkin budaya saya yang kekampungan ni sangat lain dari budaya kat sini... Kalu kat kampung, kebanyakkan orang tua sihat2.. kalau sakit pun masih gagah jalan pergi surau.. yang sakit terbaring tu pun tak lama, dalam 2-3 bulan selamat jalan dah la. Jadi, bila tengok nenek2 dan atuk2 kat hospital tu.. hati saya sayu. Kasihan tengok mereka terlantar tak berdaya.

Bagaimana dengan saya kelak? Jika mak ayah saya terbaring begitu, apa akan saya buat? hantar ke pusat jagaan dan keluar bekerja? atau mendapat larangan dari suami untuk menjaga mereka.. Nauzubillah. walau apapun, saya doakan kesejahteraan ke atas kedua ibupa saya, dan jugak bakal mak abah mertua =D Janganlah keadaan mereka jadi macam gitu. Saya berdoa nyawa mereka diambil dalam keadaan yang aman, Janganlah sampai diuji sebegitu... Jangan salah paham yek, bukan bertujuan untuk meringankan saya, tapi untuk kesejahteraan mereka. nanti mesti saya sedih kalau tengok dowang sakit =(

muda menuju tua, tua menuju ke mana?


Ok, definite answer is death. Tapi.. mati yg macam gane? urm... mestilah lagi sekali akan jawab kematian yang aman.. orang putih cakap peaceful death. Tapi.. gane pulak kematian yang aman tuh? Bg saya yang jahil nih, kematian yang aman adalah bila malaikat maut tu datang, saya telah berada dalam keadaan yang sedia. mampu mengucap taubat dan kalimah Laillahaillallah..

Orang cakap dengar nasihat orang tua... sebab dowang lagi banyak makan garam berbanding kita yang muda belia nih. ish2.. patutlah ramai dapat HPT =P ok, gurau je tau. Benar jugak kata orang tuh... dengar la cakap orang tua... ambik nasihat yang berguna.. yang tak bagus tu pulak masuk telinga kanan, keluarkan kat telinga kiri. Maksud: jadikan sempadan ok.

Teringat nenek2 dan atok2 kat sana... bila dah tua ni, satu2nya impian adalah untuk beramal sebanyak mungkin untuk bekalan kat sana nanti.. kalau boleh, nak sangat pergi haji kat Mekah.. Tapi, dalam keadaan yang macam gitu... apa je yang dapat buat kan... nak angkat kaki pun dah tak mampu, apatah lagi nak berjalan. Mandi, makan, buang air... semua pun mengharapkan bantuan orang.

Untuk solat pulak, ada dua alasan, sama ada diri sendiri tidak mahu buat, ataupun tiada orang yang membantu dan mengingatkan.. susahnya hidup di institusi yang bukan dipunyai oleh badan yang benar2 bertanggungjawab ke atas keseluruhan keperluan pesakit. Baru tersedar, besarnya tangunggjawab misi... takut pulak nak menjawab audit kat sana nanti... tak kan nak cakap saya sibuk sangat, tak sempat nak tolong makcik tu solat. kompem2 kena reject nanti.huk huk

Apa yang saya sedih sangat, bila tengok dowang  mengalirkan air mata bila ditanya mengenai ibadah solat dan  kekosongan rohani sepanjang di hospital. Saya berharap semoga setiap titisan air mata yang mengalir itu mampu menjadi saksi pembela kat akhirat kelak ~~ semangat mereka ada, cuma kemampuan mereka terbatas. terasa nak ngaliran air mata jugak, tapi tak boleh... saya kena kuat supaya kekuatan saya menjadi tempat mereka bersandar.

Ok, pengajaran yang saya dapat....

  1. Masa muda ni, didiklah anak2 jadi orang yang berjaya.. bukan bab belajar dan kerja sahaja.. tetapi jugak bab agamanya... supaya nanti dia tahu tanggungjawab yang dipikul
  2. Berbuat baik dengan orang tua dan anak2
  3. Bertanilah ketika kita masih muda dan istiqamah sehingga ke hari tua.. nanti kat sana kita tuai sama2 ek
  4. Jadilah misi yang bukan sahaja merawat kesakitan fizikal, tetapi jugak kesakitan rohani
  5. Makanlah makanan yang berkhasiat, rendah gula, garam, kolesterol, lemak tepu dan apa2 sahaja yang tak baik... supaya dah tua nanti sihat walafiat =D


Sekian
Biarkan Keyboard Berbicara =D

Saturday, February 6, 2010

Pagi-pagi angkat kereta


Kisah ini merupakan senario biasa di kejiranan Taman Midah. Ia berlaku pada waktu pagi tadi, pagi sabtu yang tak berapa tenang tapi cukup damai. Ok2.. mengapa perlu bold perkataan-perkataan tuh? sajerrrrrr =P

Marilah kita bercerita dengan lebih berjela-jela disini Ok.. alkisah setiap pagi saya akan terjaga apabila natural alarm berbunyi.. adapun disini, natural alarm tersebut bukanlah keluar dari kotak suara kejantanan ayam yang bertenggek di atas pohon langsat belakang rumah saya, tetapi bunyi tersebut terhasil daripada gabungan hon kenderaan 4 tayar sama ada bas sekolah ataupun kereta-kereta yang berderet-deret di Jalan Midah 8A. jimat sungguh bateri hanset dan jam loceng.. tak payah susah2 nak set =P

Kejiranan

Ini adalah fokus utama saya. Jam menunjukkan pukul 6.15 pagi.. Azan subuh baru je lepas.. pakcik bas sudah pun keluar meronda taman-taman perumahan untuk mengambil penumpang.. awal sungguh kan... tetapi malang sungguh nasib pakcik tersebut, perjalan yang diharap lancar rupanya terkandas di tengah jalan. Siapa punya Myvi pulak yang double park nih..  sedap2 dia je g double park kat selekoh.. 

Disebabkan itu, maka beratur panjanglah kereta di belakang bas sekolah tersebut.. nak tangkap gambar, tapi gelap.. tambahan lagi, saya masih berada di atas katil dan memerhati suasana tersebut dalam kemamaian jek =P malas nak g ambik kamera kat luar. 

ping ping hon hon turt turt
kereta dan bas sahut-sahut
bagi tahu jalan sangkut
myvi putih nak kena angkut


Myvi putih kena angkut??? OK2,.ni kisah benar.. memang saya tengok dengan mata kepala sendiri.. pak guard prisma perdana, pakcik bas dan beberapa pemandu serta penduduk yang lalu kat situ turut tolong mengangkut. Macam tak percaya... masih ada lagi semangat kerjasama dan kejiranan disini =D ingatkan kereta tu bakal dipecahkan dan ditolak ramai2 ke tempat lain.. rupanya kena angkut g tepi jalan je.. 

Mula-mula dowang angkut bahagian belakang.. susah la jugak nak bagi dia gerak... lepas tu angkut bahagian hadapan pulak.. akhirnya berjaya lah kereta tersebut dipindahkan dari kedudukan asal.. Alhamdulilah... muafakat membawa berkat... siapalah pemilik kenderaan tersebut ye... memang beruntung sungguh tuan punya badan sebab kereta dia tak kena pecah ataupun calar...tapi kena junjung tuh.. heheh.. tipu ok.. tak junjung tapi angkut..

inilah selekoh yang selalu menjadi punca natural alarm saya: permandangan dari meja study saya =D

Ok lah... teruja dapat tengok aksi orang angkut kereta... sebelum ni hanya dengar cerita dari orang je... bila dapat tengok sendiri, baru rasa percaya dengan cerita2 tersebut.. Realiti hidup di Kuala Lumpur... macam2.


Biarkan Keyboard Berbicara =D

Friday, February 5, 2010

Rush? Nautica?


Tergesa-gesa? 

Ok2, tarik nafas dalam-dalam... 5.. 4.. 3.. 2.. hembus.. Ok, saya nak mula cerita. Alkisahnya sekarang saya sedang posting di Columbia-Asia Extended Care.. itu nama orang putih la.. orang Melayu cakap hospital rawatan lanjut.. orang Cina pulak cakap... sila rujuk kawan2 berbangsa Cina anda.. ehehehe

Ok.. hospital ni terletak di sebelah stesen bas Shah Alam.. Makanya, saya akan melalui lebuh raya persekutuan yang sangat tidak aman dari kereta-kereta yang bermacam-macam jenis dan bentuk.. sungguh kaya orang Malaysia ni.. 


alkisah, saya nak bagitau.. kat atas jalan tu, terdapat banyak sungguh kereta yang menarik perhatian.. tapi... dalam banyak-banyak kereta tu,hati saya tertarik nak tengok kereta jenis 4 wheel drive @ 4WD @ kereta pacuan 4 roda.. tak kisah la apa jenis sekalipun.. seronok tengok.. seronok naik.. nanti boleh buat masuk hutan, redah sungai.. dari kecik lagi berangan nak sebijik pajero. 

TETAPI.. ada sebijik kereta yang bukan 4WD yang menarik minat saya... RUSH.... keluaran dari Toyota Rush ni sungguh la comel pada pandangan mata saya.. jom tengok.. tenung2, lama-lama sikit biar hati terkenang mulut menyebut.cantik sungguh dia nih.. nampak macam 4WD tapi sayang sekali bukan..

mengooglekan gambar dan mengokan mata 


Rush ni ada adik beradik lain yang bernama nautica bukan naughty car ok! Keluaran produa yang mengantikan Kembara.. Rupa-rupanya kereta ni memang rush pun.. cuma diversikan sebagai nautica.. agak comel dan lagi menawan berbanding rush.. tapi... harga dia mahal sikit dari rush... kalau ditanya kereta mana lagi best, saya akan cakap NAUTICA.. saya suka sangat nautica.. tapi sayang sekali.. harganya sangat mahal...mahal sepuluh ribu dari rush wooo... Kalau Rush ada la dalam 80k, so... nautica mesti lah 90k ++ kan..kan best kalau dapat hantaran sebijk nautica =P
Nautica impianku..



Ok.. itu hanyalah impian yang mungkin bukan kosong semata2.. hahah.. doakan nanti saya dapat la merasa pegang stereng nautica atau rush ek.. amin...


Biarkan keyboard Berbicara =D