Isteri: awak....petang esok tolong belikan sup tulang seketul boleh tak? .... (dengan penuh pengharapan meminta)
Suami: Tak boleh! (dengan penuh keyakinan, tanpa rasa bersalah)
Isteri : Tak pe lah..... (nada dimanjakan sedikit)
Suami : YES!
Isteri : kesian kat baby... dia nak merasa sup tulang sangat-sangat (sambil meraih simpati dan gosok-gosok perut)
Suami : eleh, padahal dia nak makan, cakap anak pulak..
Okehh... perbualan suami isteri yang sangat menghampakan. Sebenar-benarnya mengapa perempuan mengandung mengidam? Jawapan cukup mudah, sebab pada waktu neh selera makan sangat-sangat besar macam dinasor. Semua benda terasa nak telan. Yummy2!! Sesungguhnya saya tidak pernah merasa bernafsu sebegini terhadap makanan......... harap2 petang neh dapatlah sup tulang walaupun suami cakap dia tak mo beli..