Friday, December 24, 2010

adik...eh, akak lah

Assalamualaikum w.b.t

Penganggur … (tak sabar nak melenyapkan status itu sedikit masa lagi.. InsyaALLAH)… merupakan orang yang harus sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan pada bila-bila masa sahaja. Beraneka tawaran kerja akan datang, sama ada secara suka-suka atau secara paksa-paksa.  Sebagai contoh, bila terima panggilan dari hospital swasta untuk menghadiri temuduga, tidak harus bagi saya menolak peluang itu dan rebutlah dengan segala kudrat yang ada. Dapat ke tak kerja tuh, belakang kira… yang penting, usaha, gambate!!! Tak kisahlah bape duit yang keluar, asalkan berusaha untuk keluar dari kepompong pengangguran. Mudah-mudahan nanti jadi rama-rama yang indah. Cewah!! (=

Antara tawaran lain yang saya perolehi adalah pakej bermalam di dalam wad hospital kerajaan. Banyak kali lah jugak saya dapat tidur-tidur ayam dalam tuh. Kenapa?? Sebab saya merupakan seorang insan yang sentiasa available, tak ada suami nak kena uruskan, tak ada anak-anak nak kena jaga, tak ada lembu kambing nak kena bela. Makanya, bila atok nenek masuk hospital, sayalah yang berada di senarai utama untuk dipertimbangkan bagi menjaga di dalam wad. Nampaknya saya sudah dewasa, sudah diberi kepercayaan menjaga orang tua.. Huwah, DEWASA. (takot)

Sekian, mukadimah dua perenganggan. (cikgu Bm, jangan marah saya ya)

Ok, isi utama pulak.

Bila berada dalam wad tuh, saya lihat ramai pelajar-pelajar jururawat sedang berpraktikal. Tak kurang jugak saya mendengar rungutan-rungutan staffnurse pasal students nih. Agak laser jugak lah… bisa terguris hati mendengar. Adoi!

Lantas dalam hati saya terlintas.. Kalau saya jadi guru dorang nih, saya tak rela students saya kena marah. Sebab, itu menunjukkan kelemahan saya yang tak mampu mengajar mereka menjadi pelajar yang proaktif, berfikiran kritikal dan serba lengkap pakejnya.

Bukan senang nak mendidik, tambahan lagi bila melibatkan golongan remaja. Banyak persoalan yang akan ditimbulkan, yang pasti menagih jawapan logik akal. Nak kelentong-kelentong tak boleh lah, nanti terjadi fatwa baru berciri ajaran sesat T____T… nak tak nak, lengkapkan diri dengan ilmu, dan sentiasa jujur. Kalu tak tahu, cakap je tak pasti, nanti saya semak semula.Habis cerita.

Ok, itu kisah laser2. Ini pulak kisah lain. Saya bakal menjadi pengajar jururawat (Insyaallah). Dengan kata lain, studens tu ibaratnya seperti bakal students saya tak lama lagi lah. Seperti biasa, students nurse akan menjadi mangsa kalau nak mintak tolong apa-apa seperti memintak baju, tukar linen kotor mahupun mintak gauze sebab berdarah.

Masa mintak tuh saya panggil dorang adik, akak nak mintak tolong ambilkan bla bla bla… kemudian dowang pun gerak lah g ambil. Bila nak bagi, dowang cakap….

Adik…ni barangnya.

Bila nak ambil tekanan darah, dorang cakap kat saya

Adik, nak ambil tekanan darah pakcik ya.

Bila nak tukar linen, dorang cakap kat saya

Adik… tolong ketepi kejap ya. Kami nak tukar cadar.

Lagi-lagi ADIK. Saya muda beberapa tahun dari kamu wahai adik. Kamu baru berusia 18 tahun.... mengapakan mentuakan diri sendiri  dengan memanggil kakak yang berusia 23 tahun sebagai adik?

Amboih,muda betul perawakkan akak ya dik. =)

Syukur… saya sentiasa nampak muda. walaupun buah hati cakap saya ni kelihatan seperti makcik. Bukan senang nak kekalkan ciri-ciri awek muda nih. Bahkah, saya pernah dianggap berusia 15 tahun sewaktu sedang berusia 21 tahun, Suatu pencapaian membanggakan. heehehe.

Harapnya nanti bila masuk mengajar, saya akan kelihatan seperti umur yang sepatutnya, agar nanti tak tertukar mana satu students, mana satu gurunya... Mudah-mudahan. 

Tapi...... kalau sentiasa awet muda belia remaja pun tak apa jugak. =)


Monday, December 13, 2010

Akhirnya yang tak berakhir


Assalamualaikum

11/12/10, sabtu. Akhirnya encik posmen yang ditunggu-tunggu telah membawa sepucuk surat kepada saya.. Saya sangka penasaran akan berakhir, namun tak sebegitu hakikatnya. Surat yang sampai kat rumah tu hanyalah berupa surat tawaran yang tak jugak-jugak memberitahu kat mana saya bakal bertugas dan bila saya harus melaporkan diri.

Aiyok! Ini memang betul-betul mendupdapdupdapkan jantung lah. Saya memang tak dapat nak teka langit mana yang akan dijunjung nanti. Dulu, waktu isi borang spa8, tak pulak diminta isi tempat pilihan untuk bekerja, masa interview pun dia tak tanya jugak. Makanya, dengan erti kata lain, macam masak-masak lah.. campak sahaja apa yang perlu. Apapun, saya akan menerima dengan hati yang terbuka, asalkan dapat kerja, dapat menyampaikan ilmu, dapat beramal.

Surat ini agak “best” la jugak, sama seperti pemberitahuan kat internet. Ada unsur-unsur yang menggentarkan jantung sikit lah. Kalau dalam semakan  internet, dia cakap tawaran hanya sah bila anda menerima surat tawaran dari kementerian berkenaan (macam kes saya, dari Kementerian Kesihatan Malaysia). Lepas tu, bila surat tawaran sampai, dia boleh cakap tawaran terbatal jika tuan/puan tidak menerima tawaran jawatan atau tak melaporkan diri dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat (tarikh surat adalah 9/11/2010).

Sudah naik cuak disitu… Tapi bila saya dapat tahu kawan-kawan yang lain pun baru sahaja menerima surat, makanya saya abaikan je lah apa yang tertulis. Lagipun, tarikh yang tertera pada cop pos adalah 6 dis 2010. Hah, amek ko.. tak kan lah sampai sebulan surat tu perap kat pejabat pos kan. Dah boleh jadi perkasam tuh. Perkasam sampul surat, kan ke tak sedap bunyinya tuh.

Tapi, syukur kepada Allah sebab dengan adanya surat tu, beberapa urusan yang perlu dilakukan terlebih dahulu dapat dibuat dengan relax. Contohnya, mengambil temujanji untuk pemeriksaan kesihatan. Ok, saya dah tetapkan tarikh dengan kakak misi kat Klinik kesihatan Bandar Pasir Mas pada 19 dis nih. Akhirnya dapat jugak merasa buat check up kat klinik kerajaan. (ada ke orang excited nak buat check up kat KK?, what ever!)

Ok, teruskan penasaran~~ harap-harap dapat surat lapor diri pada hujung minggu nih, En posmen, saya masih rindukan anda.

Sunday, December 12, 2010

megilicious nutrianis

Assalamualaikum



Hah, tajuk entri tak boleh tahan. Adapun ia adalah... 


Hanya semangkuk mi segera, yang sinonim dengan nama MEGI walaupun dibuat dengan mi segera cap mamee, cap mi sedap ataupun cap cintan. Itulah, gandum punya tepung, megi dapat nama. Tak aci! tak aci! tak aci! (Nasib baik kat rumah tak ada mesin buat mi, kalau tak sure saya nak try buat, saya adalah peganggur yang produktif =P)


close up.. 

Megi telur berkangkung. Sungguh sedap, sangat bernutrisi dan senang di sediakan. Menjimatkan masa dan memenuhi keperluan tenaga. Hah, sape lagi yang berani cakap megi tak berkhasiat? 

Dulu, waktu sebelum bergelar penganggur tehormat, inilah dia makanan ruji bila cuti. (Tapi dulu tak ada sayur, hanya megi telur sahaja) Hah, nampak sangat lah, malas. Bukan malas nak masak, tapi malas nak tapau makanan kat kedai mamak,lepak kedai makan Din, memburger kedai burger abg DBKL, mejajang kedai biskut atau meruncit kat Yuzul (Uh, saya rindukan tempat-tempat tuh) 

Bukan apa, kalau nak keluar rumah, mesti kena pakai tudung, sarung sweater, sarung stoking..(menutup aurat adalah wajib bagi semua orang Islam, tak kira lelaki, mahupun perempuan). Kena jalan kaki pulak tuh, lagi lah malas. Tapi, sejak kedai mamak kat laman midah memperkenalkan sistem delivery, dah tak rasa malas-malas lagi. Order je sebungkus nasi goreng dan teh ais, sure dia datang hantar. Paling best, free delivery and no minimum price. Tapi.,.. beragak lah, tak kan nak sebotol mineral kecik pun nak kena delivery kan.

Student dan megi. macam dua patah perkataan yang berhubung kait dan sweet (hah???) HAHAHA, memang tak lah, tapi biasanya macam tuh. Ia adalah kenangan saya semasa zaman belajar dulu-dulu. Harusnya menjadi nostalgia terindahlah, rasanya anda juga begitu kan?.

Uh, megi
Kamu tetap menjadi makanan peberet haku!!
=)

Thursday, December 9, 2010

berjasa pada tepung, perut pasti merasa

Assalamualaikum

Penganggur mempunyai sangat banyak masa untuk dihabiskan secara produktif dirumah.  Uh, ‘indah’ jugak dunia pengangguran ini rupanya ya. Macam-macam benda boleh buat dengan suka-suka hati. Kalau rasa nak menjahit, bergegarlah mesin jahit tuh, kalau rasa nak memasak, berasaplah dapur tuh, kalau rasa nak mengemas, gong gang gong geng lah rumah tu kena dikerjakan. Tapi…. Kalau rasa nak tidur tak bangun-bangun dari malam sampai petang di kala ABC, pot pet pot pet berbakul-bakul bakal  berdendang. Uh ma, maafkan anakmu T______T

Tadi, dapur rumah berasap lagi (kalu guna oven mesti tak berasap kan kan kan). Kali nih, saya membuat roti canai dengan usaha sendiri, beserta sedikit bantuan adik-adik, khidmat nasihat ayah dan penyudahnya ma jugak hehe.

Sekali cuba, dah tak rasa nak cuba lagi.  SUSAH!! Memang saya tabik spring melantun-lantuh lah kat mamak jual roti canai di atas keterroran melibas roti canai (betul ke libas?, what ever huhu) Saya libas roti dengan penuh berdedikasi, tetapi…. Tetap tak jadi. Asyik koyak je. Lepas tu ayah dengan adik-adik pun konon nak cuba nasib lah, koyak jugak HAHA (tak kelakar pun). Tapi… bila ma yang buat, aduish, senang je eh. Tak koyak-koyak pun. Jeles2. Nanti bila saya jadi mama, saya mesti akan pandai melibas roti canai. (azam maal hijrah~). Kalau tak pandai-pandai jugak, alah, kedai mamak berlambak-lambak kot =P


Ada rupa jugak kan, rasa dia pun boleh tahan lah. Yang paling penting, ada rasa roti canai, bukan rasa kek ke, biskut ke, mahupun lempeng. Wargh… tak sia-sia lepas subuh tadi menguli tepung. Kenyang jugak perut petang-petang hari =)

Dulu-dulu masa zaman kecik-kecik saya suka makan roti canai kat warung di Simpang Empat Chetok. Kuah kacang dal dia sangat sedap yummy yummy, roti dia pulak lembut dan crispy. Kecur air liur teringat roti canai kedai tu. Memang terBAIK lah. Tiap kali ayah lalu depan kedai tuh, mesti ayah singgah beli sebab kami adik beradik memang sangat sukakan roti canai makcik tuh.

Tapi sayang, adat dunia.. benda baik selalunya tak akan kekal lama. Sebelum jadi buruk, ia akan lenyap terlebih dahulu. Bak kata saya, biar mati dalam kemasyuran, jangan tenggelam dalam kehinaan (aceh, madah pujangga mana tah saya cedok nih) Warung tu dah tak ada lagi, sebaliknya tapak warung tu dah jadi perhentian bas. Kesedapan roti canai tu memang betul-betul nostalagia bagi saya uhuk T.T .Memang dah tak jumpa yang lagi sedap berbanding roti canai kat warung tuh… huwah huwah..

Ok, tinggalkan kisah warung tersedap tuh. Tinggalkan jugak kisah roti canai. Tinggalkan je lah apa yang patut sebab saya nak mohon diri dah. Hehe. Jumpa lagi. TATA

Urm… agak-agak saya dah cukup qualified ke nak kerja kedai mamak sebaia pelibas roti canai… urmmmm
Libas, jangan tak libas
=P




Tuesday, December 7, 2010

tiga, jadi satu

Assalamualaikum

Sesungguhnya saya rasa teruja bila berpeluang untuk keluar dari rumah dan melupakan status sebagai penganggur. Wah… terasa seperti sudah lama terkurung, padahal bulan lepas je, sudah 2 kali pergi jalan-jalan (sambil berurusan kerja + shopping) kat KL, Astagfirullah.. kufur nikmat!

Bila dapat keluar jalan-jalan dengan cik tiey (merangkap makcik, jugak rakan sebaya), bagaikan burung mendapat sayap, WAHH… luasnya dunia ku, indahnya di luar sana. HUish! TERUJA. Keterujaan menjadi-jadi semenjak dalam bas menuju ke KB, dalam hati, niat nak minum kopi. Bukan yang hage singgit dua posen tuh, yang rege sploh hengget segelas. Macam tak ada benda lain dah nak buat, tapi… fuh! Begitu la kot kalau dah lama sangat tak keluar rumah. Dengan kopi pun boleh teruja T.T (eh, saya memang sentiasa teruja dengan kopi pun~~)

Kota Baru Bandaraya Islam, kamu menujakanku!

Sebaik jejakkan kaki di KB, Wah, wah dan wah lagi SANGAT MENGUJAKAN… memang berubah benar lah rupa Kota Bharu. FYI, sudah bertahun-tahun lamanya saya tak berjalan-jalan di dalam Bandar KB, kalau pergi KB pun, setakat ke Mydin, The store dan TESCO.. memang tak akan kona masuk Bandar sebab dalam kepala dok fikir, kalau masuk ni, mesti makan asap lah, jem. Makanya, bila dah berhenti kat stesen bas KB pada hari tuh, saya terasa seperti berada di kota London pulak (HAHA, perbandingan tak beragak).


Ada sebijik kotak besar, kaler merah, yang cumel, terpacak kat tengah-tengah. Uish, Itulah uniknya stesen bas Kota Bharu. Kalau 3-4 tahun lepas, jangan mengigaulah nak snap gambar kotak macam ni, jalan sangat sempit, bas pun tak tahu mana nak parking, orang pun tak ada mood nak posing. Tapi, itu cerita dulu, cerita sekarang sangat indah semenjak siapnya bangunan Parkson dan jalan raya bercabang empat serta berlampu isyarat ini (yang berbaju pink itu bukan traffic light ya)




Menikmati arang berperisa manis


Ok, alang-alang dah berada di KB, haruslah bagi saya untuk merealisasikan hasrat mencari kedai kopi untuk minum kopi hage sploh hengget, harus ya, bukan sunat atau wajib.. Makanya , saya minum kopi rege murah-murah je la kat kedai roti muhibah, bukan dapat pahala pun nak minum semata-mata menunaikan tuntutan nafsu. Lagipun… sebagai pemegang status penganggur, saya sedar diri ini. Salesman pun tak sudi nak promote barang kat saya tau. Hah, ni cerital benar, bukan main-main. Makanya, kalau terasa nak lepaskan diri dari dikejar saleman, bagi tahu je anda sedang menganggur.. Nescaya dia tak akan berani nak amek risiko jual air liur.


Masa nak breakfast, LAGI TAMBAH TERUJA bila terpandang roti bamboo charcoal raisin (yang kaler2 hitam dalam gambar kat atas). WArgh… saya pernah tahu pasal roti ni dalam animasi Yakitate Japan. Masa tengok cerita tuh, tobat saya tak percaya arang pun boleh jadi roti. Lagi tak percaya, saya berpeluang merasa roti tuh. Tak ada pahit-pahit pun.. bagus untuk sistem penghadaman, try lah. 


Yang sebenar-benarnya...

Hah, sebenar-benar niat saya keluar pada hari tu bukan nak pergi jalan-jalan kat KB.. tapi nak menghadiri kenduri kawan Cik Tiey kat PC. Ok, bagilah sket gambar pengantin kat sini.

 Tahniah buat Azian dan suami, beserta ucapan dan doa buat pengantin


Terima kasih kepada cik Tiey sebab sudi menghiburkan saya!! LOVE YOU so much.. muah muah.

Wednesday, December 1, 2010

Subhanallah

Assalamualaikum semua..

Tadi masa tengah berFb, terjumpalah satu gambar nih. Masyaallah...Sesungguhnya saya kagum kepada keajaiban salah satu pancaindera kita2 nih __MATA__. Selama ni pun kagum jugak, tapi kali nih, tahap keterujaan dan kekaguman tu semakin menbuak-buak, ibarat tanak nasik  sambil tutup periuk lah. melimpah bagai lahar gunung berapi.WOOHAA. (guna dapur gas ok, kalu periuk eletrik sure tak jadi)

Ok, bebel banyak2 pun tak guna jugak kan. Sila lihat gambar dibawah. Tengok pada 3 titik kat tengah-tengah tu selama 10 saat. Kemudiah alihakan pandangan kepada dinding kosong yang terdekat. Hasilnya... Subhanallah, subhanallah, subhanallah mampu membuat anda berzikir banyak kali. Cubalah!



Bagi siapa-siapa yang terang mata, terang hati dapatlah melihat imej kalimah Allah terapung (floating) kat dinding (Kalau tak nampak, cuba lagi ya, jangan putus asa). Ini adalah hasil daripada ilusi optik yang ditindak balas oleh penglihatan dan pemprosesan maklumat oleh otak. Ia boleh dihasilkan menggunakan sebarang imej. Namun, pemikiran kreatif siapa-siapa yang menghasilkan imej ini patut dipuji.

Tapi kan... ada sad story jugaklah disebalik ilusi optik yang dikenali jugak sebagai Ghost effect ini. Ia pernah disalah guna oleh salah seorang pemimpin ajaran sesat. Pengikut diarahkan supaya melihat dan tenung gambar dia lama-lama, dengan penuh rasa cinta. Kemudian pandang bulan dan nah! muka dia akan terbayang kat bulan tuh. Ces~~berdebah!, memanipulasikan kejahilan orang. 

Makanya, ada pro dengan kontra jugak lah disebalik ilusi nih. Hanya ilmu yang dapat menyangkal  kejahilan yang dibawa oleh si Bodoh yang cuba merosakkan agama Islam.  Makanya, janganlah merasa penat untuk menuntut ilmu dan menyampaikan ilmu.   Berkongsi-kongsi menyampaikan kebaikan.. Amalan mulia tuh, sifat mahmudah.. nah, ada gambar lagi... 




Disebalik perkataan mengajar (teach) refleknya adalah learn (belajar) Makanya, paham-paham lah ya. Saya tahu, anda semua cukup bijak kan kan kan. 

ambil yang jernih, buang yang keruh.