Assalamualaikum W.B.T
Dalam kecoh-kecoh rumah terbuka sempena raya ni, rupa-rupanya sudah 14 hari syawal berlalu. Tak sangka, sudah dua minggu rupanya perut ni boleh diisi bila-bila masa sahaja. Tapi… itulah.., tak berapa nak isi jugak sebab MALAS makan. Bila dah elok terbaring depan TV, nak-nak pulak cerita best giler untuk dilayan, makanya bagaikan taruk gam kat atas lantai tuh. Nak gerak pergi dapur susah benar. Kalau untung nasib, adik saya yang paling kuat makan, Fahmi, datang bawak makanan. Tapi…. budak ni kedekut. Kalau dia bawak keluar satu balang popia, makanya dua tiga biji je kot dia nak kongsi. Aish… punyalah kedekut.
Mungkin budaya kat tempat saya nih, syawal tak berapa nak meriah, tapi zulhijjah lagi meriah.. makanya, mood persaan raya tu tak berapa nak ada. Sebab itulah tiada update pasal raya. HOHO Lagipun… time bulan syawal ada satu lagi ibadah yang perlu diraih. Siapa-siapa yang tak nak rebut peluang beribadah ni, memang amat rugi. Oleh itu, saya tidak mahu tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi. Jom… jom heboh-heboh untuk berpuasa selama 6 hari, ganjarannya sama seperti berpuasa selama setahun. Tapi kesannya tak adalah kurus slim seperti tak makan setahun ya. huhu
Bermula semalam, tiap-tiap pagi, InshaAllah berterusan selama enam hari ,satu keluarga saya bangun secara beramai-ramai untuk makan sahur. Sampai kucing sekali pun jaga makan sahur. Puasa ke tak, lantak ko la kucim. Pastu petang pulak, masak-masak bersama mak. Aish.. betul-betul terasa seperti di bulan ramadhan. Sungguh seronok berada di rumah ni rupanya. Makanya, pergilah jauh-jauh wahai perasaan melankolia. Saya sudah hepi sangat2 kat rumah ni.